Masalah Jerking Pada Perodua Kenari.

By | April 7, 2010

perodua_kenari

Dua bulan lalu, kereta kenari aku menghadapi satu masalah. Masalah ini yang membuatkan kepala aku rungsing. Mengapa samapi rungsing dan memeningkan kepala? Sebab inilah salah satu kenderaan yang aku ada. Inilah satu-satunya kenderaan yang aku guna untuk ke tempat kerja, ke pasar raya untuk belanja, pulang ke kampung dan mana-mana tempat yang hendak aku tuju.

Kereta kenari aku mempunyai masalah pada bahagian enjin. Simtomnya selalu berlaku sentakan atau Jerking ketika enjin sedang running atau dihidupkan. Pada mulanya aku sangkakan ianya berlaku hanya ketika menghidupkan enjin sahaja, tetapi berlarutan sehingga di atas jalan raya.


Kadang kala berlaku ketika aku menggunakan gear ke-2, ke-3 dan ke-4. Lebih parah lagi sentakan atau jerking ini akan berlaku ketika menukar gear dan menekan pedal minyak apabila berada di jalan raya. Puas aku bertanyakan rakan-rakan dan foreman (pomen) tentang masalah ini. Rata-rata menyatakan ini adalah masalah saluran minyak pada tangki kereta aku.

Ada yang mencadangkan menukar oil filter pada tangki minyak, ada pula yang mencadangkan tangki minyak perlu di tukar, ada juga mengatakan ianya berlaku pada masalah clucth dan macam-macam lagi.  Sambil-sambil itu aku bertanyakan masalah ini kepada seorang rakan baik aku.

Dia ni adalah seorang Foreman Perodua. Dia pernah bertemu dengan masalah sebegini 1 tahun yang lepas. Kereta Kenari yang selalu berlaku jerking atau sentakkan. Malangnya dia tidak ingat apakah punca atau masalah sebenar. Aku pun memberikan pendapat rakan-rakan dan foreman lain seperti di atas. Dia dengan berkeras mengatakan bukan itu punca dan masalahnya.

2 minggu lepas aku menelefon dia kembali untuk melakukan servis kereta kenari aku. Sambil-sambil itu aku bertanyakan adakah penyelesaian untuk masalah kereta kerani aku tu? Dia mengatakan, dia cuba membuat sedikit servis pada enjin kereta aku dengan kos yang paling minima. Maksud, dia cuba menyelesaikan masalah jerking tu pada kos yang paling minima untuk permulaan.

tune_up

Dia membuat servis pada Throttle Body/Body Throttle. Salah satu komponen di bahagian luar enjin.  Aku pun tak expert sangat pada enjin kereta ni. Komponennya seakan Kaburator.  Tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya cecair khas yang di gunakan (kos kira-kira RM20) dan berus. Setelah mencuci keseluruhan Throttle Body, komponen berkenaan dipasangkan kembali pada tempat asalnya.

Setelah di pasanga, dia mengarahkan menghidupkan enjin kereta dan drive untuk percubaan. Ermm..tiada lagi jerking bila aku menukar gear dan meluncur di atas jalan raya. Wow, hasilnya cukup memberangsangkan. Sehingga kini tiada lagi masalah jerking pada kereta Kenari aku.

Alhamdullilah masalah jerking pada Perodua Kenari aku telah pun selesai. Jadi kepada pemilik Perodua Kenari yang menghadapi masalah yang sama, servislah Throttle Body. Insyallah ia akan selesai jika tida masalah lain pada enjin anda. 🙂

17 thoughts on “Masalah Jerking Pada Perodua Kenari.

    1. Shaffik

      Bukan kedai bro. Member baik aku. Dia buat kat rumah saja. Kalau nak aku boleh pass no Phone.

      Reply
      1. shaharil

        ooo macam tu.boleh kembangkan lagi perniagaan tersebut kalau dah maju. buat masa belum memerlukan lagi.

        Reply
  1. Mohamad Faizal Roshidi

    akum bro…nak tanya ckit ar…saya pun menggunakan perodua kenari, maslahnya sekarang kat throttle body keta saya 2 ada minyak.Dulu saya pernah servis throttle body 2,tapi minyak tetap naik kat throttle body 2.so blh beri jawapan dan pandangan or nasihat dari awak..?

    Reply
    1. Shaffik

      Faizal. Untuk soalan itu, lebih baik tanya pada member saya. Ini no telefon dia : 0197454818 (zakri)

      Reply
  2. Mohamad Faizal Roshidi

    akum bro..saya nak tanye ckit…saya pun menggunakan perodua kenari..masalahnya sekarang throttle body keta saya ada minyak dan kotor…saya pernah servis throttle body 2,tp masih ada minyak pada penyambung antara throttle body dgn air cliner..so saya nak tanye pendapat dan pandangan dari awak…

    Reply
  3. ibrahim

    sdr, saya ada masaalah jerking kenari ni, saya sudah pergi 3 workshop tp mereka telah menukar mcm alat ganti, tp masaalanya tetap sama. hingga saya terbaca ruangan sdr. masaalahnya bagaimana saya bolih mendapatkan servis body throttle ini. saya tinggal diRengit, Batu Pahat. Johor.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Bro Ibrahim. Cuba tanya di kedai Potong. Dulu saya dapat harga throttle body dari kedai potong RM180. Kalau Original mencecah RM500 lebih. Tehn pergi bengkel mintak tolong dieorang tukarkan. Lepas lihat performance kenari tu. Ada jerking lagi tak?

      Reply
  4. azhar ahmad

    bro nak tanya …..pasal apa kenari saya bila tengah drive terdengar bunyi macam berdengung……nak kata bering..dah bawak p ke forman….bila forman check ari tu dah tak ada bunyi pulak…..pening dibuatnya….sapa -sapa yang pernah jadi lagu nie.. macam mana nak wat..

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Alamak Bro. Saya tak pernah pulak hadapi masalah sebegini. Harap pengunjung yang lain boleh membantu.

      Reply
    2. mafid

      just nak share bulan lepas kereta saya menghadapi masalah yang sama 2 kedai gi yg pertama kata kena tukar gantung tapi saya x rasa nak tukar … sbb just nak check jer gi kedai kedua dia bawa test keter pas tu pomen kata mmg kena tukar bearing .. tukar bearing belakang jer … baru la hilang bunyi tu … pomen tu kata bearing memang dah masak ( dah lama sangat) kalau nak guna leh tapi kena tahan telinga jer dan tunggu pecah ..:)

      Reply
  5. Tengku Ainsyah

    Kena beli sebiji lagi la kereta senang sikit. Sebiji rosak ada sebiji lagi. Saya sendiri pun ada 4 buah kereta.

    Reply
  6. mazita

    Assalamualaikum
    saya nak minta tolong. . Kenari saya pun ada mslh jerking. . Rpm turun naik sendiri antara 1000-2000.
    Boleh bantu saya mcmna nk dptkan spray utk cuci trootle body tu. . Yg sesuai utk kenari. .
    Tolong saya yaa. .

    Reply
  7. sesemut,,,

    assalamualaikum mintak pencerahan otai2 bg produa kenari berpuas hati x selama mngunakn jentera tersebut.

    Reply
  8. Zakiah binti Karim

    Assalamualaikum semua,
    Sy nk tny kenari second hand
    saya dah pakai 5 thn mcm Tu
    Masalahnya..minyak injin selalu Kering/habis dlm 3 bukan mcm Tu…
    Kenapa ya?
    Mcm mn nk buat?
    Terima kasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.