Tahniah Pelajar Bengkel Blogging.

By | March 6, 2010

congratulations-

Alhamdullilah, setelah berjaya dalam Bengkel Asas Blogging pertama, kite team BengkelBlogging telah sebulat suara untuk mengadakan Bengkel Asas Blogging yang ke-2.  Lega rasanya bila semua pelajar bengkel asas blogging pertama dapat membangunkan blog masing-masing dengan sempurna sekali. Bukan setakat terhenti di hari bengkel sahaja, malah mereka meneruskan menulis blog sehingga hari ini.

Yang paling menarik perhatian aku adalah kesemua pelajar mempunyai cerita masing-masing dalam blog mereka. Bermula dengan rezekimurah.com yang menceritakan kerja-kerja harianya. Rezekimurah.com di bangunkan oleh Bro Jo yang lebih menceritakan pengalaman peribadi dalam rutin hariannya. Apa yang lebih menarik lagi, Bro Jo banyak menceritakan pengalaman dalam dunia penyelam. Wah menarik kan.

Pelajar yang kedua adalah Abang Ridzal. Abang Ridzal pula membangunkan blog yang menjurus kepada ternakan. Satu blog yang aku kira mempunyai niche yang bagus sekali. Banyak ilmu-ilmu mengenai ternakan di kongsikan bersama pengunjung blognya setiap masa. Tidak terhenti di situ sahaja, Abang Ridzal juga menyelitakan tips-tips kesihatan yang amat berguna kepada semua orang. Terdapat beberapa tips yang menarik perhatian aku dan sememangnya belum pernah aku baca sebelum ini.

“Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda.”

Pelajar yang ke-3 pula Abang Mohamad. Abang Mohamad pula membangunkan blog Thoyibah.com. Lihat pada domain saja sudah menarik perhatian. Walaupun theme yang di gunakan kurang menarik, tetapi isi kandungannya sungguh menarik. Abang Mohamad lebih menceritakan soal halal dan haram di dalam kehidupan seharian kita. Mungkin ada yang kita sedar dan tidak sedar tentang halal dan haram dalam kehidupan kita. Mungkin blog Abang Mohamad berpotensi untuk mejawab segala persoalan yang mungkin anda car-cari selama ini. Walaupun sudah berumur tetapi pengalaman yang diterjemahkan dalam blognya mampu untuk pengunjung lekat di Thoyibah.com.

Pelajar yang ke-4 pula adalah Khairul. Seorang pelajar yang sungguh istimewa. Khairul adalah OKU. Pada mula pengenalannya, memang tak di sangka Khairul seorang OKU. Setelah berkenalan, barulah aku tau kisah sebenarnya. Tetapi aku kagum dengan semangat Khairul. Walaupun OKU, tetapi dia mempunyai cita-cita yang tinggi. Sehingga dia berjaya ke UTM dan kini mempunyai kerjaya sebagai Project Executive. Siapa kata OKU tidak boleh berjaya? Blog Khairul pula banyak menceritakan tentang pengalaman diri sendiri. Aku tertarik dengan satu entri beliau yang bertajuk “Adakah ia sudah penuh”.

Wah sungguh menarik semua blog pelajar-pelajar bengkel blogging yang pertama. Mereka bercerita dan menulis seperti sudah lama berblogging. Itulah yang membuatkan aku terharu dengan perkembangan mereka.  Diharap mereka akan terus menulis entri-entir yang menarik pada masa akan datang. Tahniah untuk mereka semua. Kini Team BengkelBlogging akan menganjur Bengkel Asas Blogging yang ke-2 pada 03-04 April 2010. Tempahan masih dibuka untuk penyertaan. Untuk maklumat lanjut, layari http://bengkelblogging.com.

12 thoughts on “Tahniah Pelajar Bengkel Blogging.

  1. Abang Rio

    Tahniah abg shafik and the group…atas bengkel blog..bagi saya banyak perkara yang perlu belajar dari rakan rakan semua.Insyallah lepas ni nak kena upgrade ilmu. Untuk rakan 2 semua selama sebulan kita tidak ada di malaysia,keana kita ditugaskan di vietnam selama sebulan.selamat maju jaya..

    wasalam

    Reply
    1. Shaffik

      Terima Kasih bang. Abang bile berangkat ke Vietnam? Kirim salam orang vietnam ya…hahahahahhaha

      Reply
  2. sangilapi

    bro,link ke bengkelblogging.com tu aku rasa ada kesilapan…bro tulis “bengekelblogging.com”….selepas huruf G tu ada huruf E.

    Reply
  3. MbA

    Terima kasih sifu blogging sy. dan disinilah sy bermula sehingga hari ini banyaklah benda yang telah sy kenali kalau dulu hanya kenal Laman Web, email, Blog, sekarang dah mcm-mcm tahu dah. pasal Internet ni, Thoyibah.com rasa banyak dah imperoved…perasan sendirilah…walau mcm mana pun terima kasih banyak kepada en.syafik dan en.ahmad fairus.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge