Positif…Positif…Positif

By | January 15, 2010

Jumaat yang lalu aku ada menulis sebuah entri “Bagaimana Menyelesaikan Masalah“.  Di akhir entir berkenaan aku menyatakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah adalah selalu berfikiran positif. Berfikiran positif ini bukan sahaja baik untuk perjalanan kehidupan seharian, malah ianya boleh membantu memotivasikan diri kita untuk menjadi lebih baik.  Jadi hari ini aku berkongsi sedikit informasi bagaimanakah cara untuk kita mendidik minda dan pemikiran kita untuk lebih positif. Dengan kata lain untuk mengurangkan dan menghindarkan pemikiran negatif dalam diri kita.

1) Latih diri kita untuk melihat dan berfikir lebih kepada positif.

Mungkin diri kita sudah biasa dengan pemikiran-pemikiran yang negatif. Negatif mungkin dah sebati di dalam diri kita. Itulah yang menjadi kekangan yang utama kita sering berfikiran negatif. Sebagai contoh, harga barangan naik, kita semua marah dek sebab kenaikkan barangan. Itu normal dalam masyarakat kita. Tetapi jika kita berfikiran positif, mungkin ada sebab mengapa kerajaan menaikkan harga barangan dan ada sesuatu di sebaliknya.

Mungkin kita kena kerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan wang yang lebih bagi menampung pendapatan keluarga. Jika sekarang kita hanya bekerja ala kadar sahaja, ubah cara kerja untuk lebih produktif. Ianya bukan sahaja menambahkan wang poket malah menambahkan lagi skill serta ilmu pengetahuan pada diri kita. Lihat inilah kesannya jika kita melihat sesuatu itu lebih positif.

Satu perkataan keramat yang biasa digunakan ” KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA AKU TIDAK?”

2) Selalu bercakap mengenai perkara yang positif.

Perbualan bersama-sama rakan sekerja, rakan-rakan yang lain dan ahli keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk pemikiran positif. Perbualan yang kosong dan tidak mendatangkan apa-apa hasil hanya merugikan sahaja. Mengapa tidak kita sesama kita memperbual satu topik yang lebih bernas dan mendatangkan hasil. Usah masukkan unsur-unsur negatif di dalamnya.

Tambahan lagi, janganlah selalu memperkatakan tentang hal orang lain. Dengan kata lain, jangan jaga tepi kain orang. Lebih banyak kita memperkatakan akan hal orang lain, bukan sahaja menambah dosa malah ianya memupuk diri kita berfikiran negatif.  Buang dan jangan bercakap mengenai orang lain lagi. Lebihkan bercakap mengenai perkara-perkara yang lebih positif.

3) Kawal percakapan anda dengan rakan-rakan.

Jangan mendidik diri anda untuk bercakap perkataan yang tidak sedap di dengar. Segala percakapan yang tidak elok akan melatih diri dan lidah untuk sering bercakap perkara yang negatif. Segala percakapan itu biarkan elok dan di senangi oleh rakan-rakan lain.Dengan erti kata lain jagalah segala tingkah laku kita dengan baik. Percaya atau tidak tingkah laku yang baik boleh mendidik diri untuk lebih berfikiran positif. Jaga perlakuan dan percakapan. Hindari diri dari menyakiti hati orang lain. Haa ini bukan sahaja kita yang akan berfikiran positif ia juga boleh mendidik rakan-rakan dan orang-orang yang berdekatan dengan kita untuk lebih berfikiran positif.

Inilah 3 cara yang mudah bagaimana untuk mengurangkan pemikiran negatif di dalam diri kita. Percayalah sedar tak sedar kita telah menanam terlalu banyak pemikiran negatif di dalam diri. Inilah sebenarnya menjadi kekangan untuk kita menjadi lebih baik. Baik dari segi pendidikan, kewangan dan realiti kehidupan. Sama-samalah kita mendidik diri kita untuk lebih positif.

12 thoughts on “Positif…Positif…Positif

  1. aktechpage.com

    Tp masalahnya….bila berhadapan dgn org yg hebat yg sentiasa berpandangan negatif terhadap orang lain. Contohnya org tua terhadap org muda. Dalam 10 org, mesti ada jgak yg bersikap negatif.

    Reply
    1. Shaffik

      Ini memang biasa dalam masyrakat kita. Yang tua tidak mengambil peranan yang penting. Jadi kita kena berfikiran positif. Jadi bila kita mula berfikiran positif, kita akan mendidik gologan muda yang lain berfikiran positif juga. Sedikit demi sedikit pemikiran negatif itu pudar di kalangan masyarakat.

      Reply
  2. booguestwarrior

    izinkan saya memberi pendapat,ini semua ada kaitan dgn minda separa sedar,sebenarnya apa yg kita fikirkan itu membawa/memberi kesan terhadap kehidupan seharian kita.

    cth mudah,kenapa seseorang yg miskin tu berterusan dlm kemiskinan?antara sbbnya cara mereka berfikir!kemiskinan mereka itu sentiasa melekat di dlm fikiran.maka yg terhasil kelak dlm kehidupan mereka hanyalah kemiskinan-Law Of Attraction.bahasa mudahnya berfikirlah dgn positif!

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Satu contoh mudah yang menjurus supaya kita lebih berfikiran positif. Wowo. Thanks Booguestwarrior.

      Reply
  3. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » PR Jatuh Ke? Jangan Bersedih.

  4. kipas mati

    saya nak tanya bagaimanakah sikap positif boleh membwa kebaikan kpada syarikat,dan industri serta komuniti???

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Berfikiran positif ini boleh di aplikasikan di semua tempat sebenarnya. Jika kita selalu berfikiran positif, secara tidak langsung kita kurang berfikir perkara yang tidak elok pada orang lain. Percaya atau tidak, itulah realitinya. Jika selalau berfikiran positif, kurangnya berfikiran tidak elok pada orang dan juga meningkatkan daya pemikiran kita untuk lebih maju ke hadapan. Dari situlah wujudnya pula motivasi diri untuk lebih majukan diri sendiri, syarikat serta komuniti. Sebabnya berfikiran positif lebih menjana minda untuk sentiasa bergerak memikirkan yang lebih baik pada masa hadapan. Harap jawapan ini dapat membantu.

      Reply
  5. Pingback: Blog Shaffik » Kita Tidak BODOH!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.