jung minggu lepas aku berkesempatan menonton cerita Adnan Sempit. Pada mulanya aku nak tengok cerita AVATAR. Tetapi isteri pulak nak tengok Adnan Sempit. Hmmm. Tak apa laa layankan aku. Ternyata memang berbaloi aku menonton cerita Adnan Sempit.
Dari mula cerita ini menerjah ker skrin pawagam, aku dan penonton lain memang tak terlepas dari gelak. Sepanjang masa memang tergelak dan pecah perut. Tak sangka Ahmad Idham boleh mengarah Filem hebat sebegini. Gelak dari awal hingga penghujungnya.
Sedikit sinopsis filem Adnan Sempit.
Adnan (Shaheizy Sam) adalah seorang Mat Rempit yang tinggal di Kuala Lumpur. Rakan-rakan menggelarkannya Nan Sempit kerana hidup sering sahaja di selubungi kesempitan. Bekerja sebagai mat despatch di syarikat Nadia (Intan Ladyana). Kawan baiknya Bobby (Along Raja Lawak). Adnan memang suka dengan Nadia.
Terdapat satu insiden yang menyebabkan Nadia mengaku Adnan sebagai boyfriendnya. Di sinilah bermula segalanya. Kisah suka-duka percintaan, kehidupan mat rempit, wanita korprat dan penuh dengan gelak ketawa. Yang paling best bermula dengan Kelakar dan di hujung pun kelakar tak ingat. Siapa yang belum pergi menonton Adnan Sempit, pergi ke pawagam yang terdekat dengan anda. Memang berbaloi…
Aku berikan Adnan Sempit 4 bintang untuk filem Melayu.
Entri Yang Menjadi Pilihan
Tags: Adnan Sempit, Lawak Gila, Shaheizy Sam




January 20th, 2010 at 11:40 am
Aku ingat tk best masa pergi panggung aritu. Aku tonton cerita spy next door (Jackie Chan). lain kali boleh tengok Adnan Sempit ni.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 20th, 2010 at 5:29 pm
kena tgk bro..best..
[Balas Komen]
January 20th, 2010 at 1:22 pm
mmg best bro. tak rugi keluar RM beli tiket. kwn tgk hari ke2 dkt TGV tebrau city…
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 20th, 2010 at 5:29 pm
Haa sama laa dengan aku..aku pun tgk di Tebrau City.
[Balas Komen]
January 21st, 2010 at 1:42 am
hahah..memang lawak citer nih..seyes xrugi klu tgk..ak da tgk 2 kali da..dan dua2 kali aku gelak besar..hehe
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 21st, 2010 at 8:36 am
Pergh..jmay dah 2 kali eh tgk..maksudnyer memang pecah perut laaa bila tgk Adnan Sempit kan….
[Balas Komen]
January 21st, 2010 at 5:06 pm
bro, aku dh add ko pnya weblog dkt blog aku. apa kata klu kita x-change link…http://ayahaiman.blogspot.com
[Balas Komen]
January 22nd, 2010 at 10:19 am
Beshhnya ada wayang, sini juga xde…apepun tunggu download je drpd internet.
Kebanyakan trend perfileman Malaysia skrg lebih banyak buat filem2 komedi serius spt Adnan Sempit ni.
Aku lebih suka tgk filem2 arahan Afdlin Shauki especially filem yg komedi2.
Apepun, industri perfileman Malaysia skrg semakin maju jika berbanding pada era 90-an.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 22nd, 2010 at 10:15 pm
Bro, ko duduk kat maner? tak wayang ker? Betul tu. Aku setuju dengan pendapat ko. Filem sekarang lebih banyak filem komedie serius. Tetapi banyak meninggalkan kesan yang kepada penonton. Satu perkembangan yang baik untuk Filem Malaysia.
[Balas Komen]
aktechpage.com Reply:
January 25th, 2010 at 7:23 pm
Duk kt Kelantan…sini diharamkan panggung wayang…kerajaan negeri x bagi…
TRG pun….x bleh wat panggung jgak, nanti kerajaan negeri skrg kaloh lg…
Sabor je le, nasib baik ada internet. TGk movie wayang sorang2 dlm bilik.
[Balas Komen]
January 22nd, 2010 at 11:31 am
Macam best je pulak ko cerita nie :p aku biasanya filem melayu ni kurang sikit. jarang2 jer yg member recommend aku akn tgk. uhu.. well . maybe leh try yg ni juga
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
January 22nd, 2010 at 10:55 pm
Eims, Tgk jangan tak tgk. Memang berbaloi. Percayalah. Saya pun jarang tgk filem melayu. Tetapi Adnan sempit ada kelainannya..
[Balas Komen]
January 24th, 2010 at 10:39 pm
Salam,
Aku dah tengok. Komedi + Pengajaran. Sambil gelak sambil dapat manfaat. Itu yang bagusnya.
[Balas Komen]
April 15th, 2010 at 7:58 pm
Yang tak boleh bla tu pepatah ” di mana ada kemahuan, di situ ada highway”. Sempat jugatengok cerita ni,walaupun bukan kat panggung.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
April 15th, 2010 at 11:00 pm
Aah, sekarang dah ada kat Astro Warna setiap jumaat. Adnan Sempit The Series…aku sememangnya layan….
[Balas Komen]