Berfikir Sebelum Berhenti Kerja..

Sejak kebelakangan kilang aku sering di kejutkan dengan berhenti kerja. Ada segelintir rakan-rakan sekerja menghantar surat notis perbehentian kerja. Aku agak terkejut dengan berita-berita ini. Mengapa antara mereka membuat satu keputusan yang drastik untuk berhenti dan bertukar kepada kilang yang lain. Sedangkan aku tidak nampak pun masalah yang berlaku di HID Global.

Aku merisik-risik rakan-rakan yang sudah pun menghantar notis perbehentian kerja. (Resign Letter). Rata-rata yang mengatakan dapat offer yang bagus. Ada yang dapat tawaran gaji yang lebih besar. Ada pula nak buka perniagaan sendiri. Ada juga yang bosan dengan tempat kerja. Dan ada juga yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku BOSS masing-masing.

Aku sebagai rakan tidak boleh nak menghasut supaya mereka tidak berhenti kerja. Apa yang aku boleh buat adalah meyakinkan mereka bahawa bekerja di HID Global adalah baik. Seseorang itu mempunyai masa hadapan yang cerah. Syarikat pun semakin hari semain baik. Stress pun kurang dari kilang-kilang lain. Sebab ini semua yang aku alami sepanjang aku bekerja di sini.

Mungkin skop kerja mereka tak sama dengan aku. Mungkin banyak faktor yang membuatkan mereka terpaksa meletakkan notis perhentian kerja. Aku merisik lagi, adakah mereka bertukar kerja atas sebab “Tak Ngam dengan BOSS? “, atau dapat offer yang lagi bagus atau Gaji di tempat kerja yang baru lebih besar dari kilang sekarang.

Keputusan semua semestinya di tangan mereka. Aku tak boleh nak menghalang untuk mereka terus pergi. Tetapi sebelum berhenti kerja fikirkan perkara-perkara di bawah sebelum membuat keputusan.

a) Jika bertukar kerja menjadi yang lebih baik atau lebih tinggi jawatannya.Keputusan untuk bertukar syarikat atau kilang adalah tepat. , Contohnya daripada Juruteknik kepada Supervisor, Supervisor kepada Assitant Engineer, Engineer kepada Assitant Manager. Ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam kerjaya. Profil dalam resume sudah tentu menarik kan.

b) Penambahan gaji lebih dari 40%. Faktor ini perlu di fikirkan dengan baik. Jika penambahan gaji lebih 40% dan tahap kerjaya juga bertukar kepada lebih baik, ini adalah sesuatu yang baik. Tetapi jika penambahan gaji lebih 40% dan tahap kerjaya masih di takuk yang sama, ini perlu di fikirkan semasak-masaknya. Kerana sesebuah syarikat boleh menawarkan gaji yang tinggi tetapi jawatan sama sudah tentu kerja anda akan lebih bertambah banyak. Mungkin ia akan membebankan anda nanti. Fikirkan jika sudah bekeluarga. Adakah masa bersama keluarga?

c) Jika ingin bertukar kerja kerana tak ngam dengan BOSS. Fikirlah sebentar, selagi kita berkerja dengan majikan ataupun makan gaji, jalan ceritanya masih sama. Kerja di mana-mana sama sahaja. Lain BOSS lain cara. Melainkan kerja sendiri. Kitalah BOSS kitalah KULI.

d) Ingin Berniaga. Berniaga itu sememangnya bagus. Memang dalam Islam pun menyatakan rezeki itu lebih banyak daripada berniaga. Tetapi sudahkah anda betul-betul bersedia untuk berniaga? Kukuhkan tapak anda untuk memulakan perniagaan dan mengharungi dunia perniagaan? Mampukan metal kita mengharungi cabaran dalam perniagaan? Jangan yang dikejar tak dapat yang di kendung berciciran pulak.

e) Faktor penempatan di tempat yang baru. Adakah tempat kerja yang baru dekat dengan rumah anda? Adakah anda perlu travell sampai 3-4 jam untuk sampai ker tempat kerja? Mampukah anda menanggung segala kos minyak kereta atau motosikal anda bila bekerja di tempat baru? Adakah persekitaran tempat kerja yang baru menyenangkan hati anda?

f) Faktor keluarga. Mungkin suami meminta anda berhenti bekerja dan menumpukan sepenuh masa pada anak-anak. Ini satu pengorbanan yang bagus. Tetapi timbal balik, adakah si suami mampu untuk memberikan nafkah kepada si Isteri? Jika si Isteri tidak yakin dengan keputusan suami, bincang baik-baik dengan suami. Berikan pro dan kontra jika si Isteri berhenti bekerja. Jika terus bekerja adakah anak-anak terabai?

Faktor-faktor di atas seharusnya di fikirkan sebaik-baik yang mungkin. Soal kerja pada ketika ini tidak boleh diambil mudah. Banyak perkara yang perlu di fikirkan sebelum membuat keputusan berhenti atau bertukar kerja di tempat yang lain. Lebih-lebih lagi jika sudah berkahwin terutamanya pada suami kerana anda mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyara keluarga. Jadi fikir-fikirkanlah sebelum membuat keputusan agar ia tidak menjejaskan tanggungjawab kepada keluarga. Fikir-fikirkan….

Share it now!

Tagged: , , , ,

Komen: 12

  1. sangilapi February 12, 2010 at 3:54 am Reply

    yupp..bukan sesuatu yang mudah untuk mengambil keputusan berhenti kerja ni,tak kiralah samada beralih bidang mahupun bertukar angin di tempat lain,tambah2 bagi yang dah berkeluarga-banyak faktor perlu ditimbangkan.

    • Shaffik February 12, 2010 at 8:32 am Reply

      erm..Nak bertukar angin (kerja) ni bukan satu benda yang perlu di ambil ringan. Banyak benda yang kena di pertimbangkan.

  2. KC February 12, 2010 at 9:31 am Reply

    Ya memang tepat analisa tu.
    Tapi mengikut Maslow Theory, kita semua mempunyai naluri untuk mempertingkatkan kehidupan kita, baik dari segi kewangan mahupun dari segi status.

    Untuk menakluk lautan yang luas, kita harus berani hilang pandagan darat!

    No Pain, No Gain

    • Shaffik February 17, 2010 at 8:30 am Reply

      Thanks KC. Memang tepat apa yang di perkatakan oleh Maslow. Tetapi sebelum bertuka kerja untuk tujuan mempertingkatkan kehidupan, perkara-perkara di atas juga perlu di ambil kira. Kalau tidak, ia mungkin akan membebankan kita juga di akhir nanti.

  3. benbaz February 12, 2010 at 11:15 am Reply

    Salam.
    Ho ho, ada lagi satu sebab boleh ditambah – gaji dah sampai siling sejak 6 tahun lepas. Dah upgrade education sampai degree pun, tiada perubahan. Dah takde hati…

    • Shaffik February 17, 2010 at 8:31 am Reply

      Dah tak ada hati ini satu yang subjektif rasenya. 6 Tahun adalah satu tempoh yang agak lama. Fikir-fikirkan yang terbaik untuk memperbaiki kerjaya. Mungkin masanya akan tiba nanti.

  4. hirman February 14, 2010 at 8:20 pm Reply

    untuk c tue boleh kata semua orang kena sabar dengan karenah boss.tambah yang boss yang always right jer..

    • Shaffik February 17, 2010 at 8:33 am Reply

      Betul tu. Bos kat mane2 ada bermacam-macam kerenah. Mungkin tak terfikir dek akal fikiran. Tetapi apa yang bos suruh buat tu, kita buat dulu, jika ada kekangan berbincang balik dengan boss dah come out dengan solution. Itu lebih baik kan.

  5. dr.aku.la February 18, 2010 at 3:05 pm Reply

    isu pasal berenti keje ni memang hangat.
    banyak sebab dan alasan diberikan.
    ramai rakan-rakan sekerja aku berenti sebab da fed-up dengan boss.
    bukan keje tak best. keje best. kawan-kawan best. boss je byk buat spoil.
    aku ade terbaca satu artikel “Why Employees Leave Organizations?” (boleh tru google article ni)
    kesimpulan diorang “If you’re losing good people,look to their immediate supervisor”
    pikir-pikirkan lah je encik-encik boss…

  6. aktechpage.com February 19, 2010 at 12:37 pm Reply

    Aku skrg ni bersyukur dgn tempat kerja skrg, pada waktu permulaan 1-2 tahun sahaja agak bz dan kelam kabut kerana kilang & pejabat cawangan baru di buka. Byk perkara yg perlu dilakukan masa mula2 bukak. Skrg dah kembali normal spt biasa.

    I love my job now… :)

  7. Baidura March 14, 2011 at 7:25 pm Reply

    Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

    Pagi-pagi, sudah mencemuh,
    Si pemandu terus terdiam mengeluh,
    Bos ini jenis yang kecoh,
    Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

    “Ada pelanggan hendak jumpa”,
    Itulah kata si setiausaha,
    Bos enggan, mengantuk katanya,
    Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

    Bos memanggil mesyuarat mengejut,
    Ada pekerja berjalan bak siput,
    Bos pun menengking sampailah semput,
    Para pekerja terkentut-kentut.

    • Shaffik March 15, 2011 at 2:42 pm Reply

      Terbaik laa pantun ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge