Kerja oh kerja. Banyak perkara yang di perkatakan apabila bercerita tentang kerja. Baik dari mula-mula mencari kerja, bila dah dapat kerja sehinggalah dalam dilema nak berhenti kerja. Aku tertarik dengan cerita seorang rakan baik aku. inilah topik yang selalu aku bualkan apabila berjumpa dengannya.
Dia tidak mempunyai kerja ataupun tidak bekerja pada ketika ini. Sudah puas mencari kerja ke sana- ke sini. tetapi hasilnya masih mendukacitakan. Aku masih kagum dengan semangat yang di tunjukkan. Ya dah 2 3 bulan tak kerja tetapi masih mampu tersenyum. Mungkin ini hikmah di sebalik doanya kepada Tuhan untuk menenangkan hatinya walaupun tiada sumber pendapatan yang tetap sekarang ni.
Pelbagai usaha yang telah di lakukan. Cari kerja dari surat khabar, cari kerja daripada jobstreet, mintak pertolongan rakan-rakan yang lain, berdoa siang malam dan macam-macam lagi. Tetapi masih tidak di berikan rezeki untuk dapat kerja. Namun dia masih sabar dan tabah untuk mengharungi hari-hari yang akan datang.
Lalu dia pun bertanya pendapat rakan-rakan yang lain. Meminta pendapat mengapa dia susah sangat nak dapat kerja. Ramai rakan-rakan mengatakan belum ada rezeki. Itu adalah jawapan dan pendapat yang biasa di dengar. Tetapi dia tertarik dan terdedit dengan satu pendapat seorang rakannya.
Katanya, “memang betul kau telah banyak membuat usaha untuk cari kerja, tetapi mungkin Tuhan menginginkan satu usaha yang berlainan daripada kau. Sebab sememangnya Tuhan Lebih Mengetahui. Atau pun usaha kau tidak mencukupi. Mungkin kau kena Muhasabah diri, fikir dan kenang baik-baik perkara-perkara yang telah di lakukan pada masa dahulu. Mungkin kau kena meminta restu dari Mak dan Ayah kau untuk memudahkan kau mencari kerja. Muhasabah diri dan halusi sedalam-dalamya. Pernah tak kau menyakiti hati mak dan ayah kau? Sehinggakan dia berkecil hati dan ianya memerikan efek apabila kau mencari kerja. Cuba kau bertanyakan mak dan ayah kau mengenai perkara ini. Mintak restu dan keberkatan daripada mereka. “
Ini adalah satu nasihat yang amat berguna bukan sahaja untuk dia malah untuk semua pengunjung shaffik.com. Mungkin kita sedar atau tidak sedar yang kita sudahpun melakukan kesalahan pada kedua ibu bapa kita. Kekangan yang sebegini yang mungkin menjadikan amat sukar dapat kerja. Perlu di ingatkan, keberkatan kedua Ibu dan Bapa itu amat penting sekali dalam kehidupan kita.
Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang hal ini. Tidak perlu untuk tunggu nak cari kerja, jika kita merasakan telah menginggung perasaan kedua Ibu dan Ayah kita, cepat-cepat minta maaf. Usah menjadi barah dalam hati mereka. Kita perlu percaya, tanpa keberkatan dari Ibu dan Bapa kita tidak akan ke mana-mana. Ini bukanlah satu cakap-cakap kosong, tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seharian kita. Jadi renung-renungkanlah.
thumb up bro!….benda yang sering dianggap remeh walhal benda ni lah sebesar-besar rahmat…izin dan restu dari kedua orang tua…sentiasa amalkan insyaallah selamat dan berkat hidup kita dalam segala segi…..kirim salam pada yang memberi nasihat tu 🙂
Memang nampak remeh. Tetapi keberkatan dari kedua orang tua tu penting.
yup..kita selalu memandang remeh benda2 macam ni,tapi itulah hakikat sebenarnya..tanpa doa&restu mak ayah,payah tuk kita harungi hidup..hati sentiasa rasa tak tenang..
Aku setuju. Tanpa doa restu dari kedua ibu dan bapa, sukar mengharungi kehidupan yang mendatang. Fikir-fikirkan lah..
ada usaha, ada harapan, ada doa, kemudian ada hasil, lalu kepasrahan, dan rasa syukur semua harus dilakukan dengan benar.
Betul tu, mesti terus berdoa, berusaha dan tingkatkan skill. Ataupun cari kerja partime seperti ngeblog :p
member ko tu dah dapat keje belum? kalau nak try kat tempat aku boleh jugak.. ada opening ni.. (ko tau mana nak cari aku kan.. n_n )
Dah dapat dah. Last 2 week dah start kat Cellastica.