PR Jatuh Ke? Jangan Bersedih.

By | April 9, 2010

page_rank

Baru-baru ini pakcik Google telah pun mengupdate PR pada semua blog dan website seluruh dunia. Macam mana  PR blog anda? Naik, naik mendadak? Turun atau jatuh. Bagi PR blognya yang naik, tahniah di ucapkan. Mungkin anda sedang bergembira sekarang ini. Wah tersenyum keseorangan nampak.

Bagaimana pula rakan-rakan yang PRnya jatuh? Aku pasti mereka akan merasa berduka. Mereka akan merasakan seperti MALAS nak berblogging lagi. Semuanya seakan hancur. Tiada apa lagi yang boleh di harapkan dengan blog kesayangan jika PR sudah pun jatuh.

Tetapi inilah asam garam dalam dunia blogging. PR jatuh itu bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa. Usah bersedih sehingga tidak boleh membuat kerja-kerja lain dek kerana PR.  Jangan begitu, ini semua perkara-perkara yang perlu di hadapi oleh setiap blogger. Bukannya selalu sahaja tersenyum, adakalanya perasaan sedih juga akan mengelubungi diri. Kerana semestinya kota manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Jika PR dan pun jatuh, apa yang harus di lakukan? Erm, boleh naik balik ker PR tu? Jawapannya mesti boleh. Ramai blogger yang sudah membuktikan yang PR boleh naik balik. Apa yang penting sekarang, muhasabah diri dan kenal pasti mengapa PR boleh jatuh?

Antara perkara-perkara ynag boleh menjatuhkan PR.

1) Blog jarang di update - Jika blog jarang di update, Google pun jarang crawl ke blog kita untuk mencari keyword-keyword yang baru dan di indexkan kedalam carian Google. Secara tidak langsung, kita sudah menjauhkan blog kita daripada Google.

2) Kurangnya backlink – Backlink semakin lama semakin berkurang. Mengapa? Sebab kita tidak lagi membuat backlink seperti mana yang kita buat sewaktu menaikan PR blog kita dahulu. Kita juga jarang menjenguk ke blog rakan-rakan lain dan meninggalkan komen yang bernas di sana. Ataupun kita terlupa untuk meletakkan Signature untuk blog kita di forum-forum yang berpotensi tinggi. Ingat jangan setakat letak letak Signature sahaja, rajin-rajinkanlah diri untuk berdiskusi di forum berkenaan. Setiap post yang kita buat di forum sambil meletakkan link blog kita juga akan di kira sebagai baclink.

3) Kurangnya visitor datang ke Blog – Bila bercerita pasal visitor menjadi kurang, banyak faktor yang perlu di ambil kira. Antaranya seperti yang di nyatakan pada sebab yang pertama. Faktor keyword juga boleh dijadikan sebab mengapa visitor mula kurang datang ke blog kita. Mungkin dahulu kita mempunyai keyword yang menjadi carian utama di dalam enjin carian Google. Kini keyword itu sudah mendapat persaingan yang hebat di carian Google. Jadi gunakanlah keyword-keyword yang sering menjadi tumpuan para visitor di carian Google pada entri-entri yang akan datang supaya ia menjadi sumber visitor yang datang ke blog kita.

Tiga sebab utama yang aku nyatakan di atas adalah antara sebab utama mengapa PR boleh jatuh. Segala info di atas adalah berdasarkan pengalaman aku di dalam berblogging. Pengalaman naik turun PR ini sudah pun menjadi sebahagian dalam dunia blogging. Bila sudah sahaja PR updata, aku akan memeriksa semua blog personal dan niche blolg aku. Aku akan cuba mencari sebab mengapa PR pada niche blog-blog aku jatuh.  Perbaiki kesilapan pada faktor-faktor di atas supaya PR kita akn lebih baik pada masa akan datang.

Jadi usahlah terlalu bersedih jika PR sudah pun jatuh. Yang penting muhasabah diri dan cepat-cepat atasi segala kesilapan yang lalu. Penulisan blog tidak akan terhenti walaupun PR sudah pun jatuh. Terus kuatkan semangat untuk lebih stabil dan berdaya saing dalam arena dunia blogging. Banyakkan berfikir positif untuk lebih kental dalam dunia blogging.

Share it now!

16 thoughts on “PR Jatuh Ke? Jangan Bersedih.

  1. sangilapi

    PR update memang akan membuatkan para blogger tak senang duduk :)….apapun aku ucapkan terima kasih pada boy yang menawarkan servis dan pakej yang banyak membantu blogger dalam urusan PR.

    Reply
  2. Fendy

    Betul betul…
    Dalam masa yang sama, tak dinafikan juga bahawa pakcik Google pun kengkadang pening. Maklumlah dah tua…
    Aku ada 3 blog.
    Blog 1 – selalu update – jatuh 1. Dari PR1 ke PR0.
    Blog 2 – terlalu jarang update – jatuh 1. Dari PR4 ke PR3.
    Blog 3 – dah setahun tak update – kekal tak berubah PR1.

    Reply
    1. Shaffik

      Thanks and tahniah bro. Aku da perasan pada Anugerah tu. Thanks A lot. Nanti ada masa aku buat.

      Reply
  3. kak ina kl

    salam dari akak..dulu tak ambil port tentang pr ni..bila dah tau fungsi dia..kenalah kekalkan atau lonjakkan lagi pr.

    Reply
    1. Shaffik

      PR ni memang penting pada pendapat saya. Ada orang tak ambil pusing pun. Tapi ianya menjadi satu igauan kepada sesiapa yang menitikberatkan PR ni. Kalau dah tau fungsinya, jagalah ia seelok-eloknya.

      Reply
  4. Cikgu Hairul

    Pelik gak Google ni. Saya selalu jer update blog. Tapi napa le jatuh merudum juga.. huhuhu. Adakah blog yang berat juga mempengaruhi PR? Atau adakah google telah mengubah algoritmanya dalam menentukan PR..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge