Sampai bila nak berblogging?

By | January 10, 2010

Blogging bukan satu benda yang asing bagi kita semua. Blogging atau bahasa melayunya menulis blog semakin menjadi sebutan, rebutan dan kegilaan pada masa kini. Ramai yang berlumba-lumba untuk menulis blog. Ramai yang berlumba-lumba untuk menulis entri yang boleh di kongsikan bersama-sama pengunjung-pengunjung di luar sana.

Aku tiba-tiba terfikir, sampai bilakah aku akan terus menulis blog? Sambil menjaga dan melihat keletah anak aku bermain, entah kenapa tiba-tiba kepala otak aku ni bertanyakan persoalan ini? Satu persoalan yang bermain-main di fikiran aku sepanjang hujung minggu ini. Aku bermuhasabah diri untuk mencari jawapan persoalan dalam diri aku. Yang menjadi persoalan utama, mampukah aku meneruskan penulisan blog ini.

Setelah mengkaji dan bermuhasabah diri, aku menemui satu jawapan yang mungkin aku boleh jadikan panduan . Aku akan terus berblogging selagi Internet di Malaysia ini berfungsi dengan baik dan selagi aku bernyawa. Maksudnya selagi ada Internet aku akan terus untuk berblogging dan berkongsi maklumat dengan pengunung juga rakan-rakan lain di luar sana.

Mengapa aku begitu bersemangat untuk meneruskan penulisan blog (blogging) ini ya?

1) Aku sayang sangat dengan Shaffik.com. Shaffik.com adalah nyawa aku di dunia maya. Shaffik.com adalah tempat aku meluahkan segala-galanya. Baik dari aspek kegembiraan, kedukaan, pengalaman, kisah lucu, dunia blogging dan macam-macam lagi. Ianya mempunyai nilai yang tersendiri.

2) Aku tidak akan gagal sekali lagi dalam dunia Internet. Setelah aku kecewa dengan program-program internet suatu ketika dahulu, aku tidak mahu gagal lagi. Setelah puas berfikir, tak kan aku nak terus menyerah kalah. Tak kan aku nak biarkan segalanya percubaan aku gagal. Aku mahu terus berfikiran positif dan aku tidak akan gagal lagi.

3) Aku tidak akan runtuhkan tapak yang telah aku bina selama satu tahun lebih ini. Aku tak akan biarkan penat lelah itu di balas dengan kekecewaan dan kedukaan. Aku akan jaga tapak yang aku bina akan terus kukuh di dunia Internet.

4) Aku tidak rela Shaffik.com dan blog-blog aku yang lain di ambil orang. Terutamanya shaffik.com. Shaffik.com adalah milik aku. Pengenalan aku di dunia blogging dan dunia Internet. Aku tidak rela ianya di rampas oleh orang lain yang mungkin mempunyai nama atau ejaan yang sama dengan aku.

5) Aku tidak rela pengunjung blog aku tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Shaffik? Mengapa penulisan blognya di berhentikan. Dengan kata lain aku tidak rela kehilangan pengunjung dan rakan-rakan di dunia Internet.

6) Aku tetap akan meneruskan blogging ini sebagai sumber pendapatan tambahan pada aku dan keluarga. Sebabnya, hampir satu tahun lebih aku boleh menjana wang sampingan dengan berblogging. Wang berblogging banyak membantu aku dalam perbelanjaan aku sekeluarga untuk sebulan. Jadi mengapa aku perlu berhenti blogging? Aku perlu meneruskan usaha ini untuk mendapat lebih lagi pada tahun ini.

Sebab-sebab ini yang menguatkan semangat aku untuk terus berblogging. Penulisan blog aku tidak akan berhenti selagi nyawa, kederat dan talian Internet masih ada. Bagaiman pula dengan rakan-rakan yang lain?

8 thoughts on “Sampai bila nak berblogging?

  1. poji

    betul bro. pertahankan tapak yg dibina. kekecewaan yg dulu tidak semestinya berlarutan. dan hari ni tidak semestinya dulu adalah sama dengan sekarang. habiskan masa yg banyak dan tiba-tiba nak buang gitu je . hah saya tak setuju…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.