Tahun Baru Cina Yang Menguji Kesabaran

By Shaffik on Wednesday, February 17, 2010
Filled Under: Blogging, General

Setelah cuti lama untuk Tahun Baru Cina, hari ini aku kembali bertugas seperti biasa. Memang selesa dalam perjalanan ke kilang, jalan lenggang, kereta pun tak banyak dan yang paling penting tiada Traffik Jam. Huhuhu. Hujung minggu lalu aku banyak menghabiskan masa bersama-sama Isteri, anak dan ahli keluarga yang lain. Aku mengambil peluang pulang ke kampung aku dan mertua.

Untuk perancangan awalnya, aku ingin mengemaskini blog aku. Aku plan untuk cerita sedikit tentang traffik jam selama 2 jam di atas jalan raya semasa pulang ke kampung ari tu. Tetapi semuanya terbantut. Kerana APA??? Shaffik.com tidak boleh di akses. Arrrrggghhhhhhh……sekali lagi shaffik.com tergendala. Ini semua kerana masalah dengan Hosting.

Ini adalah masalah Hosting yang selalu berlaku. Tetapi kali ini ianya benar-benar menguji kesabaran aku. Bukan shaffik.com sahaja, malah 3 niche blog aku yang lain turut terjejas. Aku takut advertise juga hilang sabar kepada aku dan mintak refund balik. Pening kepala di buatnya. Macam mana nak bayar jika semua advertiser mintak refund balik?

Segalanya bermula pada hari Jumaat petang. Shaffik.com tidak boleh di akses. Aku menghantar satu email kepada rawanaz sebagai penyedia hosting aku. Ok rawanaz reply balik dan mengatakan dia akan cek. Dan berterima kasih kepada aku sebab aku memberitahu masalah kepadanya. Aku tunggu sehingga petang, tiada apa-apa feedback daripada rawanaz.

Aku cuba akses sekali lagi pada hari Jumaat malam. Masih lagi tidak berjaya. Aku cuba juga di 3 niche blog aku yang lain. Sungguh mengecewakan. Semuanya tak boleh akses. Arrrrrggghhhhh…berbakul-bakul maki aku terpaksa hamburkan kepada rawanaz. Sorry rawanaz, aku dah boleh tahan lagi. Sabtu pagi aku sekali lagi email kepada rawanaz. Namun tiada apa-apa feedback lagi. Aku nak tahu apa masalahnya, jika ada masalah mengapa tak di beritahu? Kalau aku tahu apa masalahnya, bolehlah aku jelaskan kepada Advertiser. Dia orang pun manusia biasa, Insyallah mereka akan faham.

Kini shaffik.com kembali beroperasi. Begitu juga pada niche blog-blog aku yang lain. Tetapi aku semakin tawar hati dengan rawanaz. Rawanaz, tolonglah perbaiki servis hosting anda. Aku tahu ramai yang tak puas hati dengan rawanaz. Tetapi selagi rawanaz tidak mengubah cara layanannya kepada pelanggannya, aku pasti rawanaz tidak akan pergi jauh. TOLONG PERBAIKI MUTU SERVIS ANDA!!! (RAWANAZ). Sekali pelanggan boleh bersabar, tetapi kalau berkali-kali itu sudah melampau. Jika tidak mahu pelanggan lari, jagalah mereka sebaik-baiknya.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Celcom Broadband Masalah Ke?
  • Blogger, Penulisan Anda Dipantau.
  • Sampai bila nak berblogging?
  • Perlu Kejujuran Dalam Berblogging
  • Betapa Besarnya Kuasa Blog.
  • Memang Perit Untuk Di Tanggung.
  • Alangkah Ruginya Jika Tidak Mula Dari Sekarang.
  • RM647.50 hanya 10 minit sahaja.
  • Setahun bersama Blog.
  • Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka

Tags: , ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

11 Responses to “Tahun Baru Cina Yang Menguji Kesabaran”

  1. mr.eims @ perfume Says:

    huhu..biasa ler tu. maybe skrg tgh musim dia upgred ker?

    aku menggunakan rocksoft.
    dulu ada juga beberapa kali upgred server la, maintenance la tp sekarang ok jer. nway. yg bestnye aku rasa senang betul dengan layanan en.razi tu. maybe sebab dah banyak kali deal dengan dia, returning customer, dan banyak juga memebr2 yg nk bli hosting, aku directkan ke rocksoft. so mcm tak banyak masalah :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Aku sendang mencari hosting yang menepati citarasa aku. Thanks for recommendation.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Aku sedang mencari hosting yang menepati citarasa aku. Thanks for recommendation.

    [Balas Komen]

  2. rohaizad dot com » Apabila kesabaran sudah sampai ke kemuncaknya… Says:

    [...] sahaja pulang dari menjadi “pendengar yang baik” di blog sahabat blogger kita, Shaffik. Nampaknya kesabaran Shaffik sudah sampai ke [...]

  3. taukey Says:

    susah gak nak transfer kalau server dah tak boleh nak access. Apa kata bro minta tolong dengan http://www.mohdhilmi.com/ Sebab dulu dia staff rawanaz. Tatau samada dia boleh tolong ke tidak dalam hal ni. Tak salah mencuba

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tu laa pasal bro..aku sedang mencari hosting baru ni..aku dah feed up dah dengan rawanaz…

    [Balas Komen]

  4. pedagangIT Says:

    saya tidak pernah guna service rawanaz , tapi memang ada banyak blogger bising dengan service mereka..

    ini la jadi bila anak melayu nak bukak service server…

    kos tinggi sebenarnya,…relax. jangan marah ye.

    sabar :)

    [Balas Komen]

  5. dr.aku.la Says:

    webhosting service provider kat malaysia ni kene live up to their own company moto.
    kalau moto “World Class Hosting Solutions” kene la service pon world class.
    jangan nama tinggal nama aje.

    [Balas Komen]

  6. samdaddycool Says:

    Aku tak berani nak ambil hosting sebarangan sekarang ni.. Asyik problem je.. tunggu rekomen sifu, baru bole sambar..

    [Balas Komen]

  7. aktechpage.com Says:

    Sabor je la bro, itulah dugaan kpd setiap owner laman web dan juga blogger.

    Try guna hosting netonboard.com
    Dah 3 tahun aku pkai hosting ini, servis mmmg tip top

    [Balas Komen]

  8. zaiedishaq Says:

    patut la…

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :