Masalah Jerking Pada Perodua Kenari.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Informasi

perodua_kenari

Dua bulan lalu, kereta kenari aku menghadapi satu masalah. Masalah ini yang membuatkan kepala aku rungsing. Mengapa samapi rungsing dan memeningkan kepala? Sebab inilah salah satu kenderaan yang aku ada. Inilah satu-satunya kenderaan yang aku guna untuk ke tempat kerja, ke pasar raya untuk belanja, pulang ke kampung dan mana-mana tempat yang hendak aku tuju.

Kereta kenari aku mempunyai masalah pada bahagian enjin. Simtomnya selalu berlaku sentakan atau Jerking ketika enjin sedang running atau dihidupkan. Pada mulanya aku sangkakan ianya berlaku hanya ketika menghidupkan enjin sahaja, tetapi berlarutan sehingga di atas jalan raya.

Kadang kala berlaku ketika aku menggunakan gear ke-2, ke-3 dan ke-4. Lebih parah lagi sentakan atau jerking ini akan berlaku ketika menukar gear dan menekan pedal minyak apabila berada di jalan raya. Puas aku bertanyakan rakan-rakan dan foreman (pomen) tentang masalah ini. Rata-rata menyatakan ini adalah masalah saluran minyak pada tangki kereta aku.

Ada yang mencadangkan menukar oil filter pada tangki minyak, ada pula yang mencadangkan tangki minyak perlu di tukar, ada juga mengatakan ianya berlaku pada masalah clucth dan macam-macam lagi.  Sambil-sambil itu aku bertanyakan masalah ini kepada seorang rakan baik aku.

Dia ni adalah seorang Foreman Perodua. Dia pernah bertemu dengan masalah sebegini 1 tahun yang lepas. Kereta Kenari yang selalu berlaku jerking atau sentakkan. Malangnya dia tidak ingat apakah punca atau masalah sebenar. Aku pun memberikan pendapat rakan-rakan dan foreman lain seperti di atas. Dia dengan berkeras mengatakan bukan itu punca dan masalahnya.

2 minggu lepas aku menelefon dia kembali untuk melakukan servis kereta kenari aku. Sambil-sambil itu aku bertanyakan adakah penyelesaian untuk masalah kereta kerani aku tu? Dia mengatakan, dia cuba membuat sedikit servis pada enjin kereta aku dengan kos yang paling minima. Maksud, dia cuba menyelesaikan masalah jerking tu pada kos yang paling minima untuk permulaan.

tune_up

Dia membuat servis pada Throttle Body/Body Throttle. Salah satu komponen di bahagian luar enjin.  Aku pun tak expert sangat pada enjin kereta ni. Komponennya seakan Kaburator.  Tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya cecair khas yang di gunakan (kos kira-kira RM20) dan berus. Setelah mencuci keseluruhan Throttle Body, komponen berkenaan dipasangkan kembali pada tempat asalnya.

Setelah di pasanga, dia mengarahkan menghidupkan enjin kereta dan drive untuk percubaan. Ermm..tiada lagi jerking bila aku menukar gear dan meluncur di atas jalan raya. Wow, hasilnya cukup memberangsangkan. Sehingga kini tiada lagi masalah jerking pada kereta Kenari aku.

Alhamdullilah masalah jerking pada Perodua Kenari aku telah pun selesai. Jadi kepada pemilik Perodua Kenari yang menghadapi masalah yang sama, servislah Throttle Body. Insyallah ia akan selesai jika tida masalah lain pada enjin anda. :)

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Rumah Sudirman Terbakar.
  • Computer make you tired.
  • Kena lagi 5-0
  • Adakah susah selamanya?
  • Tengok dulu sebelum masuk. :)
  • Akhirnya Adsense Membuahkan Hasil
  • Permulaan Yang Baik Untuk Chelsea
  • Chamek Kopitiam
  • Kasih Seorang Babysitter
  • Gelak bersama Sepah

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

12 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. shaharil says:

    kedai tu kat mana? mungkin boleh rekemain kat member yang masalah yang sama.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bukan kedai bro. Member baik aku. Dia buat kat rumah saja. Kalau nak aku boleh pass no Phone.

    [Balas Komen]

    shaharil Reply:

    ooo macam tu. boleh la lepas ni buka kedai kalau dah maju.

    [Balas Komen]

    shaharil Reply:

    ooo macam tu.boleh kembangkan lagi perniagaan tersebut kalau dah maju. buat masa belum memerlukan lagi.

    [Balas Komen]

  2. Mohamad Faizal Roshidi says:

    akum bro…nak tanya ckit ar…saya pun menggunakan perodua kenari, maslahnya sekarang kat throttle body keta saya 2 ada minyak.Dulu saya pernah servis throttle body 2,tapi minyak tetap naik kat throttle body 2.so blh beri jawapan dan pandangan or nasihat dari awak..?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Faizal. Untuk soalan itu, lebih baik tanya pada member saya. Ini no telefon dia : 0197454818 (zakri)

    [Balas Komen]

  3. Mohamad Faizal Roshidi says:

    akum bro..saya nak tanye ckit…saya pun menggunakan perodua kenari..masalahnya sekarang throttle body keta saya ada minyak dan kotor…saya pernah servis throttle body 2,tp masih ada minyak pada penyambung antara throttle body dgn air cliner..so saya nak tanye pendapat dan pandangan dari awak…

    [Balas Komen]

  4. Mohamad Faizal Roshidi says:

    okay,terima kasih kerana membantu….

    [Balas Komen]

  5. ibrahim says:

    sdr, saya ada masaalah jerking kenari ni, saya sudah pergi 3 workshop tp mereka telah menukar mcm alat ganti, tp masaalanya tetap sama. hingga saya terbaca ruangan sdr. masaalahnya bagaimana saya bolih mendapatkan servis body throttle ini. saya tinggal diRengit, Batu Pahat. Johor.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bro Ibrahim. Cuba tanya di kedai Potong. Dulu saya dapat harga throttle body dari kedai potong RM180. Kalau Original mencecah RM500 lebih. Tehn pergi bengkel mintak tolong dieorang tukarkan. Lepas lihat performance kenari tu. Ada jerking lagi tak?

    [Balas Komen]

  6. azhar ahmad says:

    bro nak tanya …..pasal apa kenari saya bila tengah drive terdengar bunyi macam berdengung……nak kata bering..dah bawak p ke forman….bila forman check ari tu dah tak ada bunyi pulak…..pening dibuatnya….sapa -sapa yang pernah jadi lagu nie.. macam mana nak wat..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Alamak Bro. Saya tak pernah pulak hadapi masalah sebegini. Harap pengunjung yang lain boleh membantu.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge