Kasih Seorang Babysitter

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General, Rumah Tangga

Entri ini di dedikasikan kepada semua babysitter atau penjaga bayi di seluruh dunia. Pekerjaan baby sitter ini bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya sememangnya memerlukan kesabaran yang amat tinggi untuk melayan kerenah bayi-bayi yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sudah pasti ia satu tanggungjawab yang berat lebih-lebih lagi menerima majikan atau ibu bapa yang cerewet.

Dominos

Aku cukup kagum dengan kerjaya sebagai seorang baby sitter. Mereka bukan sahaja 1 jam atau 2 jam menumpukan masa sepenuhnya kepada bayi jagaan mereka. Macam aku sebagai ibu bapa yang bekerja, aku memang sepenuhnya mengharapkan baby sitter untuk menjaga anak aku ketika seharian kami bekerja. Tiada apa yang dapat di ungkapkan cuma setiap hari aku berdoa semoga anak aku mendapat kasih sayang yang sepenuhnya dari babysitter yang aku pertanggungjawabkan.

Mungkin aku lebih bernasib baik dapat baby sitter yang betul-betul menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna. Malah kini anak aku sudahpun mula mengungkapkan beberapa perkataan yang semakin tidak aku duga. Yang paling penting dia boleh memanggil ayah, umi dan Ibu. Umi merujuk kepada isteri aku, dan ibu merujuk kepada Kak Alos (babysitter).

Inilah perkara yang paling aku syukur kerana aku tepat memilih babysitter. Pada awal pagi, aku menghantar anak aku, Kak Alos sudah pun menunggu di depan pintu. Anak aku pun dengan rela pergi kepadanya sambil melambaikan tangan kepada aku atau isteri. Tambahan pula Kak Alos tidak mempunyai anak, mungkin kasih sayangnya kepada anak aku lebih sedikit.

babysitter jb

Kadang kala, bila petang aku pulang kerja, Kak Alos menelefon menyatakan untuk membawa anak aku berjalan-jalan bersama suaminya. Aku dengan rela hati membenarkan dia membawa anak aku. Sebab aku percaya dengannya. Sampaikan bila aku nak bayar duit lebih kepadanya, dia menolak. Dia kata bayaran maksimum yang harus dia terima adalah RM250 untuk sebulan sebagai upah. Ini termasuklah jika aku mengambil anak aku lewat.

Bukan setakat terhenti di situ sahaja, Kak Alos juga mengajar anak aku mengenali beberapa bentuk benda, binatang dan huruf. Ini semua di ajarkan sepanjang dia menjaga anak aku. Inilah yang membuatkan aku kagum dengan Kak Alos. Kiranya dia adalah seorang baby sitter yang sempurna. Tidak berkira, bertanggungjawab dan tidak pernah mengeluh dengan segala telatah anak aku.

Aku banyak mendengar cerita mengenai baby sitter. Ada yang menjaga bayi atau anak sambil lewa. Kadang kala tidak sempat nak mandikan setelah kedua ibu bapa pulang daripada kerja. Pakaian kotor, kebersihan bayi tidak dijaga sempurna tetapi terlalu berkira pulak tu. Bukan mudah mencari baby sitter yang sempurna pada zaman sekarang ni.  Syukur Alhamdullilah, baby sitter aku tidak sebegitu.

Untuk para ibu bapa yang ingin mencari baby sitter, bertanyalah kepada rakan-rakan lain. Jika tidak berpuas hati dengan baby sitter, terus terang dan cepat-cepat tukar baby sitter. Mungkin mereka tidak sesuai untuk anak kita. Sebabnya baby sitter adalah orang yang kita pertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menjaga anak kita. Biarlah anak kita bersih dan sempurna sepanjang penjagaanya. Jadi hati kita pun tenteram, aman dan tidak perlu risau tentang anak kita. Dalam masa yang sama bolehlah kita menumpukan perhatian kepada kerja di pejabat.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Slang orang Johor.
  • Peserta Forex Ditipu!!!

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

7 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. syiekin says:

    kechik,

    alhamdulillah syiekin pon dpt babysitter yg sgt penyayang..kadang2 bile hr jumaat tue nak amik baby lepas balek keje, die sedeh2 dah sbb sabtu ahad tak jumpe baby..mule2 takut gak nak anta baby dkt org lain..sbb dgr mcm2 pasal babysitter nie..tp alhamdulillah..kak yah babysitter yg penyayang dan jage anak syiekin dgn baek..:D

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Itulah kasih sayang seorang baby sitter. Kalau dah sampai macam tu mesti lega kan hati kita.

    [Balas Komen]

  2. sangilapi says:

    (cubaan kali ketiga untuk meletakkan komen dalam entry ini)

    beruntung dapat seorang pengasuh yang macam tu….menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang.

    sekarang memang zaman mencabar dalam mendidik cahaya mata tambah-tambah lagi bagi ibubapa yang bekerjaya.

    [Balas Komen]

    shaharil Reply:

    (Akhirnya aku berjaya memasuki blog ini dengan cubaan kali ketiga)

    memang beruntung sngat… Rasanya jarang nak jumpa pengasuh yang bagus macam ni…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu la. Aku beruntung dapat baby sitter macam Kak Alos. Susah nak cari babysitter yang betul2 macam sekarang ni.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betul tu. Bro…zaman sekarang ni memang mencabar. Lebih2 lagi ibubapa yang bekerja macam aku ni.

    [Balas Komen]

  3. ummuuswah says:

    bagus la macam tu. tapi parent tetap tidak boleh mengabaikan kasih sayang dan perhatian pada anak.
    ummuuswah recently posted..Dapatkan RM500 Anda Di sini !

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge