3 Hari Di Hong Kong (Part 2)

By | March 29, 2010

Entri ini adalah sambungan  bahagian pertama pengalaman aku di Hong Kong Minggu lepas.

Setelah selesai check in bilik aku di tempatkan di tingkat 19.  Pada mula aku pun tak kisah tetapi bila sampai sahaja di tingkat 19, bagaikan ada sesuatu yang tak kena. Aku terpandang satu amaran yang mengatakan, tingkat ini adalah tempat larangan merokok. Di dalam bilik pun tak boleh merokok. Alamak, bikin pusing macam ni.

Aku terus telefon Front Desk dan minta tukar ke bilik yang boleh merokok. Nasib baik ada satu bilik yang kosong di tingkat 6 yang membenarkan penghuninya merokok. Di Hong Kong, aktiviti merokok memang di ambil berat. Tidak boleh merokok sesuka hati. Kebanyakkan orang-orang kat sana merokok di sekitar tempat yang ada tong pembuangan puntung rokok. Aku juga perhatikan, tiada puntung rokok yang bersepah di kaki lima. Bersih dan sungguh berdisiplin.

Pada sebelah malam pertama di Hong Kong, aku meluangkan masa untuk berjalan-jalan di Hong Kong. Aku menelefon rakan aku di sana dan minta tunjuk arah tempat yang aku boleh makan malam. Aku memulakan perjalan pada sekitar 7.30 malam. Hanya berjalan kaki kira-kira 100 meter terdapat satu stesen MTR. Kalau di Malaysia macam LRT la. Aku terus menuju ke Causewaybay.

DSC_2413

Semasa ingin menaiki MTR, tambang yang di kenakan adalah $HKD5.50. Duit kecil tak ada. Aku pun tukar di kaunter yang berdekatan. Aku berikan $HKD100 untuk dapatkan duit kecil. Orang di kaunter memberikan aku 4 keping duit $HKD20 dan 2 keping duit syiling. Dengan konfidenye aku pergi balik ke kaunter.  Aku beritahu duit ini tak cukup, baru $HKD80 dan duit syiling. Dia cakap cukup, sebab 2 keping duit syiling tu bernilai $HKD20. Hahahahaha..rupa-rupanya duit syling tu sekeping bernilai $HKD10. Terkena aku.

DSC_2414 copy

Sistem pengangkutan di Hong Kong memang tip top. MTR akan berada di stesen setiap 2 minit. Tepat dan pantas. Sebab itu orang-orang Hong Kong lebih selesa menaiki kenderaan awan daripada kereta sendiri. Bila turun sahaja di Causewaybay, aku terus mencari restoran muslim untuk santapan makan malam aku. Ternyata begitu sukar sekali nak cari restoran muslim di CausewayBay Hong Kong. Mungkin tempat yang aku pergi agak sukar untuk mencari restoran muslim. Pusing punya pusing, aku jumpa satu restoran Toast Box. Dan yang bestnya ada di jual Nasi Lemak kat sini. Haaaaa..lega sikit hati.

Bila order dengan pelayan kedai, ternyata dia memang tahu aku ni orang Malaysia. Sebab die pun orang JB. Hahahahahah. Berbual panjang sikit. Dia pun cakap, di kawasan sini memang susah nak cari restoran muslim. Kena pusing habis-habis baru jumpa. Sebab dia pun baru 3 bulan di sini. Setelah selesai makan malam, aku jalan-jalan di sekitar CausewayBay. Apa yang aku boleh cakap, semua barangannya sama dengan Malaysia. Cuma di sini lebih up to date sikit. Setelah penat berjalan, aku pun pulang ke Hotel.

Pada keesokkan harinya (22 March 2010) aku pergi ke HID Global Hong Kong. Seharian aku di sini. Melawat pejabat HID Global Hong Kong, beramah mesra dengan kakitangan di sana, melawat server room yang menjadi kerja aku nanti dan membuat sedikit presentation untuk kakitangan di sana. Ermmm. Pulang ke Hotel pada pukul 5.30 petang. Pada masa ini, semua kaki lima di penuhi dengan orang-orang yang berpusu-pusu ingin pulang ke rumah. Ermmm…tapi perjalanan aku ker Hotel hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Mong Kok MTR Station

Pada sebelah malam, rakan aku di Hong Kong ingin membawa aku ke Mong Kok. Salah satu tempat yang amat popular di Hong Kong. Di sinilah terletaknya satu pasar murah seperti di Petaling Street dan Chow Kit di KL. Sama juga, aku bersama 2 orang rakan menaiki MTR ke Mong Kok. Sebelum aku sampai ke Mong Kok Market, aku menyusuri satu kawasan Electonic Area. Di sini terdapat beratus kedai barangan elektronik yang menawarkan harga yang menarik. Ada yang murah ada juga yang sama harganya dengan di Malaysia.

Selepas itu aku meneruskan perjalanan ke Mong Kok Market. Tempatnya sebiji macam Petaling Street. Banyak pakaian dan cederamata yang di jual di sini. Harga ? Ermm. Lebih kurang dengan Malaysia dan barangannya juga sama seperti apa yang ada di Malaysia. Seperti Jersey, Pakaian, Kasut dan macam-macam lagi. Aku hanya sempat membeli sedikit buah tangan untuk isteri dan anak aku. Sebab aku tak bawak cash banyak pun kesana.

Jalan punya jalan tak perasan jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Nasib baik perkhidmatan MTR masih beroperasi. Naik MTR dan pulang ke Hotel. Sampai sahaj di Hotel mandi dan terus tidur untuk meneruskan kerja pada esok hari.

Pada hari kedua di HID Global Hong Kong (23 March 2010), aku membuat sedikit lagi presentation. Sambil beramah mesra dengan kakitangan di sana, aku mengambil kesempatan berbual-bual dengan beberapa rakan yang selama ini aku hubungi dengan email sahaja. Kini kami bersua muka. Aku pulang ke hotel awal sedikit sebab nak check out.

Penerbangan pulang ke Changi pada jam 6.30 petang. Aku mengambil bas ke Airport pada jam 3.30 petang dan sampai di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam 4.30 petang. Setelah selesai urusan Check In aku pusing-pusing sekitar Lapangan Terbang Hong Kong.  Ramai pengunjung yang menunggu untuk berlepas. Tepat jam 6.10 petang aku terus masuk ke kapal terbang dan pulang ke Singapura. Penerbangan memang tepat. Aku di jangka sampai di Changi pada pukul 10.30 malam. Tetapi aku sampai 30 minit awal. Nasib baik driver kilang dah sampai.

Perkara pertama yang aku ungkapkan pada driver kilang adalah “uncle bila sampai di JB nanti kita lepak mamak. Aku nak kena Teh Tarik dan Roti Canai”. Bagaikan lama berada di Hong Kong. Rindu gila dengan Teh Tarik. Aku selamat samapi di rumah kira-kira jam 12 malam. Lega rasanya melihat isteri dan anak aku selamat semuanya.

Apa yang aku boleh simpulakan sepanjang perjalanan aku di Hong Kong adalah ” Hong Kong Best” .  Orang-orangnya berdisiplin sentiasa. Pengangkutan Awan memang terbaik. Jika tak ada kereta pun tak apa. Sebabnya semua ada depan mata. Insyallah aku akan ke sana lagi suatu hari nanti. Mungkin bersama anak dan isteri pula. Huhhuhhuh..

Klik di sini untuk Photo Penuh Di Hong Kong…

6 thoughts on “3 Hari Di Hong Kong (Part 2)

  1. sangilapi

    macam ni tak jadi lah nak gi hong kong….nak merokok pun susah…..kat medan selera tu boleh merokok ke?

    Reply
    1. Shaffik

      Tak boleh jugak Bro. Hanya tempat2 tertentu sahaja. Sebab tu aku cakap orang-orang Hong Kong disiplinya tinggi…

      Reply
  2. shaharil

    Bak kata orang, Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung.
    kita kena hormat budaya yang mereka diamalkan.

    Apa-apa pun thanks atas perkongsian ini. Dapat jugak memberi panduan kepada sahabat-sahabat yang lain.

    Reply
    1. Shaffik

      Betul tu. Budaya yang elok boleh kita ikut dan bawa ke Malaysia. Terima Kasih kerana meluangkan masa melawat Shaffik.com

      Reply
  3. shaharil

    sama- sama. itu tak ada hal.. kan melawat blog orang lain adalah cara untuk membina dan mengeratkan hubungan silaturrahim sambil menambah ilmu.

    Reply
  4. zaiedishaq

    ko balik-balik cakap harga sama cam kat mesia, barang-barang sama cam kat mesia.. ni sume alasan tanak bawakkan aku subenier la ni hahaha… 😛

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.