Blogger, Penulisan Anda Dipantau.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging

Selepas kecoh satu Malaysia mengenai penulisan Aduka Teruna (Aduka Taruna) yang menghina Kemangkatan Sultan Johor. Nama Aduka Teruna tiba-tiba menjadi bualan seluruh Malaysia termasuklah pak cik-pakcik di kedai kopi yang kebanyakkannya tidak pun melihat blog si durjana ini. Malah mereka hanya percaya bulat-bulat akan cerita daripada berita-berita yang di sampaikan.

Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah drastik untuk memantau segala penulisan para blogger-blogger di Malaysia terutamanya mereka-mereka yang menyiarkan entri yang menyentuh isu-isu sensitif.  Mereka juga sedang memantau beberapa blog dan laman web yang menyiarkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat di negara ini. Mereka sedang mengumpul bukti yang kukuh untuk mengheret mereka ke mahkamah.

Wah, kini blogger-blogger semua menjadi perhatian pihak KDN. KDN juga akan mengheret blogger-blogger yang menyentuh sensiviti rakyat termasuk institusi Raja-Raja, isu perkaumaan dan juga isu agama ini semua ke Mahkamah. Ini adalah satu langkah yang di tunggu-tunggu oleh blogger-blogger semua. Mungkin mereka-mereka yang telah menyentuh isu-isu begini sebelumnya tidak di heret ke mahkamah ataupun tidak menerima hukuman yang setimpal.

Aku melihat ini adalah satu langkah yang amat bagus sekali. Ini bermakna penulisan blogger kini semakin mendapat perhatian kerajaan. Walaupun sebagai seorang blogger, kita seharusnya menjaga sensiviti orang lain. Janganlah sesekali menulis menegani isu-isu yang boleh membangkitkan kemarahan orang lain. Ataupun isu-isu yang tak tahu hujung pangkal semata-mata untuk menarik perhatian para pengujung ke blog. Ini sememang sesuatu yang tidak sihat kepada blogger. Jangan kerana nila setitik rosak pula susu sebelanga.

Jadi aku menyarankan kepada semua blogger-blogger Malaysia supaya menjaga tatatertib semasa menulis, Walaupun kerajaan tidak menggariskan satu panduan atau peraturan yang khusus mengenai penulisan di blog, tetapi pandai-pandai kita mengolah penceritaan di dalam blog supaya tidak menginggung perasaan orang lain. Banyak lagi isu-isu yang boleh di ketengahkkan. Berpuluh ribu cerita yang boleh di tulis untuk menarik perhatian para pengunjung. Sama-samalah kita meneruskan perjuangan di dunia blogging dengan lebih aman dan tenteram. Insyallah.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Antara Blog dan Facebook.
  • Syukur Dengan Pendapatan Blogging 2010
  • Tahun Baru Cina Yang Menguji Kesabaran
  • Sampai bila nak berblogging?
  • Perlu Kejujuran Dalam Berblogging
  • Betapa Besarnya Kuasa Blog.
  • Alangkah Ruginya Jika Tidak Mula Dari Sekarang.
  • RM647.50 hanya 10 minit sahaja.
  • Setahun bersama Blog.
  • Duit Internet : Tak Semudah Yang Disangka

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

7 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. Baguslah jika kerajaan mula mengambil serius berkenaan blog-blog di Malaysia, bukan blog je, diharapkan kesemua platform di internet di Malaysia ini dipantau dengan lebih mendalam lagi.

    Kebebasan bersuara pun ada had juga. Berpada-padalah bersuara, kalo nak mengkritik sesuatu, buatlah kritikan secara sopan dan berhemah.

    Gunakanlah internet ini dgn penuh tatatertib.

    Bro, Amik drpd sumber mana berkenaan KDN yg mula memantau penulisan blogger tu??

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Berita semalam. Kat buletin utama pun dah ada cakap. Bagus laa satu pendekatan yang baik untuk para blogger supaya lebih beretika ketika menulis.

    [Balas Komen]

  2. PakarBisnes says:

    Sesuatu yang wajar untuk menyekat lebih banyak blogger yang lupa batasan.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Bro satu ayat yang cun…sesuai untuk blogger yang lupa daratan…huhuhuhuhu

    [Balas Komen]

  3. tetapi bg sesetengah perangai manusia ni,semakin ditegah semakin menjadi2 plk perbuatannya seolah2 peraturan yg diadakan,utk dicabar plk.
    contoh mudah,”jgn membuang sampah di sini”,apa yg boleh dilihat…semakin banyak sampah plk yg dilonggokkan.
    berkenaan dgn pengumuman KDN ni,kita tunggu dan lihat keberkesanannya nnt.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Itulah lumrah manusia. Lagi di tegah, lagi laa suka nak di buat…mmmmm

    [Balas Komen]

  4. dr.aku.la says:

    bagus jugak ada pemantauan daripada pihak kerajaan terhadap blog-blog ni.
    penulis blog perlu ada etika dalam penulisan mereka.
    jangan sampai hak kebebasan bersuara kita disekat.
    gunakan sebaik-baiknya ruang bersuara dengan blog ini sebaik-baiknya!

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge