11 Kematian Akibat Denggi

By | January 27, 2010

Pagi tadi terdengar satu berita yang agak mengejutkan. Sebenarnya wabak penyakit ini sudah lama bertapak di Malaysia. Tetapi wabak denggi seakan menular kembali di kalangan masyarakat kita.  Dalam laporan daripada Kementrian Kesihatan Malaysia, terdapat 11 kes kematian di sebabkan wabak denggi bermula Januari 2010.

Ini adalah satu statistik yang tidak elok kita dengar. Kita selalu mendengar orang lain kena denggi. Selalu dengar kematian tentang denggi. Tetapi sedar atau tidak kita semua berisiko menerima wabak denggi. Aku selitkan sedikit informasi mengenai denggi. Ianya sebagai ingatan kepada kita semua.

Sumber dari Wikipedia:

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Tanda-tanda penyakit denggi:

a) Demam yang mengejut. Ianya berlarutn dengan sakit yang teruk di kepala bebola mata, sendi, otot dan pinggang

b) Gatal-gatal pada anggota badan.

c) Keluar bintik-bintik merah terang pada anggota bahagian bawah dan seterusnya merebak keseluruh tubuh badan.

d) Seluruh kulit bertukar kepada warna kemerahan.

e) Sakit perut, mual, muntah dan cirit-birit.

Akibatnya pesakit boleh mendapat radang hati, radang otak dan juga radang otot jantung. Jika anda atau anak anda tiba-tiba mendapat demam yang mengejut, segeralah bertemu dengan doktor. Jangan di buat main-main hal demam ni.

Untuk langkah mencegah penyakit denggi adalah ;

a) Buang dan hapuskan segala takungan air yang terbiar dan tidak digunakan di sekitar rumah anda.

b) Guna ubat jentik-jentik di dalam air yang bertakung. Pakai kelambu ketika tidur. Ataupun pasangkan ubat nyamuk ketika tidur.

c) Hubungi mana-mana agensi yang bertauliah untuk mendapatkan semburan asap denggi untuk menghapuskan nyamuk di kawasan anda. Tidak perlu tunggu Kementrian Kesihatan. Buat sendiri pun boleh.

Bersama-samalah kita memerangi denggi dari menghantui kehidupan seharian kita.

10 thoughts on “11 Kematian Akibat Denggi

  1. booguestwarrior

    perkara yg sering terlihat dlm permasalahan kebersihan kawasan sekitar rumah/perumahan adalah sistem perparitan yg kurang sempurna.
    ianya berlaku kerana tiada sikap gotong-royong dr penduduk setempat bila berlaku kes2 kematian begini barulah kelam-kabut menganjurkan gotong-royong,itupun kdg2 sukar mendpt kerjasama dr penduduk setempat.
    kesedaran sivik di kalangan masyarakat kita masih rendah.tanggungjawab itu diserahkan sepenuh pd pihak2 berwajib utk menjaga kebersihan setempat.

    Reply
    1. Shaffik Post author

      haa tu laa pasal. Bila panggil gotong royong bersihkan kampung..memang liat nak datang. Kalau ada kes, mulalah nak menuding jari kat orang lain…

      Reply
  2. Kujie

    Denggi paling bahaya sebab punca dari nyamuk…kalau kita bersih, jaga halaman kita saja , nyamuk tu bukan tau sempadan..dia terbang je datang

    kesimpulannya – kena jaga persekitaran dan berkerjasama di dalam komuniti

    Reply
    1. Shaffik

      Kak Jie, Paling bahaya dan paling senang di jangkiti jika persekitaran rumah kita kotor. Maksudnya kita dan jiran tetangga haruslah sama-sama bertanggungjawab.

      Reply
  3. boy_bersahaje

    Rumah kite dah bersih dan sempurna. jauh dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tapi kalau jiran kita x bersih, adakah ia juga membawa impak yang same ek? Maksud aku, adakah nyamuk tu akan datang ke rumah kita yang bersih dan menghisap darah kita?

    Reply
    1. Shaffik

      Ni yang susah ni. Ianya memang memberikan kesan pada kau jugak bro. Sebab Nyamuk tu tak mengenal mangsanya samada tuan rumah atau pun tidak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge