Hidup Tak Ceria Tanpa Gelak Ketawa.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General, Persoalan ?

Bila di lihat dari tajuk di atas, ada sesetengah orang yang setuju dan ada juga tak setuju. Jika di fikir-fikirkan banyak juga pro dan kontranya. Macam aku, aku memang tak reti bila kehidupan tiada di selangidengan gelak ketawa. Aku akan mudah merasa bosan.

Perkara ini berlaku apabila berada di satu rumah yang aku kunjungi hujung minggu lepas. Di tambah pula semua ahli keluarganya jenis pendiam, tidak mesra apatah lagi gelak ketawa. Aku memang rimas dengan keadaan macam ni. Bagaimana mereka seluruh ahli keluarga beramah mesra, gelak ketawa, bergurau senda agaknya ya? Ermmm…ini yang menjadi satu persoalan kepada aku.

Lagi satu yang sering menjadi persoalan aku adalah pasangan yang bercinta tetapi kurang gurau senda dan gelak ketawa. Kalau tak aweknye pendiam, pakwe nya pula yang pendiam. Macam mana ya mereka berkomunikasi? Adakah masa dating mereka di penuhi dengan kata-kata romantis dan penuh dengan protokol. Aku memang sukar berkomunikasi dengan orang-orang sebegini.

Bagi aku gelak ketawa memang penting dalam semua keadaan. Baik bila bersama-sama keluarga, anak-anak, Isteri, Ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, tempat kerja dan di mana sahaja. Ianya penting untuk mewujudkan keceriaan dalam kehidupan kita semua. Ia bukan sahaja menambah keceriaan, malah boleh membantu mengurangkan stress di tempat kerja khususnya. Bukanlah nak kata gelak ketawa itu tidak serius, tetapi gelak ketawa boleh mewujudkan keceriaan dalam mewarnai kehidupan kita. Itulah yang berlaku pada diri aku .

Aku tak boleh merasai keceriaan dan kebahagiaan tanpa gelak ketawa. Mungkin sebab keluarga aku yang hidupnya happy go lucky. Sentiasa di sinari dengan gelak ketawa dan senda gurau dalam ahli keluarga sendiri. Begitu juga rakan-rakan di sekeliling aku. Kebanyakkan mereka bukanlah pendiam tetapi cukup untuk menhiburkan perasaan aku seketika bila bertemu. Alhamdullilah Isteri aku pun begitu juga. Pendek kata seluruh orang-orang di sekeliling aku memang membuatkan kehidupan aku lebih terhibur dan ceria. Aku tak tau lah bagaimana agaknya jika kehidupan aku tanpa ada gelak ketawa……

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Tembok China Gagal Di Runtuhkan.
  • Teringat Waktu Kecil-Kecil Dulu
  • Jualan Gudang Kembali.
  • Tiada Alasan Untuk Berjaya.
  • Buat Passport Di KulaiJaya
  • 1000 Budak Hitam.
  • Pengadil Yang “Bastard”
  • Bersinar Kembali
  • Perompak..Maut!!!!
  • Arsenal Mengganas Di Awal Musim.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

3 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. yupp…keceriaan itu amat penting dlm kehidupan,ianya mengundang/menjemput nilai2 +ve ke arah kita manakala kemuraman pula bakal mengundang nilai2 -ve ke arah kita.

    kamu cukup bertuah bilamana kehidupan anda dikelilingi dgn suasana keceriaan-hidup menjadi lebih mudah!

    [Balas Komen]

  2. Hidup tanpa ketawa…huhuhuhu

    Xleh3x….x beshh langsung…amatlah membosankan…

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge