Alat Berwudhu Automatik

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Agama

Mungkin kita semua pernah terfikir untuk menikmati cara yang paling mudah untuk mengambil wudhu. Bukan nak kata cara pengambilan wudhu selama ini salah, tetapi alangkah baiknya jika ada satu alat mengambil wudhu automatik, selesa dan menjimatkan. Kini segalanya mudah. Alat Berwudhu Automatik mungkin peralatan yang di cari-cari selama ini . Ianya bukan sahaja memudahkan, malah ia adalah satu lagi kejayaan anak tempatan yang harus dibanggakan.

Alat berwudhu automatik atau secara ringkasnya alat wudhu automatik. Dalam Bahasa Inggerisnya di sebut Auto Wudu Washer. Alat berwudhu ini telah di keluarkan oleh AACE Technologies Sdn. Bhd. yang beroperasi di Petaling Jaya MALAYSIA.

Alat Berwudhu Automatik ini berupaya untuk menjimatkan air sehingga 90% semasa mengambil wudhu. Ia juga berupaya menjimatkan 40 juta liter air sehari di Arab Saudi khususnya di waktu musim Haji. Peralatan ini juga telah di bina dengan menggunakan komponen yang berkualiti tinggi. Ianya mampu untuk bertahan sehingga 15 tahun akan datang.

Alat berwudhu Automatik atau Auto Wudu Washer ini telah di keluarkan dengan 2 model utama. Aww © model STD 0.708 di rekacipta khusus untuk penggunaan di tempat umum. Ianya amat sesuai di gunakan di Masjid-masjid, Jabatan-Jabatan, Pejabat-pejabat dan tempat-tempat umum yang lain. Manakala model yang kedua pula adalah PRM Aww ©0707is pula sesuai digunakan di rumah kediaman.

Rekabentuk unik dan selesa pastikan akan memberikan keselesaan para pengguna semasa mengambil wudhu. Bermula dari mencuci tangan untuk memulakan wudhu sehinggalah ke kaki, segala tersedia di alat berwudhu automatik. Terdapat dua bahagian utama iaitu bahagian atas dan bawah. Bahagian atas adalah untuk mencuci bahagian muka sehingga bahagian lengan. Manakala bahagian bawah pula di khaskan mencuci bahagian kaki. Semua boleh di lakukan di Alat Berwudhu Automatik yang pastinya selesa, nyaman dan menjimatkan. Untuk maklumat lanjut layari laman web AACE Technologies Sdn. Bhd.


Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Panggilan Advertiser Dari UK
  • Beware of Keylogger.
  • Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?
  • Jual Apam Balik Pun Mampu Pakai Honda Accord
  • Tips Untuk Memulakan Perniagaan Secara Online.
  • Subjek Pengurusan Kewangan Di Sekolah.
  • Kalau Kuli buat Cara Kuli.
  • Kasut di Kepala Bush Tinggi Nilainya.
  • Aper Cerita Adik Sharline???
  • Loan Rumah 100% pada 2011. :)

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

8 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. alone says:

    wah.. ini sudah bagus. harus didatangkan dengan pakej untuk menggalakkan ramai org bersolat =p

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    haa pakej yang itu pun penting jugak tu…errmmm..

    [Balas Komen]

  2. sikap suka membazir air ketika berwudhu perlu dielakkan-kini sudah ada jawapannya!

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yaa betul bro..inilah peralatan yang di cari-sari selama ini ..

    [Balas Komen]

  3. errr… sekali tgk pada gambar cam mangkuk tandas je…

    Harga sebijik brape ni bro??

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Aku pun terperanjat mula-mula. Tapi bila di amati balik ada 2 layer kat situ…tak berapa pasti tentang harganya..boleh rujuk pada websitenya.

    [Balas Komen]

  4. hafizmd says:

    Cukup membanggakan bila ade alat sebegini yang boleh kurangkan pembaziran air. Memang kene dgn nasihat Nabi Muhammad SAW supaya jgn membazir bile berwudu’ walaupun ketika menggunakan air sungai..

    [Balas Komen]

  5. Nensa Moon says:

    Wah… baru kali ini saya mendengar ada alat wudu automatik…
    Hebat! Bisa menghemat air pula… Mudah-mudahan aja harganya bisa terjangkau…

    Very nice post!!

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge