Jantung Terhenti Tiba-tiba…

By | April 22, 2010

jantung berhenti

Pada hari Khamis yang lalu seorang rakan baik aku (Rhymee) di tempat kerja bergegas pulang ke Melaka. Dia menerima satu panggilan telefon dari adiknya yang menyatakan bapa dimasukkan di ICU. Ketika itu kami sedang sedang makan tengahari di Kantin. Dia bergegas bangun dan mengatakan “Bapak aku masuk ICU, aku kena balik Melaka sekarang” (sambil menitiskan air mata).

Kami rakan-rakan semua terperanjat. Bila dia sampai di Hospital Besar Melaka, bapanya sudahpun berada di ICU. Doktor mengatakan Jantung Bapanya Berhenti secara tiba-tiba. Nasib baik pada ketika itu bapanya memang datang ke Hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Doktor terus membantu untuk menyelamatkan nyawa bapanya.

Ketika di hospital, bapanya mengadu sakit dada. Tetapi ianya di anggap sebagai sakit biasa. Selang beberapa minit untuk menunggu giliran, bapanya rebah. Doktor mengesahkan nadi bapanya tiada lagi. Jantungnya berhenti. Doktor melakukan rawatan kecemasan untuk menggerakkan deyutan jantung bapanya. Nyawa bapanya masih panjang, selepas rawatan kecemasan, deyutan bapa kembali berfungsi tetapi masih lemah. Terus Doktor melakukan pemeriksaan.

Punca utama jantungnya terhenti adalah kolestrol. Satu saluran darah yang utama ke jantungnya tersumbat. Doktor segera melakukan pembedahan untuk membuang kolestrol yang telah menyumbat saluran darah ke jantung. Doktor juga mengatakan, nasib baik bapanya berada di hospital ketika itu.  Kalau lewat sedikit, mungkin nyawanya tidak dapat di selamatkan lagi.

Doktor juga mengatakan kolestrol adalah penyakit zaman sekarang. Ia boleh berlaku tidak kira pada usia tua atau muda. Kolestrol yang tinggi adalah “silent killer”.  Biasa terjadi, hari ini sihat walafiat, esok meninggal. Selain dari Ajalnya, ia disebabkan kolestrol yang tinggi. Ia boleh menyebabkan jantung terhenti serta merta jika kolestrol telah menyumbat saluran darah ke Jantung.

Mungkin inilah yang berlaku kepada Arwah rakan aku (Aidil). Aku pernah menceritakan kisah perginya seorang rakan aku tahun lepas. Ini semua kerana kolestrol. Kepada rakan-rakan yang tidak tahu apa itu tinggi kolestrol, boleh klik di link berkenaan untuk maklumat lanjut. Jaga-jaga kolestrol adalah “silent killer”.  Ia boleh menyebabkan kematian juga tidak dijaga dan di kawal dengan baik.  Jadi jaga dan kawallah kolestrol dalam badan anda.

9 thoughts on “Jantung Terhenti Tiba-tiba…

  1. sangilapi

    adalah lebih baik mencegah dari mengubat….kena peka dengan corak pemakanan sekarang ni.
    kesihatan adalah lebih bernilai dari wang ringgit 🙂

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Mencegah lebih baik dari mengubat. Itulah kata-kata hikmat. Orang2 lama selalu cakap macam tu.

      Reply
  2. rohaizad

    Serious, makanlah Quaker Oats… berkesan untuk mengurangkan kolestrol. ALhamdulillah mak dan ayah aku pun semakin sihat lepas jadikan Quaker Oats sebagai makan pagi dan makan malam.

    p/s: make it as a part of the diet!

    Reply
  3. alone

    setuju dengan bro rohaizad.. quaker oat membantu masalah2 jantung ni..

    mencegah lebih baik dari merawat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge