3 Hari Di Hong Kong (Part 1)

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General

Lamanya aku tak mengupdate blog aku ni. Rindu rasanya nak menulis. Minggu lepas adalah minggu yang paling sibuk di tempat kerja. Bermula pada hari Ahad lepas, aku berlepas ke Hong Kong atas urusan kerja. Aku seorang dari Malaysia berlepas dari Lapangan Terbang Changi Singapura. 2 oranng Boss aku daripada US menunggu aku di sana.

Bertolak pada jam 9.00 pagi dari Kilang aku. Driver kilang menghantar aku ke Lapangan Terbang Changi Singapura. Aku bergerak lebih awal sikit kerana tiket kapal terbang pada pukul 1.30 petang. Inilah kali pertama ku berjauhan dari keluarga. Inilah kali pertama aku menaiki kapal terbang. Dan inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Hong Kong.

Lapangan Terbang Changi

Selepas menguruskan tiket di Lapangan Terbang Changi, aku sempat lepak sekejap dengan Driver. Jalan-jalan sekitar Lapangan Terbang Changi sambil “menembak” beberapa photo di sekitar Lapangan Terbang Changi. Pada jam 12.30 aku pun terus masuk ke balai berlepas. Sempat juga menghantar pesanan pada facebook. Ramai penumpang yang sama dengan kapal terbang aku. Kebanyakkan orang Cina dan mat-mat salleh yang juga ingin berlepas ke Hong Kong menggunakan Singapore Airlines.

Penerbangan bermula tepat jam 1.30 petang. Agak tidak selesa pada mulanya sebab seat aku berada di tengah-tengah. Tapi nak buat macam mana kan. Kelas ekonomi dan hujung minggu pulak tu. Ermmm. Biasa tak biasa pun kena biasakan. Makanan semasa penerbangan memang memuaskan. Aku sempat menempah makanan halal. Kalau Singapore Airlines senang sikit nak dapat. Kalau yang lain tak tau la pulak.

Semasa penerbangan, aku tak dapat tidur. Apa yang boleh di buat, layan movie Blown Away dari mula sampai habis. Selak-selak juga kat mukasurat belakang, mana lah tau ada cerita melayu. Tapi hampehh..Layan sahaja apa yang ada. Aku tiba di Lapangan Antarabangsa Hong Kong tepat jam 4.50 petang. Wah inilah kali pertama aku menjejakkan kai di bumi Hong Kong.

Turun dari penerbangan aku terus ke beratur untuk pemeriksaan kastam. Agak lama, kerana ramai orang pada ketika itu. Passport di cop dan aku hanya dibenarkan berada di Hong Kong selama 90 hari.  Itu adalah kebenaran yang biasa sebagai pelawat di Hong Kong. Yang bestnya, melawat ke Hong Kong tidak perlu medapatkan VISA. Tidak seperti negara-negara lain.

Aku terus mendapat Shuttle Bus untuk ke hotel. Dengan bayaran $HKD130 shuttle bus akan menghantar ke Hotel Penginapan aku di Harbour Plaza Hotel North Point. Ia terletak di sebelah utara Hong Kong. Dan di sinilah terletak HID Global Hong Kong, destinasi utama yang akan aku tuju pada keesokkan harinya.

Bila nak check in di Harbour Plaza Hotel terdapat sedikit masalah. Harga penginapan adalah $HKD1388 untuk satu malam. Jika 2 malam aku di kenakan caj sekali ganda di campur pula service caj nilainya mencecah $HKD3000 untuk 2 malam. Mak oi mahal gila. Duit cash dalam poket hanya ada $HKD2000 sahaja. Aku cuba ambil untuk satu malam. Esok aku mesti call Kilang untuk penginapan pada malam kedua.

Apa yang berlaku seterusnya ya? Nantikan entri 3 Hari Di Hong Kong (Part 2).

UNTUK PHOTO PENUH 3 Hari di HONG KONG…

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • 3 Hari Di Hong Kong (Part 2)

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

10 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. sangilapi says:

    singapore ke hong kong,ongkos penerbangan berape,bro?

    [Balas Komen]

  2. Shaffik says:

    Kos penerbangan $S690 pergi dan balik.

    [Balas Komen]

  3. Affuan says:

    Jauh makan angin. Ko keje pe eh? :p

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bekerja sambil makan angin sekali. huhuhuhuhu

    [Balas Komen]

  4. wahhh bestnya dapat g oversea..hong kong plak tu
    Kirim salam kt Jackie Chan ye…hehehe

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Alamak tak jumpa pulak Jackie Chan..Nanti kalau pegi lagi n jumpa dia aku kirim salam yer…hahahah

    [Balas Komen]

  5. rohaizad says:

    Aku tengah tunggu buah tangan nih..

    [Balas Komen]

  6. Rio says:

    wah bang safik…rupanya ke hongkong…boleh jumpa jackie chan…hee..apa pun selamt pergi selamt balik…bye..masih tak menjadi nak uplod gambar…balik nanti boleh bantu saya..wasalam..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tak jumpa la bang Jackie Chan…Dah selamat pulang dah..

    [Balas Komen]

  7. zah says:

    thanks ye, aku dapt wat krangan dari pengalaman awak ni

    [Balas Komen]

10 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Blog Archive » 3 Hari Di Hong Kong (Part 2)

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge