Akhirnya Adsense Membuahkan Hasil

By | March 4, 2010

Dahulu aku memang tak percaya yang blog boleh menjana wang. Blog yang dahulunya aku menyampah kini menjadi sebahagian daripada kehidupan aku. Lihat sahaja entri yang lepas bagaimana geramnya aku bila hosting bermasalah. Bermula Mac 2010 aku terus mengorak langkah untuk meneruskan blogging.

Pada yang masih tak tahu, blogging ini adalah satu dunia yang cool. Blogger tidak perlu terkejar-kejar mencari downline, tidak perlu bersusah payah untuk menjaga downline atau terlalu taksub menjual produk. Apa yang perlu adalah maintain blog supaya tidak mati. Supaya pengunjung sentiasa mendapat informasi yang terbaru mengenai diri sendiri dan juga mengenai dunia blogging.

duit adsense

Petang semalam aku ke BSN untuk mengeluarkan hasil Google Adsense aku. Setelah hampir satu tahun, akhirnya Adsense aku membuahkan hasil. Ini semua kerana aku mempunyai Blog. Kalau tak ada blog, maknanya tak merasalah duit Adsense kan. Dengan tenang aku mengisi borang Western Union untuk menerima wang dari Pak Cik Google. Dari hanya informasi pada sekeoing kertas, ianya di terjemahkan dalam bentuk wang. Huhuhuhuuhu..Alhamdullilah.

Mungkin ramai yang tergelak, Shaffik sampai satu tahun nak dapat duit Adsense. Aku tak kisahlah korang nak cakap apa, yang penting aku dah merasa duit Adsense buat kali pertama. Yang lebih penting lagi aku menggunakan cara biasa, WhiteHat dan bukannya BlackHat yang menjanjikan pulangan yang besar tetapi berisiko tinggi untuk di Banned oleh Google. Buat apa nak guna cara BlackHAT sedangkan ianya berisiko tinggi. Kita kena berpijak di bumi yang nyata, “Duit bukan boleh datang sekelip mata”.


Ini menaikkan lagi semangat aku untuk terus berblogging yang cara kerja amat cool sekali. Hasil Adsense ini kebanyakkan datangnya dari niche blog aku. Dengan berbekalkan 8 blog termasuk Shaffik.com, akhirnya Adsense aku boleh di keluarkan setelah mencapai $100. Lebih manis lagi bila berurusan di BSN, segalanya berjalan lancar. Semasa mintak borang penerimaan Western Union, orang Bank ada bertanya. ” Terima Duit Dari Mana?”. Dengan konfidennya aku jawab, “Dari US bang”. Bangga sekejap. Bukan bangga dengan perkataan US tu, tetapi aku sekali lagi berjaya menjana wang dari blog.

Ini semua kerana apa? Kerana aku ada blog dan di selenggara dengan baik sekali. Inilah penangan bila semuanya di lakukan dengan bersungguh-sungguh, sabar dan usaha yang berterusan. Anda bila lagi?

*** Sedang tunggu Cek juga Daripada Nuffnang..huhuhuhuhhu

A

44 thoughts on “Akhirnya Adsense Membuahkan Hasil

  1. life4hire

    tahniah2..aku dulu pon setahun br merasa duit Adsense…sama la kita..lepas tuh..ko akan rasa laju skt..

    stakat ni br 2 kali cashout.. USD100++ skt jer..skang ni tgh tunggu nk cashout lg skali..

    Reply
    1. Shaffik

      hmm…takper bro. Yang penting kita buat dengan cara yang betul dan tidak meragukan Pak Cik Google. Ye ka laju sikit, nanti aku tgk..Thanks Bro.

      Reply
      1. Shaffik

        Alhamdullilah merasa bro. Ada yang kena banned n tak merasa…lagi laa haru biru jadinya…

        Reply
    1. Shaffik

      Alamat yang di letakkan dalam accout adsense tu betul tak..Tak per tunggu jer PIN tu. Raser kalau lepas $10 dolar jer die akan sent no PIN tu.

      Reply
    1. Shaffik

      Tak pe. Pelan-pelan kayuh. Sambil berkayuh sambil mencari method yang sesuai untuk menjana adsense..

      Reply
  2. adi

    waahh..bro..tahniah la bro…harap dapat blaja cara yang bro gune..anyway..bole kite tuka link x?

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Takde apa method yang special pun yang saya gunakan. Cuma selalu update sahaj blog.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Keep it up Supia. Keep updating. More content, more chance to get more on Adsense

      Reply
  3. Kenzo

    Adsense pay in US dollar! wen you time 3.4 you see how much you had earned! haha~anyway! congratzzz to u!

    Reply
  4. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Dulu Adsense, Kini Nuffnang Pula.

  5. Raja Wang

    congrate bro…. once u started to get the 1st cash-out, the next will be much easier.. I’ve experienced it.. trust me

    Reply
  6. Khairul

    Tahniah bro ^^ sayer pun insyallah bulan nie dapat first cash out dari Google hehe ^^ amin

    Reply
  7. Nozi

    Salam,

    Wah..bestnye..dah dpt duit adsense…hmmm…saya baru seciput ni….nk kena usaha lebih lg…

    Reply
    1. Shaffik

      Memang seronok bila dapat duit yang pertama dari adsense. Memang senyum sorang-sorang. 🙂

      Reply
    1. Shaffik

      Seronok Sya. Maunyer tak seronok. Bukan calang-calang company yang bagi duit. Google tu. huhuhhu

      Reply
  8. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » RM9500 Dengan Berblogging

    1. Shaffik

      lama-lama akan faham. Insyallah. yang penting kena teruskan. Jangan berhenti di tengah jalan.

      Reply
  9. Nadri

    duit adsense aku baru nak masuk USD40 bro..kena tunggu lagi utk cash out..btw, rezeki tu bro…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge