Projektor Tak Boleh ON? JANGAN Terus Tukar Bulb.

By | March 16, 2010

dell-1800mp projector

Khamis lepas satu projektor di tempat aku bekerja tidak boleh di hidupkan (turning On).  Projektor Model Dell 1800MP ini tidak boleh dihidupkan dan menjadikan satu masalah kepada pengguna untuk membuat presentation di Meeting Room. Aku di pertanggungjawabkan untuk semua barangan IT di tempat kerja aku.

Seperti biasa aku menjangkakan ini mesti masalah Bulb. Biasanya setiap projektor mempunyai waktu jam yang di tetapkan untuk mentolnya atau Bulbnye. Tidak ramai yang ambil tahu akan hal ini. Sebenarnya setiap projector mempunyai jangka hayat masing-masing dan boleh di lihat menerusi manual atau setting pada projektor itu sendiri.

Tetapi bagi kes pada Khamis lalu, Projektor Dell 1800Mp aku tidak hidup (tidak boleh ON). Aku terus ambik quotation (sebut harga) daripada Dell. Cuba teka berapa harga bulb tu ? RM939. Mak oi mahal gila. Tetapi aku buat sedikit carian di Internet dan aku jumpa satu penyelesaian yang bijak. Mengapa bijak?

Sebabnya aku tidak perlu membelanjakan RM939 untuk membeli Bulb Projektor? Sebabnya, masalah projektor tidak boleh ON itu tiada kena mengena dengan Bulb Projektor. Jika tukar bulb pun, projektor tidak akan hidup seperti biasa. Masalah sebenarnya adalah satu komponen Kapasitor di dalam projektor itu burn atau tidak boleh di gunakan lagi. Ia perlu di tukar kepada Kapasitor yang baru.

Aku jumpa penyelesaian masalah ini di Internet .  Nasib baik aku membuat sedikit research. Kalau tak memang membazir. Aku minta bantuan rakan sekerja yang expert tentang elektornik. Minta dia buka projektor berkenaan dan menukarkan Kapasitor yang rosak itu. Susah juga nak buka pada mulanya tetapi dengan bantuan dia, ianya berjalan lancar. Dengan kos yang jauh lebih murah daripada membeli Bulb, rakan aku hanya menukar Kapasitor berkenaan. Dan hasilnya, hari ini Projektor itu boleh di hidupkan dan beroperasi seperti biasa. Alhamdullialh.

Wah satu pengalaman yang amat berguna bagi aku. Bukan setakat berguna pada diri tetapi ianya satu penyelesaian yang amat berbaloi. Terima Kasih pada rakan aku yang menolong. Untuk guide yang penuh layari website ikhmer. Kerana blog inilah aku berjaya  menyelesaikan masalah dan menjimatkan kos untuk projektor Dell 1800mp. Untuk rakan-rakan lain yang mungkin menghadapi masalah yang sama, buat sedikit research di Internet. Mungkin ia bukan masalah bulb atau mungkin ia tidak memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memperbaikinya. Apa yang penting, ianya murah dan efektif.

10 thoughts on “Projektor Tak Boleh ON? JANGAN Terus Tukar Bulb.

  1. sangilapi

    berapalah harga spare part kapasitor tu? tak silap aku baru berapa ringgit je,….paling mahal pun puluhan ringgit je kan?…dah lama tak pegang solder dengan timah ni 🙂

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Nasib Baik kat google ader solution…lega sikit..kalau tak sia2 jer beli bulb mahal2 tapi tak bley on jugak

      Reply
    1. Shaffik

      Yup..You are welcome..Aku akan sentiasa berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan pengunjung blog aku…

      Reply
  2. ulik

    Cam penah lihat,tapi di mana ya…hehehe
    tu la lain kali jgn gelepor…lek2 jer

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge