
Setelah cuti lama untuk Tahun Baru Cina, hari ini aku kembali bertugas seperti biasa. Memang selesa dalam perjalanan ke kilang, jalan lenggang, kereta pun tak banyak dan yang paling penting tiada Traffik Jam. Huhuhu. Hujung minggu lalu aku banyak menghabiskan masa bersama-sama Isteri, anak dan ahli keluarga yang lain. Aku mengambil peluang pulang ke kampung aku dan mertua.
Untuk perancangan awalnya, aku ingin mengemaskini blog aku. Aku plan untuk cerita sedikit tentang traffik jam selama 2 jam di atas jalan raya semasa pulang ke kampung ari tu. Tetapi semuanya terbantut. Kerana APA??? Shaffik.com tidak boleh di akses. Arrrrggghhhhhhh……sekali lagi shaffik.com tergendala. Ini semua kerana masalah dengan Hosting.
Ini adalah masalah Hosting yang selalu berlaku. Tetapi kali ini ianya benar-benar menguji kesabaran aku. Bukan shaffik.com sahaja, malah 3 niche blog aku yang lain turut terjejas. Aku takut advertise juga hilang sabar kepada aku dan mintak refund balik. Pening kepala di buatnya. Macam mana nak bayar jika semua advertiser mintak refund balik?
Read more…
Sejak kebelakangan kilang aku sering di kejutkan dengan berhenti kerja. Ada segelintir rakan-rakan sekerja menghantar surat notis perbehentian kerja. Aku agak terkejut dengan berita-berita ini. Mengapa antara mereka membuat satu keputusan yang drastik untuk berhenti dan bertukar kepada kilang yang lain. Sedangkan aku tidak nampak pun masalah yang berlaku di HID Global.

Aku merisik-risik rakan-rakan yang sudah pun menghantar notis perbehentian kerja. (Resign Letter). Rata-rata yang mengatakan dapat offer yang bagus. Ada yang dapat tawaran gaji yang lebih besar. Ada pula nak buka perniagaan sendiri. Ada juga yang bosan dengan tempat kerja. Dan ada juga yang tidak berpuas hati dengan tingkah laku BOSS masing-masing.
Aku sebagai rakan tidak boleh nak menghasut supaya mereka tidak berhenti kerja. Apa yang aku boleh buat adalah meyakinkan mereka bahawa bekerja di HID Global adalah baik. Seseorang itu mempunyai masa hadapan yang cerah. Syarikat pun semakin hari semain baik. Stress pun kurang dari kilang-kilang lain. Sebab ini semua yang aku alami sepanjang aku bekerja di sini.
Mungkin skop kerja mereka tak sama dengan aku. Mungkin banyak faktor yang membuatkan mereka terpaksa meletakkan notis perhentian kerja. Aku merisik lagi, adakah mereka bertukar kerja atas sebab “Tak Ngam dengan BOSS? “, atau dapat offer yang lagi bagus atau Gaji di tempat kerja yang baru lebih besar dari kilang sekarang.
Keputusan semua semestinya di tangan mereka. Aku tak boleh nak menghalang untuk mereka terus pergi. Tetapi sebelum berhenti kerja fikirkan perkara-perkara di bawah sebelum membuat keputusan.
Read more…

Setelah selesai bengkel blogging pertama, kepala otak pun rasa lega. Pada mulanya agak berat untuk meneruskan bengkel blogging ini. Tetapi sebab rasa tanggungjawab, aku dan nuaeman tetap meneruskan hasrat untuk meneruskan bengkel blogging pertama ini.
Pada mulanya sasaran kami adalah 20 orang. Ramai yang mengisi form menyatakan minat untuk menyertai bengkel blogging ini. Tetapi di hujung minggu untuk sampai ke tarikh bengkel hanya 4 orang sahaja yang betul-betul setuju untuk meyertai bengkel blogging ini. Aku dan nuaeman menguatkan semangat untuk tetap meneruskan bengkel blogging ini.
Aku merasakan inilah pengalaman pertama kami untuk mengadakan satu bengkel sebegini. Lebih memberikan cabaran kepada kami adalah para pesertanya. 3 orang daripanya memang tak tahu pasal dunia blogging. Mereka datang dengan ilmu yang kosong semata-mata untuk belajar buat blog. Tambahan pula mereka adalah golongan veteran.
Read more…

Alhamdullilah, segala perancangan pada hujung minggu lepas telah pun di laksanakan dengan sempurna. Hujung minggu lepas aku dan Nuaeman (Bengkelblogging Team) mengadakan satu bengkel untuk membuat blog . com sendiri pada 6-7 Februari 2010.
Ini adalah percubaan kami berdua untuk membuat bengkel kepada. Pada mulanya kami agak resah dengan penyertaan yang di terima. Akhir sekali 4 orang peserta yang menyertai bengkel blogging. Lokasi terpaksa di tukar ke FMCC Bandar Baru Uda.
Walaupun 4 peserta yang hadir, kami tetap meneruskan bengkel blogging ini. Kami merasakan tanggungjawab kami untuk mencurahkan segala ilmu yang kami ada kepada semua peserta. Mengapa? Kerana semua peserta yang hadir sememangnya betul-betul nak belajar buat blog dan mengharapkan mereka pulang dengan ilmu yang sangat berguna.

Pada hari pertama (6 Februari 2010), kami bermula dengan sesi pengenalan. Semua peserta mengenalkan diri masing-masing. Purata umur yang menghadiri bengkel blogging ini adalah 40 Tahun. Semua yang hadir memang tidak tahu pasal blog. Boleh di katakan memang buta blog. Ini adalah satu cabaran yang hebat buat kami. Lebih menguatkan semangat kami, salah seorang peserta adalah orang kurang upaya, namun dia masih lagi bersemanat untuk terus belajar menuntut ilmu.
Read more…
Bila di lihat dari tajuk di atas, ada sesetengah orang yang setuju dan ada juga tak setuju. Jika di fikir-fikirkan banyak juga pro dan kontranya. Macam aku, aku memang tak reti bila kehidupan tiada di selangidengan gelak ketawa. Aku akan mudah merasa bosan.

Perkara ini berlaku apabila berada di satu rumah yang aku kunjungi hujung minggu lepas. Di tambah pula semua ahli keluarganya jenis pendiam, tidak mesra apatah lagi gelak ketawa. Aku memang rimas dengan keadaan macam ni. Bagaimana mereka seluruh ahli keluarga beramah mesra, gelak ketawa, bergurau senda agaknya ya? Ermmm…ini yang menjadi satu persoalan kepada aku.
Lagi satu yang sering menjadi persoalan aku adalah pasangan yang bercinta tetapi kurang gurau senda dan gelak ketawa. Kalau tak aweknye pendiam, pakwe nya pula yang pendiam. Macam mana ya mereka berkomunikasi? Adakah masa dating mereka di penuhi dengan kata-kata romantis dan penuh dengan protokol. Aku memang sukar berkomunikasi dengan orang-orang sebegini.
Read more…
Selepas kecoh satu Malaysia mengenai penulisan Aduka Teruna (Aduka Taruna) yang menghina Kemangkatan Sultan Johor. Nama Aduka Teruna tiba-tiba menjadi bualan seluruh Malaysia termasuklah pak cik-pakcik di kedai kopi yang kebanyakkannya tidak pun melihat blog si durjana ini. Malah mereka hanya percaya bulat-bulat akan cerita daripada berita-berita yang di sampaikan.

Kementerian Dalam Negeri mengambil langkah drastik untuk memantau segala penulisan para blogger-blogger di Malaysia terutamanya mereka-mereka yang menyiarkan entri yang menyentuh isu-isu sensitif. Mereka juga sedang memantau beberapa blog dan laman web yang menyiarkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat di negara ini. Mereka sedang mengumpul bukti yang kukuh untuk mengheret mereka ke mahkamah.
Wah, kini blogger-blogger semua menjadi perhatian pihak KDN. KDN juga akan mengheret blogger-blogger yang menyentuh sensiviti rakyat termasuk institusi Raja-Raja, isu perkaumaan dan juga isu agama ini semua ke Mahkamah. Ini adalah satu langkah yang di tunggu-tunggu oleh blogger-blogger semua. Mungkin mereka-mereka yang telah menyentuh isu-isu begini sebelumnya tidak di heret ke mahkamah ataupun tidak menerima hukuman yang setimpal.
Read more…