Berikan Ruang Untuk Bekas Penagih.

By | March 20, 2010

Apabila hujung minggu dan tak ada job Photography, aku banyak meluangkan masa untuk blog walking. Sebab inilah sahaj masa untuk aku menjenguk blog rakan-rakan yang ada di luar sana. Apa yang perhatikan semakin banyak blog-blog baru yang muncul. Bukan setakan blog biasa tetapi berjaya menarik perhatian pengunjung di luar sana.

Bila jalan-jalan ke blog rakan-rakan lain, aku tertarik dengan satu entri yang menarik. Satu entri yang dekat dan selalu kita jumpa dalam kehidupan seharian kita. Entri ini menceritakan satu kisah seorang penagih dadah.  Penagih yang memang tak boleh berubah dan meninggalkan ketagihan dadah yang sudah lama sebati dalam dirinya.Terima kasih untuk Medkom kerana berpeluang menulis satu entri yang baik.

bekas penagih

Penagih berkenaan di temubual oleh penulis blog berkenaan. Katanya, dia mula menagih pada umur belasan tahun. Pada mulanya ianya sekadar suka-suka namun lama kelamana ianya menjadi ketagih dan sukar untuk di tinggal.  Kisah penagih dadah ini memang selalu kita dengar. Mereka memang sukar untuk meninggalkan tabiat buruk itu.

Banyak cerita yang kita dengar mengenai ketagih. Di kampung aku pun banyak cerita-cerita mengenai penagih. Sampaikan anak membuat laporan Polis mengenai ketagihan bapanya.  Ini mungkin satu tindakan yang kejam. Tetapi anaknya mungkin tiada pilihan lain selain membuat laporan Polis dan menghantar bapanya sendiri ke pusat pemulihan dadah.

Kebanyakkan penagih yang telah masuk ke Pusat Pemulihan akan pulang dengan satu semangat yang baru. Pulang ke pangkuan keluarga dengan penuh rasa Insaf dan mengesali perbuatan yang lampau. Tetapi biasanya itu hanya bersikap sementara. Mereka kebanyakkannya akan kembali aktif untuk menagih dadah. Dan ada pula yang biasa keluar masuk ke Pusat Pemulihan Dadah. Macam hotel pulak di buatkan.

Menurut cerita dari Mebcom, penagih itu semamangnya mahu insaf dan berubah. Dia pasti setiap bekas penagih yang keluar dari Pusat Pemulihan Dadah memasang cita-cita yang tinggi untuk berubah dan menjadi insan yang baik-baik. tetapi segala terkubur begitu sahaja kerana masyarakat itu sendiri memandang seroang kepada bekas penagih dadah.

Persepsi sebegini biasanya yang akan berlaku dalam masyarakat kita. Bekas penagih dadah pulang ke kampung dengan rasa insaf, tetapi sering di pandang serong oleh masyarakat. Masyarakat seakan tidak boleh memaafkan penagih dadah ini. Bukan sekadar memandag serong tetapi lebih teruk lagi menghina mereka.

Sebab-sebab inilah yang membuatkan daya ketahanan mereka menurun. Tiada bimbingan yang berterusan dan tiada sokongan yang penuh dalam masyarakat. Sebab-sebab ini lah yang membuatkan penagih sukar untuk pulih sepenuhnya. Mereka akan kembali kepada kerja-kerja penagihan seperti dulu. Malah mereka juga sanggup di tangkap oleh Polis dan menghantar mereka ke Pusat Pemulihan Dadah.

Mungkin ramai yang tidak setuju dengan entri ini. Tetapi aku fikir bukan mudah untuk menyelesaikan masalah ketagihan dadah ini. Mungkin sokongan sepenuhnya dari masyarakat di perlukan untuk sama-sama menghentikan ketagihan dadah ini. Memang sukar untuk menghadapi golongan penagih sebegini. Tetapi mereka juga memerlukan ruang untuk memperbetulkan kesilapan mereka yang lalu. Sokonglah para bekas penagih, jangan disisihkan mereka yang boleh mengundang mereka kembalik ke alam hitam seperti dahulu.

One thought on “Berikan Ruang Untuk Bekas Penagih.

  1. sangilapi

    ini kalau nak komen mau seribu perkataan tak cukup,senang cakap pada sesiapa yang ada ahli keluarganya terbabit dengan dadah ni,tau lah macam mana azabnya !

    bagi penagih/bekas penagih,kalau betul-betul berniat nak meninggalkan tabiat tersebut,boleh sangat! tak perlu menyalahkan pandangan masyarakat sekeliling.

    korang kena terima apa jua pandangan sinis/keji masyarakat lantaran perbuatan korang yang lalu.

    pernah korang terfikir perasaan ahli keluarga yang lain?turut sama dipandang hina oleh masyarakat setempat gara-gara perbuatan korang ni.

    come on lah…apa yang korang rasa ni hanya secebis dari apa yang dirasai oleh ahli keluarga yang lain.

    korang apa tau?semasa ahli keluarga yang lain menerima sindiran,kejian,makian….korang tengah sedap berdengung,korang tengah stone,korang tengah high!

    yang kena terima kata-kata kesat lantaran perbuatan korang adalah adik korang,abang korang,kakak korang,orang tua korang.

    kesimpulannya samada hati korang benar-benar jujur mau berubah…..itu sahaja!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.