Pengorbanan Seorang Penulis Blog

By | January 13, 2010

Penulis blog pun ada pengorbanan ke? Tak percaya lah. Mungkin itu perkataan yang terpancul dari mulut orang-orang yang tidak menulis blog. Mungkin mereka menganggap penulis blog ni adalah kerja picisan yang mungkin tiada masa hadapan. Nak berkorban apanya? Bukak komputer, masuk internet dan taip jer la apa yang hendak di tulis. Berkorban apa lah sangat kan.

Itu mungkin pandangan dari orang biasa. Orang yang tidak pernah atau tidak mengetahui bagaimana kerja seorang penulis blog. Tambahan pula penulis blog macam aku yang menjadikan penulisan blog sebagai kerja sambilan atau part time. Jika penluis blog sepenuh masa atau full time blogger mungkin masanya lebih sedikit daripada penulis blog sambila atau part time blogger macam aku.

Jika seorang penulis sambilan seperti aku, masa agak terhad. Mungkin sebelah malam sahaja punyai masa untuk menulis. Ataupun di hujung minggu. Tambahan pula jika berkahwin dan ada anak. Wah lagi gawat kan. Bila masanya nak menulis?

Haa di sinilah wujudnya pengorbanan itu. Yang paling utamanya pengorbanan masa. Macam aku, aku memulakan segala kerja blogging pada jam 9.30 atau 10.00 malam. Aku mengupdate semua blog. Yang menjadi keutamaannya adalah blog-blog yang mendapat tarikan advertiser untuk melabur di dalam blog aku. Kadang kala, tak cukup tangan di buatnya. Hendak ke tak nak, memang kena buat. Semuanya untuk menjaga reputasi dan kredibiliti kita dalam berblogging.

Kadang kala berlanjutan sehingga jam 12.30 malam ataupun 1 pagi. Ini belum lagi termasuk membuat menulis entri yang panjang, link building, kemas kini paparan blog, membuat bidaan untuk mendapatkan job dan macam-macam lagi. Pengorbanan masa itulah yang paling utama yang selalu di lakukan oleh penulis-penulis blog sambilan macam aku.

Pengorbanan kedua adalah bil Internet dan bil elektrik. Bila berkerja dengan laptop dan Internet sudah pasti bil-bil ini menjadi taruhan utama dalam kerja-kerja blog. Setiap bulan kita mestikan berkorban untuk membayar kedua-kedua bil ini. Jika tidak tak dapak laa menulis blog bila talian Internet dan Elektrik kena potting kan.

Ketiganya adalah pengorbanan tenaga. Aku akui bukan senang untuk mempertahankan blog yang kita bina untuk satu tempoh yang panjang.  Jika ianya jarang di update, blog akan menjadi mati. Pengunjung pun lari. Keringat tenaga dan minda perlu digunakan sepenuhnya untuk memastikan blog kita sentiasa mendapat pengunjung yang berterusan. Untuk medapat rentak yang betul bukanlah boleh di rasai untuk sebulan dua.  Di sinilah pengorbanan tenaga itu penting untuk memperkukuhkan ketahanan diri menjadi seorang penulis blog.

Bagaimana pula jika talian Internet mengecewakan setiap hari? Hendak atau tidak penulisan blog mesti di teruskan. Percaya atau tidak ada penulis-penulis blog yang sanggup mencari Cyber Cafe semata-mata untuk mengemaskini blog. Banyangkan jika cyber cafe itu jauh dari rumah, pada waktu malam pulak tu? Tetapi inilah pengorbanan seorang penulis blog yang ramai tidak tahu.

Jika penulis blog sudah berkahwin pula, bagaimana ya? Jika sudah berkahwin pengorbanan pasangan pula yang utama. Ianay meliptu perlbagai aspek pengorbanan dari pasangan. Adakah dia memahami apa yang di buat oleh pasanganya. Adakah pasangan menerima masa yang dibahagikan oleh pasangan terhadapnya? Bagaimana pula pasangan sanggup berkorban menjaga anak-anak tatakala pasangan sedang menulis blog. Bagaiman pasangan boleh menerima kerja yang di buat oleh penulis blog seadanya?  Banyak lagi yang boleh di kategorikan sebagai pengorbanan pasangan masing-masing.

Inilah antara pengorbanan-pengorbanan yang sering di lakukan oleh seorang penulis blog. Mungkin banyak lagi aku tidak sempat aku senaraikan di sini. Inilah realitinya kehidupan sebenar seorang penulis blog. Tetapi jika segala pengorbanan ini di hargai melaui penghargaan pengunjung-pengunjung blog, itu satu kepuasan yang tidak ternilai oleh seorang penulis blog. Itulah kemanisan yang di kecapi oleh penulis blog jika segala penulisannya di hargai. Dari usaha, berkorban, semangat dan akhirnya mendapat pulangan yang berbaloi. Ini sudah mampu membuat penulis blog tersenyum seorang diri.

13 thoughts on “Pengorbanan Seorang Penulis Blog

  1. norfadli

    sebagai tanda penghargaan dan pengorbanan yang anda berikan senyum nuff….itu saja yang mampu saya bantu….

    Reply
    1. Shaffik

      Itulah yang ramai tak tahu. Mereka menganggap, blogger adalah kerja picisan sahaj. Tetapi kalau di Oversea, blogger mendapat perhatian dari orang ramai.

      Reply
  2. tenteraangin

    salam singgahb 🙂

    blogger ni kerja mulia kalau content kita berkualiti..
    Kat Malaysia ni x de kesedaran terhadap IT lagi..

    so tu pasal bila dengar pasal blogger x leh jamin masa depan

    Reply
    1. Shaffik

      Aku setuju. Mungkin kekangan kesesadan terhadap IT itu kurang. Sebab pelbagai tomahan yang di lemparkan kepada blogger. Mungkin entri ini memberikan sesuatu informasi yang baru untuk mereka.

      Reply
  3. denaihati

    Terima kasih blogger hebat sudi singgah di blog picisan denaihati.

    Majoriti rakyat Malaysia terutama Melayu apabila meninggalkan zaman belajar maka semua ditinggalkan TETAPI dengan berblogging ni boleh memotivasikan kita untuk membaca, menulis dan berfikir untuk menghasilkan posting baru. Kalau tidak mati peraggan lah MINDA kita ni. Tak Gitu???

    Reply
  4. boy_bersahaje

    Pengorbanan yang dibuat oleh blogger lebih cenderung kepada individu. Tak dapat dinafikan, pengorabanan itu jarang di nampak oleh pembaca. Memangla blogger ade sesetengah mencari pendapatan dari blognya, tapi mereka juga memberikan info yang kita sendiri tidak ketahuinya. Blogger yang jujur memberi tips dan idea. Blogger plak mencari dan berkongsi dari pegalamanya yang mungkin tiada di dalam blog yang lain. Nah, itulah pengorbanan terbesar seorang blogger yang hanya dapat dilihat dengan mata halus. Pengorbanan yang tersirat di sebalik blog.

    Reply
  5. samdaddycool

    Semua kat atas tu aku setuju. Memang tak dapat lari dengan cabran dan rintangan. Semuanya memerlukan pengorbanan, di samping usaha dan kerajinan. Disiplin pula memainkan peranan bila kita diserang penyakit malas dan takde mood.

    Reply

Leave a Reply to Shaffik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.