10 Cara Termudah Menulis Blog

By | January 19, 2010

Sejak berkecipung di dalam dunia blogging, banyak benda yang telah aku pelajari dalam mengharungi dunia blogging. Sumber-sumber ilmu mengenai dunia blogging aku dapatkan daripada otai-otai blogger, rakan-rakan seperjuangan dan juga di Internet.

Setelah satu tahun lebih aku menceburkan diri dalam dunia blogging, aku telah mempraktikkan beberapa cara yang mudah untuk menulis blog. Mungkin di luar sana tertanya-tanya, bagaimana blogger-blogger boleh menulis blog setiap masa. Ada sahaja cerita yang ingin di sampaikan kepada para pengunjungnya.

Di sini aku berkongsi 10 cara termudah untuk menulis blog. Bukan sahaja entri yang menarik, tetapi mendapat perhatian daripada pengunjung yang datang ke blog kita.

1) Jangan simpan segala pendapat anda. Luahkan segala pendapat yang melekat di dalam fikiran anda. Beritahu segala pendapat anda kepada orang lain. Mungkin anda malu untuk bercakap di depan khalayak ramai. Jadi luahkan dalam bentuk penulisan blog. Ingat ramai orang yang suka mendengar dan meminta pendapat orang lain. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya.

2) Ulas berita terkini. Anda pasti menonton buletin utama setiap hari kan. Jika anda mendengar satu berita yang menarik pada hari berkenaan, buat ulasan di dalam blog anda. Nyatakan pendapat anda mengenai hal berita yang di sampaikan. Lebih awal anda menyebarkan berita itu, lebih cepat entri anda di indexkan ke dalam Google. 🙂

3) Segera tulis apa-apa kejadian yang berlaku di sekitar anda. Walaupun ianya tidak penting pada orang lain, tetapi ianya amat unik. Usah berlengah, terus tulis di dalam entri anda. Jika tiada talian Internet, tulislah terlebih dahulu di dalam fail notepad supaya anda tidak terlupa nanti.

4) Lebihkah informasi di dalam entri anda. Usah taip panjang berjela tetapi informasi hanya satu perenggan sahaja. Uik. Penat pengunjung baca hingga ke akhirnya. Tetapi informasinya tak sampai sepenuhnya kepada pengunjung blog.

5) Bina atau tulis satu tajuk yang menarik.Bina tajuk yang menarik perhatian pengunjung. Mungkin boleh tulis yang yang berbentuk persoalan. Kadang kala tajuk berbentuk persoalan juga boleh membantu anda menarik perhatian pengunjung membaca entri anda.  Selalu perhatikan bagaimana tajuk berita di surat khabar. Contoh paling dekat ialah Harian Metro…

6) Tulis entri secara terus terang. Kurangkan penyampaian informasi yang berkias-kias. Ia akan membuatkan pengunjung anda tertanya-tanya jika apa yang anda sampaikan tidak di fahami dengan sempurna. Kadang kala ada orang sukar nak faham dengan bahasa yang berkias-kias.

7) Masukkan keyword-keyword yang sering menjadi carian di Search Engine. Bayangkan jika anda mencari informasi, apakah keyword yang anda akan gunakan. Contohny “macam mana nak buat teh tarik?”. Gunakan perkataan atau keyword itu di dalam entri anda. Selitkan keyword itu di dalam entri dan nampak ianya seperti biasa. Jangan banyak sangat masukkan keyword, takut entri jadi tunggang langgang.

8) Gunakan point atau nombor untuk menyampai beberapa fakta yang penting. Fakta-fakta yang penting tidak minat di baca dalam bentuk tulisan yang panjang. Ia akan membuatkan pengunjung terlepas pandang fakta-fakta yang penting dalam entri anda.

9) Entri tidak semestinya panjang. Kadang kala entri panjang membuatkan orang bosan nak baca. Lebih elok pendek tetapi padat dengan informasi. Tambahan pula apa yang nak di sampai itu di fahami dengan sempurna oleh pengunjung dan juga pembaca blog anda.

10) Baca kembali entri yang anda tulis sebelum publish. Kadang kala penulisan anda terlalu panjang dan mungkin tidak perlu di siarkan. Buang mana-mana perkataan yang tidak perlu supay menjadi entri anda lebih elok untuk tatapan pengunjung.

Haa mudahkan nak menulis blog. Bukan susah pun. Apa yang penting, informasi yang ditulis itu sampai terus kepada pengunjung atau pembaca blog kita.   Ini adalah beberapa pengalaman yang aku praktikkan  dan sumber-sumber dari internet di dalam penulisan blog. Bagaimana mudah kan…?

29 thoughts on “10 Cara Termudah Menulis Blog

    1. Shaffik

      Thumb up = ibu jari naik ke atas…wei kalau turun jb..inform yer? tak pernah lepak dengan ko laa..huuhuhuhuhu

      Reply
  1. Jmay

    Good info shaffik..sy nih pn msih belajar menulis lagi..maklum la..menulis dalam blog lain skit mcm menulis karangan msa zaman2 skolah dlu..hehe 😀

    Reply
    1. Shaffik

      Inilah asas yang utama. Paling mudah untuk menulis blog. Tak susah mana pun sebenarnya. Yang penting sustain.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      yes. We do not keep our opinion by our self. We should express and let other people know about it.

      Reply
  2. booguestwarrior

    salam bro,
    saya sdg berfikir2 bgmn utk mendptkan “1 cara termudah utk menulis 10 blog”….bro ada pendpt/pandangan?silalah berkongsi dgn pembaca.

    Reply
  3. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Tips PERCUMA Untuk Menarik Lebih Ramai Pengunjung

    1. Shaffik

      Sebenarnya jika ada minat yang mendalam, bakat itu boleh diasah untuk menjadikan ianya lebih baik dan bermutu.

      Reply
  4. nite

    hi..blh saya tanya pasal blog? blh kah kita copy mana2 fakta dari yahoo..?

    Reply
    1. Shaffik

      Boleh Copy, tapi kena letak laa satu caption di bawahnya mengatakan fakta itu di ambil dari mana. Lebih berhemah kan…

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Haa Kak Ain…lama tak dengar cerita…Boleh aja..nanti join bengkelblogging saya. Di jangka pada hujung bulan 10 nanti..Insyallah.

      Reply
  5. dhinai

    Terima kaseh atas segala info yang saudara Shaffik paparkan diatas kerana
    saya baru mula berjinak jinak dengan dunia blog ni, jadi tak berapa mahir lagi.
    dhinai recently posted..BAIK PULIH CYLINDERHEADMy Profile

    Reply
  6. Hr4eva

    sy bru je gne blog… sy nk tnye, bg beginner nak gne yg mne stu ek tok post comment? eg:google account, word press,live journal, type pad,AIM or openID?….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge