Selamat Tinggal Rawanaz.

By | March 1, 2010

selamat tinggal rawanaz

Setelah hampir 2 minggu lebih aku terpaksa menyepikan diri untuk meng”update” shaffik.com. Ramai rakan-rakan yang bertanyakan “shaffik, blog ko tak boleh buka ker? Kenapa? ” . Seperti yang aku kata dalam entri yang lepas, shaffik.com tidak boleh di akses kerana ada masalah dengan hosting.

Pada mulanya aku ingatkan ianya hanya beberapa hari sahaja, tetapi hampir 2 minggu shaffik.com tidak boleh di akses. Arrgggghhh geramnya aku. Ini semua gara-gara hosting rawanaz (rawanaz studio) yang bermasalah. Blog shaffik.com tidak boleh di akses. Beberapa niche blog aku juga tidak bleh di akses. Semua down. Bukan pengunjung sahaja tidak boleh akses, malah aku sendiri tidak boleh akses ke CPANEL.

Ini memang membuatkan aku down sementara. Gara-gara blog kesayangan aku tidak boleh di akses, aku hilang semangat untuk meng”update” niche blog aku yang lain. Ianya membuatkan aku hilang mood untuk berblogging. Sampaikan isteri aku pun pelik. ” Kenapa abang tak update blog”. Dengan selamba aku menjawab, “abang tak de mood nak update dek kerana masalah Rawanaz.

Minggu lepas aku mengambil satu keputusan untuk berpindah hosting. Aku terus berpindah ke hosting ipage.com. Satu hosting luar negara. Tak apalah, mahal sikit tapi melalui rekod, pelanggan ipage amat berpuas hati dengan servis hostingnya. Setelah selesai proses pembelian hosting aku memulakan pemindahan database ke hosting ipage.

Pada mula, aku terperanjat, kerana ipage tidak menyediakan cpanel yang biasa aku pakai. Tambahan pula ipage tidak menyediakan fungsi Fantastico untuk konfigurasi wordpress. Arrggghh. Semakin gawat di buatnya. Tetapi aku mengambail langkah yang positif. Aku bertanyakan kepada live support, dan bahagian teknikal daripada ipage. Semua pertanyaan aku dijawab dan dibalas dengan baik sekali. Mereka menunjukkan guide bagaimana untuk transfer database ke hosting yang mereka.

Aku mempelajari satu benda yang baru dalam dunia blogging. Minggu lepas aku dapat belajar bagaimana backup database mysql aku di hosting yang lama. Untuk pengetahuan semua, semua post, komen, plugin dan setting yang kita buat untuk wordpress di simpan di dalam Database MYSQL. Disinilah bermulanya satu pelajaran yang baru bagi aku.

Aku bermula dengan export semua database aku daripada hosting yang lama. Kemudian databasa aku, aku belajar pula meng”install” wordpress menggunakan Install Central. Satu lagi benda yang baru aku pelajari. Kemudian aku meng”import” pula database lama aku ke hosting yang baru. Ermmm. Agak mencabar sebab inilah kali pertama aku lakukan sendiri. Jika sebelum ini aku mengharap pengusaha hosting yang buatkan. Tetapi kita aku mengambil inisiatif untuk melakukannya sendiri.

Setelah semua selesai, blog aku masih lagi tidak boleh di akses. Main page kosong. Wah kenapa pulak nie. Oooo rupa-rupanya, aku perlu meng”upload” pula semua file aku di dalam wordpress. Ini termasuk Plugin dan juga semua imej yang aku simpankan di dalam fail wordpress aku. Setelah semua proses ini selesai, barulah semua blog aku yang berada di Rawanaz dahulu beroperasi seperti biasa. Tiada satu pun post hilang. Begitu juga dengan imej-imej di dalam blog aku. Alhamdullilah, kini semua balik seperti normal.

Kini kepala otak aku pun tak pening lagi. Mood pun sudah semakin baik. Aku boleh berblogging seperti biasa. Selamat Tinggal kepada Rawanaz kerana memberikan aku peluang untuk menggunakan servis mereka. Aku tidak berminat lagi untuk BERSAMAMU. Terima Kasih kerana mengajar aku erti kesabaran. Terima Kasih kerana mengajar aku bagaimana pengusaha hosting yang “Bertanggungjawab” berniaga. Terima Kasih atas janji-janji MANISMU.

Kini aku lebih selesa untuk angkat kaki seperti mana yang anda katakan pada orang-orang lain. Aku tidak boleh bersama Rawanaz lagi. Demi untuk mempertahankan blog kesayanagan aku dan juga mengelakkan tanggapan buruk daripada advertiser kepada niche blog aku. Aku berharap agar RAWANAZ terus maju, terus bersaing di persada hosting negara, memperbaiki servis hosting anda dan lebih bertanggungjawab dalam perniagaan. SELAMAT TINGGAL RAWANAZ. Segala apa yang anda lakukan kepada aku tidak mungkin di lupakan sepanjang hayat…….

16 thoughts on “Selamat Tinggal Rawanaz.

  1. sangilapi

    lama jugak menyepikan diri dari dunia blogging ye…betullah, mood ni kalau sudah lari tune memang haru lah jawabnya…bro,nape blogroll tu bercampur dengan post?

    Reply
    1. Shaffik

      Tu laa pasal. Tapi memang menguji kesabaran bro. Apa-apa pun aku berjaya transfer ke hosting baru dengan tangan sendiri.

      Reply
  2. reezluv

    memang patut lama dah tukar.rawanaz memang tak relevan..hehe..skang ni aku dah ada 3 hosting plak..satu oversea aku baru amek tadi..BoyerHosting..kekeke…

    apa pun memang berbaloi dapat belajar mender baru..dulu aku reti gak setting WP ni manual install..tapi lelame pakai fantastico, dah lupa..:D

    Reply
    1. Shaffik

      Betul. Nak tak nak kena tukar jugak. lebih2 lagi bila dah berblogging nie…ooo baru beli hosting eh…kompom banyak projek nie.

      Reply
  3. takafulbsn

    pengalaman yang sama dengan aku. aku pun berhijrah dari rawanaz hanya setelah tak sampai 5 bulan subscibe dengan hosting ni. sampai sekarang ni pun hosting rawanaz aku masih valid cuma xde sapa guna pun. aku dah transfer semua blog/website aku ke hosting baru.
    selamat tinggal rawanaz… semoga dapat tingkatkan mutu perkhidmatan bertambah baik lepas ni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge