10 Cara Termudah Menulis Blog

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Dunia Blogging

Sejak berkecipung di dalam dunia blogging, banyak benda yang telah aku pelajari dalam mengharungi dunia blogging. Sumber-sumber ilmu mengenai dunia blogging aku dapatkan daripada otai-otai blogger, rakan-rakan seperjuangan dan juga di Internet.

Setelah satu tahun lebih aku menceburkan diri dalam dunia blogging, aku telah mempraktikkan beberapa cara yang mudah untuk menulis blog. Mungkin di luar sana tertanya-tanya, bagaimana blogger-blogger boleh menulis blog setiap masa. Ada sahaja cerita yang ingin di sampaikan kepada para pengunjungnya.

Di sini aku berkongsi 10 cara termudah untuk menulis blog. Bukan sahaja entri yang menarik, tetapi mendapat perhatian daripada pengunjung yang datang ke blog kita.

1) Jangan simpan segala pendapat anda. Luahkan segala pendapat yang melekat di dalam fikiran anda. Beritahu segala pendapat anda kepada orang lain. Mungkin anda malu untuk bercakap di depan khalayak ramai. Jadi luahkan dalam bentuk penulisan blog. Ingat ramai orang yang suka mendengar dan meminta pendapat orang lain. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya.

2) Ulas berita terkini. Anda pasti menonton buletin utama setiap hari kan. Jika anda mendengar satu berita yang menarik pada hari berkenaan, buat ulasan di dalam blog anda. Nyatakan pendapat anda mengenai hal berita yang di sampaikan. Lebih awal anda menyebarkan berita itu, lebih cepat entri anda di indexkan ke dalam Google. :)

3) Segera tulis apa-apa kejadian yang berlaku di sekitar anda. Walaupun ianya tidak penting pada orang lain, tetapi ianya amat unik. Usah berlengah, terus tulis di dalam entri anda. Jika tiada talian Internet, tulislah terlebih dahulu di dalam fail notepad supaya anda tidak terlupa nanti.

4) Lebihkah informasi di dalam entri anda. Usah taip panjang berjela tetapi informasi hanya satu perenggan sahaja. Uik. Penat pengunjung baca hingga ke akhirnya. Tetapi informasinya tak sampai sepenuhnya kepada pengunjung blog.

5) Bina atau tulis satu tajuk yang menarik.Bina tajuk yang menarik perhatian pengunjung. Mungkin boleh tulis yang yang berbentuk persoalan. Kadang kala tajuk berbentuk persoalan juga boleh membantu anda menarik perhatian pengunjung membaca entri anda.  Selalu perhatikan bagaimana tajuk berita di surat khabar. Contoh paling dekat ialah Harian Metro…

6) Tulis entri secara terus terang. Kurangkan penyampaian informasi yang berkias-kias. Ia akan membuatkan pengunjung anda tertanya-tanya jika apa yang anda sampaikan tidak di fahami dengan sempurna. Kadang kala ada orang sukar nak faham dengan bahasa yang berkias-kias.

7) Masukkan keyword-keyword yang sering menjadi carian di Search Engine. Bayangkan jika anda mencari informasi, apakah keyword yang anda akan gunakan. Contohny “macam mana nak buat teh tarik?”. Gunakan perkataan atau keyword itu di dalam entri anda. Selitkan keyword itu di dalam entri dan nampak ianya seperti biasa. Jangan banyak sangat masukkan keyword, takut entri jadi tunggang langgang.

8) Gunakan point atau nombor untuk menyampai beberapa fakta yang penting. Fakta-fakta yang penting tidak minat di baca dalam bentuk tulisan yang panjang. Ia akan membuatkan pengunjung terlepas pandang fakta-fakta yang penting dalam entri anda.

9) Entri tidak semestinya panjang. Kadang kala entri panjang membuatkan orang bosan nak baca. Lebih elok pendek tetapi padat dengan informasi. Tambahan pula apa yang nak di sampai itu di fahami dengan sempurna oleh pengunjung dan juga pembaca blog anda.

10) Baca kembali entri yang anda tulis sebelum publish. Kadang kala penulisan anda terlalu panjang dan mungkin tidak perlu di siarkan. Buang mana-mana perkataan yang tidak perlu supay menjadi entri anda lebih elok untuk tatapan pengunjung.

Haa mudahkan nak menulis blog. Bukan susah pun. Apa yang penting, informasi yang ditulis itu sampai terus kepada pengunjung atau pembaca blog kita.   Ini adalah beberapa pengalaman yang aku praktikkan  dan sumber-sumber dari internet di dalam penulisan blog. Bagaimana mudah kan…?

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • Tips Untuk Part Time Blogger.
  • Blogging Terbuka Untuk Semua.
  • Apa Yang Penting Dalam Berblogging?
  • Masih Lagi Terpinga-Pinga Tentang Blogging?

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

28 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. menteil says:

    nice sharing… thanks shaffik…
    *ibu jari naik atas…

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Thumb up = ibu jari naik ke atas…wei kalau turun jb..inform yer? tak pernah lepak dengan ko laa..huuhuhuhuhu

    [Balas Komen]

  2. Jmay says:

    Good info shaffik..sy nih pn msih belajar menulis lagi..maklum la..menulis dalam blog lain skit mcm menulis karangan msa zaman2 skolah dlu..hehe :D

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Memang lain. Tetapi kalau kita ada style yang tersendiri lagi laa best..Pengunjung pasti tertarik.

    [Balas Komen]

  3. Kujie says:

    kak jie ikut kesemua 10 steps ini…memang asas penting ni

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Inilah asas yang utama. Paling mudah untuk menulis blog. Tak susah mana pun sebenarnya. Yang penting sustain.

    [Balas Komen]

  4. Ninja Coffee says:

    I like no.1 best!
    You said it right, don’t keep it to ourselves

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    yes. We do not keep our opinion by our self. We should express and let other people know about it.

    [Balas Komen]

  5. salam bro,
    saya sdg berfikir2 bgmn utk mendptkan “1 cara termudah utk menulis 10 blog”….bro ada pendpt/pandangan?silalah berkongsi dgn pembaca.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tak perlu tulis panjang2. Tapi yang penting padat dengan informasinya.

    [Balas Komen]

  6. samdaddycool says:

    Seronok aku baca entry ni. Membuka satu ruang dalam kepala untuk terus berbloging dengan lebih kerap. Thanks bro.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Aku berkongsi sedikit pengalaman bro..mungkin jika ada kesempatan ..aku share

    [Balas Komen]

  7. Tips menarik!!!
    Harap dapat berkongsi tips2 menarik lagi di next post entry :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Insyallah..Aku akan kongsikan tips yang baik untuk berblogging.

    [Balas Komen]

  8. dr.aku.la says:

    penulisan yang sangat menarik.
    terima kasih kerana berkongsi.
    keep it short simple (K-I-S-S)

    [Balas Komen]

  9. alfablue7 says:

    bakat menulis sbnrnye yang paling penting huhu..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Sebenarnya jika ada minat yang mendalam, bakat itu boleh diasah untuk menjadikan ianya lebih baik dan bermutu.

    [Balas Komen]

  10. nite says:

    hi..blh saya tanya pasal blog? blh kah kita copy mana2 fakta dari yahoo..?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Boleh Copy, tapi kena letak laa satu caption di bawahnya mengatakan fakta itu di ambil dari mana. Lebih berhemah kan…

    [Balas Komen]

  11. ainsufian says:

    nak belajo buat blog blh!!!!!!!!

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Haa Kak Ain…lama tak dengar cerita…Boleh aja..nanti join bengkelblogging saya. Di jangka pada hujung bulan 10 nanti..Insyallah.

    [Balas Komen]

  12. Im Jitra says:

    Bagus artikel ni…..
    Harap teruskan usaha anda untuk membantu para blogger baru di sini.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Sudah semestinya. Masih banyak lagi info akan di kongsikan di sini.\

    [Balas Komen]

  13. Faizul says:

    Banyak info yang menarik. Teruskan usaha anda.
    Faizul recently posted..Bersama Berusaha

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Semestinya. Usaha menyiarkan entri pasal blog akan diteruskan.

    [Balas Komen]

  14. dhinai says:

    Terima kaseh atas segala info yang saudara Shaffik paparkan diatas kerana
    saya baru mula berjinak jinak dengan dunia blog ni, jadi tak berapa mahir lagi.
    dhinai recently posted..BAIK PULIH CYLINDERHEAD

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Harap, blog ini sedikit sebanyak boleh membantu.

    [Balas Komen]

  15. Hr4eva says:

    sy bru je gne blog… sy nk tnye, bg beginner nak gne yg mne stu ek tok post comment? eg:google account, word press,live journal, type pad,AIM or openID?….

    [Balas Komen]

28 Comments Trackbacks For This Post

  1. Blog Shaffik » Blog Archive » Tips PERCUMA Untuk Menarik Lebih Ramai Pengunjung

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge