Laporan : Bengkel Blogging Februari 2010

By | February 8, 2010

Alhamdullilah, segala perancangan pada hujung minggu lepas telah pun di laksanakan dengan sempurna. Hujung minggu lepas aku dan Nuaeman (Bengkelblogging Team) mengadakan satu bengkel untuk membuat blog . com sendiri pada 6-7 Februari 2010.

Ini adalah percubaan kami berdua untuk membuat bengkel kepada. Pada mulanya kami agak resah dengan penyertaan yang di terima. Akhir sekali 4 orang peserta yang menyertai bengkel blogging. Lokasi terpaksa di tukar ke FMCC Bandar Baru Uda.

Walaupun 4 peserta yang hadir, kami tetap meneruskan bengkel blogging ini. Kami merasakan tanggungjawab kami untuk mencurahkan segala ilmu yang kami ada kepada semua peserta. Mengapa? Kerana semua peserta yang hadir sememangnya betul-betul nak belajar buat blog dan mengharapkan mereka pulang dengan ilmu yang sangat berguna.

Pada hari pertama (6 Februari 2010), kami bermula dengan sesi pengenalan. Semua peserta mengenalkan diri masing-masing.  Purata umur yang menghadiri bengkel blogging ini adalah 40 Tahun.  Semua yang hadir memang tidak tahu pasal blog. Boleh di katakan memang buta blog. Ini adalah satu cabaran yang hebat buat kami. Lebih menguatkan semangat kami, salah seorang peserta adalah orang kurang upaya, namun dia masih lagi bersemanat untuk terus belajar menuntut ilmu.

Itu tidak melunturkan semangat kami. Kami hanya fokus untuk mengajar semua peserta membuat blog .com sendiri. Setelah semua pengenalan tentang dunia blog di berikan oleh Nuaeman pada sebelah pagi, aku perhatikan semua peserta semakin memumpukan perhatiakan kepada bengkel. Walaupun ketika itu blog mereka tak muncul-muncul lagi.

Sebelah petang pula, semangat para peserta semakin membuak-buka kerana mereka suah pun nampak blog .com mereka sendiri. Terpancar sinar dan senyuman di raut wajah peserta. Namun aku pasti semua peserta tertanya-tanya, mengapa blog mereka kosong dan warna yang sama sahaja antara mereka? Memang laa sebab theme masih belum di tukarkan lagi. Malah ada peserta yang bertanyakan mengapa blog aku dan Nuaeman ada warna cantik dan latar belakang yang lawa? Tak mengapa, kami faham mereka memerlukan lebih lagi untuk blog mereka.

Sebelum kami mengakhiri sesi hari pertama bengkel blogging, kami selesaikan segala kekusutan yang ada di kepala otak mereka. Aku pula meneruskan sesi bengkel blogging untuk menunjukkan langkah-langkah menukar theme untuk blog mereka. Aku memberikan peluang kepada mereka memilih sendiri theme kesukaan mereka. Bila semua konfigurasi selesai, nahh..blog mereka sudah pun ada theme tersendiri. Di sini aku melihat mereka semua tersenyum lebar. Mungkin mereka berfikir kini aku sudah pun ada blog .com sendiri, aku lebih dari orang lain yang masih tak mempunyai blog.

Sesi pada hari kedua di sambung pada hari Ahad (7 Februari 2010), kami meneruskan bengkel blogging di tempat yang sama. Nampak raut wajah para peserta masih lagi bersemangat untuk meneruskan bengkel blogging. Pada hari kedua ini Nuaeman memulakan bengkel blogging dengan mengajar langkah-langkah memasukkan plugin-plugin penting di dalam blog. Selepas minum pagi, aku pula meneruskan bengkel blogging dengan langkah-langkah menulis post/entri. Langkah-langkah ini bukan sahaja menulis post dengan biasa, tetapi menulis dan konfigurasi post untuk kelihatan lebih cantik dan teratur. Langkah-langkah menambah gambar dan video di dalam post juga di terangkan secara terperinci kepada semua peserta.

Bila sudah samapai waktu tengahari, aku nampak para peserta sudah pun bermain-main dengan penulisan post. Masing-masing nampak bersemangat untuk memulakan penulisan post / entri di blog masing-masing nanti. Pada sebelah petang pula, bengkel blogging di teruskan dengan plugin-plugin tambahan sebagai aksesori untuk blog. Kami juga meminta semua peserta membuat percubaan menggunakan semua plugin tersebut sesama sendiri. Kami mahu pastikan mereka faham akan kegunaan plugin berkenanaan.

Selepas itu aku pula memberikan tips untuk mempromosikan blog masing-masing. Bagaimana untuk mempromosikan blog untuk di baca oleh oang lain. ? Bagaimana menarik traffik datang ke blog masing-masing. ? Selepas itu Saudara Rohaizad memberikan sedikit gambaran potensi-potensi jika mempunyai blog.  Para peserta semakin tertarik dengan cerita Rohaizad. Semakin berkobar-kobar semangat para peserta untuk memulakan penulisan blog.

Berikut adalah contoh Blog Para Peserta. Blog mereka masih lagi baru. Nantikan entri-entri terkini daripada mereka.

1) Rezekimurah.com

2) Ridzalmersing.com

3) MindOKB.com

4) Thoyibah.com

Bengkel blogging di tamatkan pada jam 5.00 petang . Sebelum pulang ke rumah masing-masing kami mengakhiri peertemuan kami dengan lepak minum.  Semuanya amat berpuas hati dengan bengkel blogging kami. Rata-rata mengatakan bengkel blogging kami lebih santai dan mereka lebih selesa dengan keadaan begitu. Insyallah jika ada kesempatan, bengkel blogging ini akan di teruskan pada masa-masa akan datang. Nantikan tarikh baru untuk bengkel blogging seterusnya.

13 thoughts on “Laporan : Bengkel Blogging Februari 2010

  1. ibnujusup

    assalamualaikum bro…

    salam kenal..
    sy jumpe blog bro,daro rohaizad.com

    tahniah dah anjurkan benggel blogging…
    tanye sket bro…. bro jana income pasif dari blog jer ke?

    time saye tengok rezamohyin.com punye paypal acount, kaw2 masyuk…
    duit ptptn pun lepas, apalagi duit kawin…haha

    Reply
  2. dr.aku.la

    tahniah atas penganjuran sulung bengkel blogging.
    semoga lebih sukses di masa hadapan.
    kepada semua peserta jangan berlengah lagi teruskan praktik ilmu yang dah dicurahkan tu.

    Reply
  3. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Tahniah Pelajar Bengkel Blogging.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge