Tips PERCUMA Untuk Menarik Lebih Ramai Pengunjung

By | March 31, 2010

muka surat pertama google

Apa yang paling menggembirakan seorang blogger? Banyak perkara yang menggembirakan hati seorang blogger. Antaranya bila mendapat berita gembira PR blog masing-masing naik ataupun ada kemajuan dari tiada nilai kepada nilai yang lebih besar. Ada juga kegembiraan apabila melihat ranking Alexa semakin mengecil. Ada pula yang gembira apabila menerima banyak komen terhadap sesuatu entri yang di terbitkan.

Tetapi aku pasti ramai blogger yang akan berasa sangat gembira apabila blognya di kunjungi ramai pengunjung setiap hari. Pengunjung setiap hari tidak putus-putus datang untuk melihat perkembangan baru atau mendapat cerita baru di blog kesayangan mereka.

Bagaimana pula mendapatkan pengunjung baru setiap hari? Inilah satu cabaran yang amat penting bila menjadi seorang blogger. Selain mendapat perhatian pengunjung tegar atau pengikut tersendiri, seorang blogger juga harus berfikir bagaimana untuk mendapat pengunjung-pengunjug baru setiap hari. Ermm macam mana nak tarik pengujung baru datang ke blog kita ya?

Jawapan sudah pasti daripada enjin carian ataupun search engine. Apa lagi search engine yang paling popular mesti Google ataupun Yahoo. Bagaimana ingin meletakkan blog kita pada muka surat pertama di search engine yang selalu di gunakan oleh pengguna Internet? Jika anda masih tertanya-tanya bagaimanakah cara yang paling efektif untuk meletakkan blog anda atau entri yang anda buat berada di muka surat pertama search engine Google? Atau dengan kata lain mendapat SERP yang baik.

Cara yang paling mudah adalah membuat satu tajuk entri yang anda jangkakan akan di cari oleh pengguna Internet.  Sebelum membuat sesuatu entri, fikirkan jika anda seorang pengunjung Internet. Apakah perkataan yang anda akan gunakan untuk membuat carian di search engine google.

Sebagai contoh:  Anda ingin menceritakan satu pengalaman anda membuat kek lapis. Fikirkan terlebih dahulu, apakah perkataan yang anda akan gunakan di carian Google untuk mendapatkan informasi tentang kek lapis? Sudah semestinya anda akan menaip ” Bagaimana membuat kek lapis” .  Jadi gunakan perkataan atau ayat yang anda fikirkan boleh di guna pakai oelh pengguna lain semasa mencari maklumat di Google. Mungkin anda boleh gunakan tajuk entri anda, “bagaimana membuat kek lapis” atau “cara pantas membuat kek lapis” atau “membuat kek lapis yang sedap”.

good

Pasti anda akan mendapat pengunjung-pengunjung baru setiap hari hasil daripada entri-entri anda yang mesra SERP. Mengapa perlu meletakkan entri atau blog kita di muka surat pertama Google atau Yahoo? Jawapannya mudah, sebagai seorang pengguna internet yang selalu menggunakan enjin carian, kebiasaanya mereka akan lebih menggunakan informasi yang ada di muka surat pertama enjin carian. Paling tidak pun mereka akan pergi sehingga ke muka surat ke 2 atau 3. Tidak perlu pergi jauh-jauh tanya diri anda sendiri.  Selalu ke anda buka muka surat ke -10 untuk mencari informasi di carian Google? Jawab laa sendiri ya.

Haaa, mudah kan. Selain menghantar entri-entri anda ke laman web sosial, inilah satu cara yang paling efektif untuk menarik pengunjung baru datang ke blog anda. Siapa tahu, dari pengunjung baru akan jadi pengunjung tetap. Lebih manis lagi mereka menjadi silent reader kepada blog kita. Mudah kan.

Dapatkan lagi 10 cara mudah untuk menulis Blog..

9 thoughts on “Tips PERCUMA Untuk Menarik Lebih Ramai Pengunjung

    1. Shaffik

      Seperti yang di tulis oleh sangilapi. Inilah cabaran sebenar sebagai seorang blogger. Aku berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Insyallah ada lagi tips blogging pada masa-masa akan datang.

      Reply
  1. shu

    tq…..ilmu yg bagus. baru je siap buat blog dan sedang tercari2 cara nak dptkan pengunjung. ada cara lain lg tak? kalu blh y free la…..hehehehe

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Mesti ada banyak cara lagi untuk menarik pengunjung lagi ke blog kita. Nantikan untuk entri-entri yang akan datang…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.