Perlu Kejujuran Dalam Berblogging

By | January 6, 2010

Setelah lebih satu tahun lebih berblogging, semakin hari semakin seronok untuk menulis. Menulis bukan sahaja kisah-kisah peribadi aku, tetapi menulis untuk menambah pengetahuan kepada rakan-rakan pengunjung yang lain. Kalau di lihat dari tajuk di atas, aku tak pasti adakah pengunjung 100% bersama-sama setuju dengan pendapat yang aku utarakan.

Pernah ada seorang rakan mengatakan, dalam menulis blog mestilah ada kejujuran. Aku pun tak ambil kisah atau tak ambil port pun hal-hal sebegini. Tetapi setelah betul-betul duduk dalam dunia blogging baru aku merasakan bahawa kejujuran itu penting dan setiap entri yang kita tulis. Kejujuran kita bercerita dan menulis itulah sebagai pemangkin untuk menarik perhatian pengunjung untuk terus datang ke blog kita lagi pada masa akan datang.

Kejujuran ini meliputi penulisan yang taipkan di atas keyboard kita. Kejujuran ini mestilah lahir dari hati kita sendiri. Fokus, berfikir dan menulis dari hati itulah yang di katakan kejujuran dalam berblogging. Barulah setiap cerita atau entri yang kita tulis itu mempunyai nilai atau value yang tersendiri. Mungkin anda tidak perasan ada 1 2 cerita atau entri anda menjadi tatapan berulan kali daripada silent reader anda. Mereka ini tidak meletakkan komen, tetapi mereka suka membaca entri-entri anda yang baru atau yang lepas-lepas. Mereka tertarik untuk datang dan berkunjung lagi ke blog anda. Dari sinilah letakkan harga atau nilai blog anda.

Setiap penulisan mestilah ada kejujuran. Setiap apa yang ingin di sampaikan mestilah jujur dan tiada apa-apa yang perlu di selindungkan kepada para pembaca. Ini termasuk perkara yang anda semua tahu ataupun tidak tahu. Jika tidak tahu atau ragu-ragu, tuliskan di akhir cerita anda yang anda inginkan kepastian. Mungkin para pembaca tahu apa yang anda inginkan. Disinilah wujudnya komunikasi dan menambah ilmu bukan sahaja kepada pembaca lain, tetapi kepada pemilik blog itu sendiri.

Dari segi komen pula bagaimana ya? Dimanakah pula kejujuran memberi komen dan memberi komen. Kebiasaannya pembaca memberi komen yang jujur. Sampai ada yang menulis komen ditambah pula dengan perkataan yang tidak elok yang mungkin mereka tersilap tafsir atau memang betul-betul tidak berpuas hati dengan entri yang di baca. Jadi jika ini berlaku kepada blogger-blogger semua. bagaimana ya? Adakah anda akan menyiarkan komen tersebut?

Susah nak jawab kan. Tapi bagi aku, aku tetap akan menyiarkan komen-komen berkenaan. Asalkan komen tersebut tidak berbentuk fitnah, menyetuh soal agama dan perkara-perkara yang senangkatan dengannya. Bagi aku setiap komen yang diberikan oleh pembaca-pembaca adalah satu penghargaan untuk aku. Jika mereka menyokong apa yang aku tulis, aku amat menghargainya. Jika mereka tidak setuju, aku juga menghargainya. Ya lah, masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Yang penting kejujuran aku dalam berblogging. Sebab tu aku masih lagi bertahan sehingga kini.

Tiada apa yang perlu aku selindungkan dalam penulisan blog. Bagi aku apa yang aku tulis, hanya untuk satu niat. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan rakan-rakan lain. Itu sahaja. Sebab itu shaffik.com masih lagi menerima pengunjung tetap seperti biasa. Ada yang selesa menjadi silent reader. Ada juga yang setia meletakkan komen di setiap entri yang aku buatkan. Ini semua kerana…kejujuran dalam berblogging. Jadi anda semua bagaimana ya?

12 thoughts on “Perlu Kejujuran Dalam Berblogging

  1. Kreuger

    memang betoi beb. menulis blog peribadi
    ni pada aku memang mementingkan kejujuran.
    tapi tak semestinya kita cita satu perkara
    tuh secara detail. ada jugak perkara yang
    kita perlu kaver demi kepentingan kita dan juga
    maruah orang lain.

    menulis ketika marah dapat meleraikan ketegangan
    yang dipendam sorang diri. tapi tengok lah macam
    mana nak dileraikan. selalunya blog peribadi ni
    lebih banyak silence reader daripada komentor.
    jangan ambik pusing perkara ni. tadek komen
    bukan bermakna tadek orang baca.

    pengalaman yang dicatat dan dikongsi bersama
    kadangkala dapat dijadikan iktibar untuk rakan2.
    mereka mungkin segan untuk berkata-kata atau
    berkomen, tapi apabila kita mengetahui bahawa perubahan
    diri mereka adalah bermula dari blog kita, kita
    akan rasa terharu dan kagum.

    teruskan menulis beb dan selamat maju jaya!

    Azman Ishak®

    Reply
    1. Shaffik

      Bro, aku suka perenggan yang kedua. Meleraikan kemarahan. Memang betul, di bloglah tempat kita meluahkan segalanya. Tetapi jika ianya di halusi dengan penulisan yang baik, ianya pasti akan lebih menarik.

      Reply
  2. aktechpage.com

    Setiap ilmu/pengalaman yang dikongsi di setiap post entry oleh blog owner adalah amal jariah yg dapat pahala jika org lain membacanya dan mendapat manfaat drpd sesatu post entry itu.

    Salah satu kelebihan blogging pd pendapat saya 🙂

    Reply
    1. Shaffik

      Betul tu bro. Segala ilmu yang dicurahkan itu bukan sekadar berkongsi. Tetapi juga insyallah mendapat pahala jika orang yang memanfaatkan ke arah yang betul.

      Reply
  3. Nazz

    Sebenarnya banyak bergantung pada jenis entry atau post satu2 blog.. adakah ianya jenis serius, humor, mengarut, pendidikan, peribadi, politik, bisnes dsbnya. Ambil contoh blog humor.. ianya tidak menarik jika tidak diselitkan dengan sesuatu yang rekaan yang secara jujurnya tidak berlaku pun…

    Reply
    1. azizan4444

      slm bro,

      setuju ngn bro nazz..ia bergantung kepada penulisan dan bagaimana penyampaian kita kepada pembaca…dr situ,pembaca dpt lihat kejujuran dlm penulisan kita…

      menulis blog personal memerlukan kejujuran krna dr situ org akan tgk peribadi kita..ad pepath mnegtakan penulisan seseorng menggambarkan keperibadiannya..

      tetapi kdg2 ad jgk penulis berbeza karakter..di luar dan dlm penulisan di blog…

      Reply
      1. Shaffik Post author

        Haa yang ini pun satu hal jugak. Dalam blog lain kat luar lain…mungkin akan aku kupaskan di entri yang akan datang.

        Reply
    2. Shaffik

      Aku setuju bab ini. Kalau ianya bebentuk humor. Mungkin penulisan akan menjadi gurauan yang membuatkan pembaca tergelak keseorangan di depan PC.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Philip..ini jujur maa..tgk you tak jujur you ada cakap maa…hahahahha..anyway thanks for visiting.

      Reply
  4. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Bagaimana Menghasilkan Penulisan Yang Berkualiti?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.