Puas Rasanya Dalam Hati

By | February 8, 2010

Setelah selesai bengkel blogging pertama, kepala otak pun rasa lega. Pada mulanya agak berat untuk meneruskan bengkel blogging ini. Tetapi sebab rasa tanggungjawab, aku dan nuaeman tetap meneruskan hasrat untuk meneruskan bengkel blogging pertama ini.

Pada mulanya sasaran kami adalah 20 orang. Ramai yang mengisi form menyatakan minat untuk menyertai bengkel blogging ini. Tetapi di hujung minggu untuk sampai ke tarikh  bengkel hanya 4 orang sahaja yang betul-betul setuju untuk meyertai bengkel blogging ini. Aku dan nuaeman menguatkan semangat untuk tetap meneruskan bengkel blogging ini.

Aku merasakan inilah pengalaman pertama kami untuk mengadakan satu bengkel sebegini. Lebih memberikan cabaran kepada kami adalah para pesertanya. 3 orang daripanya memang tak tahu pasal dunia blogging. Mereka datang dengan ilmu yang kosong semata-mata untuk belajar buat blog. Tambahan pula mereka adalah golongan veteran.

Itulah yang membuatkan aku dan nuaeman terus bersemangat untuk mencurahkan ilmu kepada mereka. Kami cuba sedaya upaya untuk tidak meninggalkan segala langkah penting dalam pembinaan blog.  Kami cuba berada di tempat mereka seperti kami membuat blog dahulu. Bagaimana kami merangkak membina sebuah blog, begitu jugalah cuba kami tempatkan diri kami seperti mereka.

Namun ada hikmah di atas apa yang berlaku. Tuhan lebih mengetahui.  Walaupun 4 orang peserta yang hadir, aku nampak mereka semua puas dengan pengajaran kami. Tiada apa yang lebih menggembirakan kami setelah semua peserta pulang dengan satu blog .com sendiri. Bukan sahaja objektif kami tercapai, namun kegembiraan yang terpancar di raut wajah para peserta menyebabkan kami berbangga dengan semangat kesemua para peserta.

Tiada apa yang dapat aku katakan untuk para peserta. Hanya respek yang tidak ternilai untuk mereka semua kerana berjaya menghadiri ke bengkel blogging, mentelaah ilmu untuk membuat blog dan pulang dengan blog .com sendiri. Tambahan lagi keakraban kami semua sepanjang bengkel blogging membuat kami semua tidak kekok untuk bergaul sesama kami. Bengkel yang tidak terlalu formal membuatkan semua peserta termasuk kami amat selesa sepanjang bengkel blogging. Aku dan nuaeman sememang puas dalam bengkel blogging yang pertama ini. Insyallah, kami akan teruskan untuk bengkel blogging yang kedua nanti.

13 thoughts on “Puas Rasanya Dalam Hati

  1. Raja Wang

    Good job bro..

    Xper, mungkin blum ramai yg tahu pasal dunia blogging @ brani mencuba.. 4 org anak didik pun dah cukup menunjukkan yg anda kini adalah sifu….

    tahniah..

    Reply
  2. sangilapi

    nnt klu bengkel spt ini diteruskan yg mn bilangan peserta2 semakin bertambah,dicadangkan satu forum tertutup diadakan.lbh mudah utk pemantauan dan secara x langsung peserta2 lain dpt berkongsi antara satu sama lain.

    Reply
    1. Shaffik

      Thanks bro. Ini satu cadangan yang baik. Aku pun ada berbincang ngan Nuaeman dan Ijad tentang hal ini. Akan di usahakan nanti.

      Reply
  3. dr.aku.la

    takpe, mana biasa.
    “kayuh pelan-pelan”
    post mortem dulu bengkel pertama, perbaiki untuk bengkel kedua dan seterusnya.
    kalau niat baik, usaha baik, insyaAllah hasilnya pon baik.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.