Penyakit Sukar Di Ubati Sebagai Seorang Blogger

By | April 15, 2010

malas

Hari ini aku bercuti. Ambil cuti satu hari untuk menghantar AKIF ke klinik pada sebelah petang nanti. Sementara menunggu waktu tengahari aku mengambil sedikit masa untuk menulis di Blog Shaffik yang sememangnya menjadi kesayangan dan anak emas bagi semua blog-blog yang aku ada. Sebabnya sebahagian daripada cerita dan pengalaman hidup aku di terjemahkan di dalam shaffik.com.

Setelah menjadi blogger, aku dapati ada satu perkara yang boleh di katakan sebagai penyakit. Penyakit yang sering menghantui seorang blogger. Aku pasti penyakit ini berpotensi besar untuk di hidapi oleh setiap blogger. Apakah penyakit itu ya? Jawapan untuk soalan ini sudah pasti di hidapi oleh para blogger yang sudah lama berkecipung dalam Dunia Blogging. Bagi yang baru berkecipung mungkin penyakit ini belum di rasai.

Penyakit itu adalah “Malas Mengemaskini Blog”. Penyakit ini adalah satu penyakit yang amat sukar di ubati jika ianya berlarutan begitu lama. Kalau dahulu, blog kita di kemas kini / di update selalu. Setiap hari, setiap minggu ada sahaja yang ingin di ceritakan. Tetapi bila mula terhenti untuk mengupdate blog, inilah satu penyakit yang harus di ubati secepat mungkin. Ini tidak termasuk jika blog ada masalah teknikal seperti masalah hosting, internet connection dan sebagainya. Ini adalah masalah diri seorang blogger itu untuk mengekalkan konsistensi dalam penulisan blog.

Kesannya, pengunjung mula lari dan tidak datang lagi ke blog kita. Para blogger hasrus ingat, kita mempunyai pelbagai jenis pengunjung / visitor. Ada yang suka meletakkan komen di setiap entri yang kita tulis, ada pula yang suka setiap cerita yang kita terbit atau siarkan untuk tatapan umum, ada juga yang lebih selesa menjadi silent reader, ada juga yang menjadikan blog kita sebagai rujukan dalam apa jua situasi dan ada juga visitor yang masuk daripada hasil carian mereka di Google ataupun Yahoo.

Bila kita tidak mengupdate blog, mereka akan mula merasa tawar hati untuk bertandang kembali ke blog kita. Sebabnya? Blog kita sudah pun tidak mendapat perhatian mereka. Inilah sebab musabab mengapa visitor akan lari daripada berkunjung ke blog kita.

Sedar atau tidak, penyakit malas mengupdate blog inilah yang akan menjatuhkan kepercayaan para pengunjung kepada kita. Percaya atau tidak, jika ada visitor yang sudah menyukai setiap entri kita, mereka akan ketagih untuk mendapatkan cerita-cerita terkini di blog kita.

Jadi bagaimana untuk mengubati penyakit ini supaya kita lebih konsisten? Di bahwah aku senaraikan beberapa langkah untuk menjadi seorang blogger yang lebih konsisten.

1) JANGAN tinggalkan blog tanpa sebarang entri lebih daripada satu minggu. Jika terlalu sibuk dengan urusan kerja, tetapkan hari untuk mengupdate blog. Contohnya, 3 hari sekali ataupun 1 kali seminggu.

2) TERUS tulis jika ada apa-apa perkara yang terlintas di fikiran yang boleh di kongsi dengan visitor blog kita.

3) JANGAN melayan perasaan malas diri untuk mengupdate blog.

4) JANGAN bertangguh untuk mengupdate blog. Usah fikir besok masih ada. Kerana kita tak tahu mungkin besok lebih sibuk dari hari ini. Siapa yang tahu.

5) Gunakan sepenuhnya masa untuk mengupdate blog. Jika anda hanya ada masa 2 jam sehari untuk melayari internet, gunakan sepenuhnya masa itu sebaik mungkin. JANGAN leka melayan perkara lain seperti facebook yang boleh melalaikan sehingga terlupa untuk mengupdate blog.

6) JADIKAN kerja mengupdate blog ini sebagai rutin harian atau rutin mingguan.

7) TANAMKAN dalam diri, bahawa mengupdate blog itu satu tanggungjawab kecil dalam kehidupan kita. Hormati tanggugjawab yang kecil itu supaya visitor terus selesa untuk berkunjug ke blog kita.

8) Selami diri dan terapkan dalam hati, sebagai seorang blogger anda akan terus memberikan informasi yang berguna kepada visitor. FOKUS untuk terus maju dan lebih konsisten dalam dunia blogging.Mengapa? Sebab, sekarang bloggingย  bukan lagi satu kerja picisan. Ia sudah menjadi lebih luas maknanya dalam dunia Internet.

Inilah beberapa langkah untuk kita mengelakkan penyakit malas mengudate blog terus membelenggu diri kita khususnya sebagai seorang blogger. Langkah-langkah di atas akan membantu blogger untuk lebih konsisten dalam penulisan blog dan meraih lebih ramai lagi visitor ke blog masing-masing.ย  Ingatlah, usah biarkan penyakit ini terus menjadikan kita malas dan letih untuk memulakan kembali perkara yang sudah lama kita tinggalkan. Sedang perkara itu pernah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Jangan mengharapkan visitor akan terus datang ke blog jika kita terus malas untuk mengupdate blog.ย  Mereka juga manusia biasa.

25 thoughts on “Penyakit Sukar Di Ubati Sebagai Seorang Blogger

    1. Shaffik

      Tu laa pasal..Rasa rugi kan kalau tinggalkan blog lama2. Kesian visitor yang nak datang. Tiada pun cerita-cerita baru yang muncul..

      Reply
  1. sangilapi

    hahaha….sangat-sangat bersetuju dengan perkongsian kali ini sebab aku pun sedang melaluinya dengan penuh rasa serba salah ๐Ÿ™‚

    Reply
    1. Shaffik

      hahahah..tu laa pasal..aku dah lalui semua ini. Sebab tu perkongsian ini harus aku tulis untuk peringatan semua.

      Reply
    1. Shaffik

      Biasa la bro. Sebenarnya satu blog yang bagus adalah di update pada setiap hari. Tetapi tak ramai blogger yang boleh melakukannya. Tetapi jika tak mampu pun janganlah sampai tinggalkan blog tanpa di update berbulan-bulan lamanya. Jatuh kredibiliti seseorang blogger tu.

      Reply
    1. Shaffik

      Memang makan dalam bro. Termasuk lah yang menulis entri ini. Ianya ditulis sebagai peringatan untuk para blogger lain dan juga diri sendiri juga.

      Reply
  2. Abg Rio

    Betul tu…kalau tiba malas …itu yang susah…apa pun kesian juga pada visitor yg datang ke blog kita menunggu cerita atau info yg kita utarakan…bang safik macamana nak buat read more..mcm blog abg joe..kawan tak ingat..boleh bantu ke..
    wasalam

    Reply
    1. Shaffik

      Ianya boleh menjadi hakmilik kekal jika kita terus jadikan blog sebagai sebahagian dari hidup kita.

      Reply
  3. zik

    erm… terkena eden.. insyallah akan diusahakan… mana yang termampu.. ๐Ÿ™‚

    Reply
  4. suri cahaya cinta

    nampaknya suri perlu jadikan blog sbgai dari sebahagian dari kehidupan surllah yer..hehehe

    dialah temanku dikala ku kebosanan di pejabat selain cik radio yang bijak bistari..huhu

    Reply
    1. Shaffik

      Boleh aja. Lagi best kalau ada pengunjung-pengunjung yang rajin membaca dan meletakkan komen. Shaffik.com akan sedaya upaya menerbitkan entri-entir yang menarik pada masa akan datang..

      Reply
  5. Pingback: Blog Shaffik » Lamanyer…..

  6. Pingback: Produk Keluaran Bumiputera | Blog Shaffik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge