Dulu Adsense, Kini Nuffnang Pula.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Buat Duit, Dunia Blogging

Alhamdullilah sekali lagi aktiviti berblogging aku terbalas. Minggu lepas aku buat satu entri mengenai Adsense. Hari ini aku menerima satu cek yang setelah sebulan lamanya. Ini adalah cek Nuffnang yang pertama aku terima. Semakin hari semakin indah berblogging ni.

nuffnang

Aku semakin bersemangat untuk terus berblogging. Bermula dari niche blog yang di lamar Advertiser di luar sana, dapat income pasif dari TNX dan Adsense, hari ini Nuffnang pula. Memang betul orang kata, jika tak mula dan mencuba memang kita tak akan tahu atau menikmati hasilnya. Inilah dunia blogging.

Income dari Nuffnang ini 100% hasilnya dari Shaffik.com. Ini adalah pendapatan Nuffnang yang pertama. Walaupun tidak seberapa, tetapi aku puas dengan hasilnya. Ini semua kerana aku memiliki satu blog melayu aku sendiri. Bagi yang masih tidak tahu, Nuffnang adalah pengiklan yang memberikan pendapatan kepada blogger khususnya dari Malaysia.

nuffnang

Satu perkara yang aku pegang untuk menjana income daripada Nuffnang. Bagaimana ya? UPDATE BLOG SELALU. Selepas update ping terus entri ke Petalingstreet dan Aggregator yang lain. Sampaikan dan hebah-hebatkan juga entri yang kita postkan di laman-laman web sosial. Buat entri atau post yang senang dibaca dan berpotensi untuk di cari oleh orang ramai.

Inilah yang aku lakukan sehinggakan kini aku sudah pun mendapat income daripada Nuffnang dan aku yakin income yang seterusnya akan lebih bertambah lagi, Insyallah. Ini semua dek kerana ada blog. Kalau tak ada blog, semua ini tidak akan tercapai. Ini membuktikan lagi blogging bukanlah menulis semata-mata. Malah sedikit sebanyak boleh menambahkan pendapatan terutamanya bagi part timer seperti aku. Jadi mulalah dari sekarang….

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Jangan Terlepas Pandang Pada Post Tags
  • Seronok Ramai Kawan.
  • Bomoh Yang Macam Syaitan.
  • Sila Tebus Kekecewaan Rakyat Malaysia
  • Kilang aku juga tidak terlepas.
  • Usah Gentar Dengan Persaingan Keyword
  • Rezeki Di Aidilfitri
  • Buffet Ramadhan Budget di JB
  • Mengapa Anak Melayu Gagal Mendapatkan Pekerjaan?
  • Rumah Sudirman Terbakar.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

21 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. kenwooi says:

    cool.. congrats on the cheque =)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks Kenwooi. You mesti sudah selalu dapat kan.?

    [Balas Komen]

  2. Raja Wang says:

    tahniah.. teruskan usaha..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Terima kasih. Wang awk punyer lagi banyak kan..

    [Balas Komen]

  3. sangilapi says:

    sedang berangan-angan untuk merasa duit dari nuffnang:)baru cuba-cuba je.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Cuba jangan tak cuba bro..Insyallah kalau kena dengan caranya pasti boleh.

    [Balas Komen]

  4. Raja Wang says:

    byk sgt xdelah.. just cukup lah nak cover domain + hosting few of blog saya.. tu pun dgn bantuan adsense jugak.. cuma nuffnang kebelakangan ni x spt dululah.. tapi still ade jugak, cuma mcm malas dah nak update kat blog.. hehehe.. same goes to adsense.. mula2 tu excited nak share.. ehhehe

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bro, memang update blog tu memang susah. Satu pendekatan yang saya gunakan. Jangan tinggalkan kerja blogging ni dalam satu tempoh yang lama. Sebab susah nak mula balik.

    [Balas Komen]

  5. Congrats Bro…
    Aku belum lg merasa duit drpd Nuffnang…
    Mgkn x akan merasa kot, sbb x register pun lg :P

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thanks AK. Apa lagi daftar segera. Gunakan kemudahan yang ada sekarang.

    [Balas Komen]

  6. zik says:

    Wah…dah dapat bro… masih berapa hengget nie… huhu..

    [Balas Komen]

  7. tahniah. Bukan senang tu nak dapat duit dari nuffnang sekarang.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu laa..yang penting jangan berhenti menulis…kalau tak blog akan sunyi…

    [Balas Komen]

  8. majid says:

    aku dah tinggalkan nuffnang..aku rasa jangka hayat nuffnang tak lama..tue pendapat aku je..sebab iklan selalu tak keluar..bukan kt blog aku je..kat blog orang lain pn tak keluar..huhu..sekarang nuffnang memilih blog..so mls nk lyn mana2. just blog untuk sembang2 dan luahan perasaaan.haha

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    ooo yer ker. Itu terpulang laa pada masing-masing. Tetapi aku masih teruskan dengan nuffnang. Blogging? itu sudah sebati dalm diri aku. Aku tak akan tinggalkan.

    [Balas Komen]

  9. titan says:

    tahniah. aku tengah tunggu cek ke 8 aku dari nuffnang ni. Tak sampai-sampai..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    wah. Dah ke-8 eh..tahniah..Memang lambat..sebulan lebih biasanya..

    [Balas Komen]

  10. masmalek says:

    wahh tahniah!hrp x begitu lewat.sama2 berusaha!
    masmalek recently posted..my wish list

    [Balas Komen]

  11. menj says:

    Tahniah dah dapat cek. Ada dapat lagi ke tak?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    ada lagi..last year…lepas tu hold…nak beli DSLR laa bro…

    [Balas Komen]

    menj Reply:

    Cun. Bila nak jumpa ko ni ya? Aku kat JB skrg, huhuhu.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge