Bagaimana Menyelesaikan Masalah…

By | January 8, 2010

Hidup kita ini memang tidak akan lari daripada masalah.  Setiap pagi bangun dari tidur kita tidak akan terlepas daripada masalah. Ini yang akan membuatkan kita bosan dengan kehidupan seharian kita. Kadang-kala masalah yang kita hadapi itu menjadi terlalu membebankan kita. Mungkin bukan setakat kita sahaja, malah ia memberikan kesan yang buruk kepada Isteri, anak, ahli keluarga dan mungkin kepada rakan-rakan sekerja. Sehinggakan kepala otak atau minda kita asyik memikirkan masalah. Ianya boleh menjadi rutin yang menyebabkan kita bosan melakukan perkara yang sama dan memikirkan masalah yang sama setiap hari.

Bagaimana untuk mengatasi dan mengawal diri kita daripada di selubungi dengan segala masalah ya? Aku bukanlah seorang pakar motivasi atau terro dalam mengatur mengurus masalah. Tetapi pendapat aku ini hanyalah untuk di kongsikan bersama.

Kita selalu berfikir untuk tidak ada masalah dalam hidup. Tetapi kita tidak mahu sedaya upaya menyelesaikan masalah yang membebani kepala otak kita semua. Mengapa ini semua terjadi? Satu sebab utama sebab kita tidak fokus. Tidak fokus untuk menyelesaikan masalah sebaik mungkin. Cuba ambil masa yang sesuai untuk memikirkan mengapa masalah itu berlaku?

Apakah punca utamanya? Ambil pendekatan untuk merendah diri. Muhasabah diri dan mungkin anda akan menemui penyelesaian yang sebaik-baiknya. Mungkin segala masalah yang timbul adalah daripada anda sendiri.

Kita selalu berfikir untuk tidak ada masalah dalam hidup, tetapi kita sering berfikir dan memasukkan masalah-masalah dalam kepala otak kita. Itulah yang menjadi punca utama masalah. Kita lebih merelakan masalah membanyangi hidup kita. Sebagai contoh ; kita selalu membayangkan nak pergi kerja traffic jam, alamak banyak kerja tak siap di office, takut nak meeting dengan bos, nanti petang balik nak melayan anak pulak. Ini semua masalah yang sering kita banyangkan semasa bangun dari tidur.  Walhal perkara-perkara ini masih lagi belum terjadi.

Jadi untuk mengatasi segala masalah yang di hadapi, kita kena selalu berfikiran positif dan cemerlang di awal pagi selepas bangun tidur. Tanamkan dalam hati, aku mesti lebih bagus daripada semalam. Aku tidak akan kecewa lagi seperti hari-hari yang lepas. Jika masih banyak kerja di pejabat, katakan dalam diri, aku akan siapkan semua kerja tu hari ini. Bukan banyak sangat. Habiskan segala kerja sebelum pulang kerja. Jangan bertangguh-tangguh yang boleh menyebabkan timbulnya masalah di hari esok.  Selain berfikiran positif dan cemerlang, fikirlah bagaiman untuk menyelesaikan masalah anda. Bukan hanya berfikir tentang masalah tetapi tidak memikirkan apakah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Fikir-fikirkan lah…

**Terima Kasih kepada iMotivasi.

7 thoughts on “Bagaimana Menyelesaikan Masalah…

    1. Shaffik Post author

      Yes kenwooi, You are right. Commitment also important to solved our problem. Thanks for visiting.

      Reply
  1. boy_bersahaje

    Bagi pendapat aku, masalah membuatkan seseorang berfikiran lebih matang. Masalah jugak buatkan kita belajar dari kesilapan dan mengasah pemikiran yang tajam. Manusia yang banyak masalah dan dapat selsesaikan masalah dengan baik itulah manusia yang berjaya. Mustahil dalam hidup tak de masalah kan?

    Reply
    1. Shaffik

      Yup. Hidup ini memang tak lepas dari masalah. Tetapi jika masalah itu yang menyebabkan kita selalu kemurungan, letih, takder mood untuk pergi kerja..ini dah tahap kronik dah beb.

      Reply
  2. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Mendidik Minda Untuk Lebih Positif.

  3. fiqa'

    saya selalu tak der moot bila berdepan dgn orang yang saya sayang selalu tak nak bercakap…..adakah saya perlu berdiam diri juga….masalah pun tak nak kongsi…rasa cam susah nak teruskan hidup….letih

    Reply
    1. Shaffik

      Fiqa, kalau macam ni, awak yang kena banyak bercakap. Orang yang macam tak suka bercakap perkara yang tidak berfaedah. Cuba awak berbual atau bercerita tentang perkara yang dia suka. Mungkin dia akan rancak berbicara.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.