Nama Cantik, Tapi Hati Busuk..(Aduka Teruna)

By | January 25, 2010

Takziah aku ucapkan kepada seluruh kerabat Di Raja Johor. Memang sedih dengan pemergian Sultan yang aku kagimu sepanjang hidupku. Malam ini aku terkejut mendengar berita pada jam 8 malam tadi. Berita yang memaparkan bantahan orang-orang Johor tentang satu kenyataan yang menghina kemangkatan Sultan Johor. Al-Marhum Baginda Sultan Johor, Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Bila di cari balik memang dah tak ada entri berkenaan dari blog beliau.  Semasa kemangkatan baginda Sultan, pemilik blog berkenaan mengeluar satu kenyataan yang menghina akan kemangkatan Al-Marhum Sultan Johor.

Kata-kata penghinaan itu membuatkan rasa marah kepada seluruh rakyat Johor. Entri berkenaan berada di blog Aduka Teruna. Aku tidak pasti mengapa penghinaan segitu di siarkan di blognya. Adakah Aduka Teruna ini memang nak cepat popular. Ataupun Aduka Teruna sememangnya bersikap biadap ataupun kurang ajar.

Ini menimbulkan kemarahan kepada semua rakyat Johor. Aku anak Jati Johor. Kata-kata yang di lemparkan di dalam entrinya itu sememangnya mengundang kemarahan. Itu Sultan aku. Aduka Teruna tidak layak menghina sebegitu rupa.  Walau Kau (Aduka Teruna) bukan rakyat Johor ataupun bukan orang Barisan Nasional, janganlah membuat sesuatu penghinaan sebegitu rupa.

Walaupun Aduka Teruna telah membuat satu kenyataan mohon maaf, tetapi itu tidak cukup untuk menutup perasaan seluruh rakyat Johor. Aduka Teruna bukan sahaja mencemarkan perlakuannya sebagai orang melayu tetapi dia juga mencemarkan imej blogger-blogger Malaysia.

Dengan tindak tanduk Aduka Teruna, orang akan memandang blogger-blogger pada satu persepsi yang berlainan. Ni lah yang di katakan, menulis tidak mengikut akal. Menulis hanya mengikut nafsu amarah yang akhirnya menjerat diri sendiri. Aku memang tak nak meletakkan URL Aduka Teruna. Kerana kerana kata-kata beliau yang telah mengguris hati aku dan seluruh rakyat Johor. Terimalah padahnya wahai Aduka Teruna. Nama pena memang indah, tetapi hati busuk dan kotor.

*** Kepada semua warga Johor, jangan lupa memakai Songkok Berlilit Kain/Reben Putih di tengah. Tempoh berkabung selama 7 Hari ya.:)

14 thoughts on “Nama Cantik, Tapi Hati Busuk..(Aduka Teruna)

    1. zaiedishaq

      ko masuk kat facebook kat dalam group “Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor”
      ko terus je pergi kat last photo. diorang ada print screen.

      Reply
  1. alone

    memang sedih bila ada di antara blogger yang sanggup bertindak macam tu.. bertindak ikut akal.. bukan emosi..

    Reply
    1. Shaffik

      Ni laaa bila menulis tak guna otak. Main bubuh jer..Tup-tup buat semua orang marah. Malukan blogger sahaja.

      Reply
  2. booguestwarrior

    sempena 7 hari berkabung,saya terdgr perbualan antara 2 org di sebuah kedai kopi di johor.

    mamat bersongkok berlilit kain putih:wey!apasal ko x berkabung?
    mamat ber-t/shirt:ko x nampak ni?sambil menunjukkan ke arah lengannya.

    *sebenarnya mamat tu sekadar ber-t/shirt hitam yg berbelang putih shj(t/shirt belang2)*

    Reply
    1. Shaffik

      Lebih elok kalau Muslim pakai songkok berlilit putih di tengah. Kalau bukan Islam pakai lilitan warna hitam di lengan. Kalau perempuan muslim pula pakai tudung berwarna putih.

      Reply
  3. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Blogger, Penulisan Anda Dipantau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge