Betapa Besarnya Kuasa Blog.

By | January 3, 2010

Dahulu aku memang buta tentang blog. Malah aku memang tak minat menulis atau pun mempunyai blog. Sebab aku merasakan blog hanya semata-mata catatan harian biasa. mengapa pula aku nak berkongsi cerita-cerita aku dengan pengguna lain kan? Membuang masa aku sahaja. Lebih baik aku buat kerja yang berfaedah.

Itulah tanggapan aku suatu ketika dahulu kepada penulisan blog. Boleh aku kata penulisan blog tiada masa hadapan. Tak dapat apa-apa jika kita menulis blog. Tetapi itu dahulu. Kini segalanya berubah. Setelah berkecipung dalam dunia blogging, baru aku tau mengapa dahulu ramai yang menulis blog.

Tetapi entah kenapa aku buat juga satu blog percuma dari platform blogspot. Pada mulanya nak tulis pasal komputer tetapi aku ubah 100% tentang pengalaman dalam kehidupan seharian aku. Kenapa agaknya ya? Bila aku menulis pasal personal life aku, pengalaman-pengalaman lampau, kisah kanak-kanak, isu semasa dan berbagai-bagai lagi. Aku menjadi suka pulak. Aku menjadi semakin tertarik untuk menulis cerita-cerita yang lebih bagus untuk tatapan pengunjung aku.

Dahulu blog aku memang tak ramai pengunjung. Tetapi bila penulisan aku semain mendapat perhatian, pengunjung ke blog aku semakin bertambah. Semakin hari semakin ramai yang datang untuk mendapat cerita-cerita yang baru. Setiap penulisan insyallah pasti ada komen yang bernas. Itulah yang aku tunggu-tunggu apabila selesai menulis. Sehinggakan ada rakan-rakan yang menghantar sms jika aku terlewat meng”update” blog. Pernah sekali shaffik.com down selama seminggu. Wah, ada rakan-rakan yang menelefon dan sms bertanyakan perihal blog aku. ¬†Aku merasakan sungguh terharu sekali.

Inilah sebenarnya yang di cari-cari oleh setiap blogger di dunia. Penulisannya mendapat perhatian dan mendapat komen yang bernas. Bermaksud, sebagai blogger ianya bukan sahaja menyampaikan cerita-cerita, tetapi penulisannya itu mempunyai nilai yang tersendiri. Hanya para pembacanya sahaja yang boleh menilainya. Mungkin cerita atau penulisan seorang blogger itu  sangat berguna pada pembaca-pembaca yang lain. Mungkin cerita yang aku tulis ketika ini menjadi carian utama pada 2 atau 3 tahun yang akan datang. Siapa yang tahu kan.

Pembaca atau pengguna internet sentiasa mencari informasi atau maklumat di enjin carian terkemuka seperti Google, Yahoo, MSN, Bing dan macam-macam lagi. Dari mana informasi atau maklumat ini semua ini di cari ya? Kebanyakkannya adalah daripada blog-blog yang di bina oleh bloggers di seluruh dunia. Jika pengguna-pengguna Internet mencari maklumat dalam Bahasa Melayu, besar kemungkinan semua informasi datangnya dari blog-blog yang berbahasa melayu. Kalau tak percaya, cari maklumat yang berbahasa melayu? Periksa result carian anda. Lihatlah betapa besarnya pengaruh blog di dunia Internet. Dan sebab itulah aku terus berblogging. Sedar tak sedar sudah 1 tahun lebih aku berblogging. Dan percaya atau tidak inilah kerja part time yang paling lama aku buat. Kerana apa? Aku sentiasa ingin berkongsi maklumat dan mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan lain di dunia Internet. Inilah kuasa blog yang utama.

9 thoughts on “Betapa Besarnya Kuasa Blog.

  1. aman

    sekarang nie industri blog negara dah banyak berkembang, insyaAllah tahun nie, mungkin lebih ramai akan muncul dengan blog-blog yang lebih menarik lagi.

    Reply
  2. Sain-Web.Com

    Saya pun baru nak bermula berblog…baru je ada blog peribadi..banyak lagi ni nak belajar cara2 nak cari idea apa nak di post blog peribadi ni…walau apapun, blog memang punya kuasa di enjin carian..

    Reply
  3. aktechpage.com

    Dulu saya pernah gagal dlm blogging kerana kemalasan dlm update blogging.

    Tetapi sekarang tidak lg slps melihat industri blogging semakin maju dan meriah, Malahan saya berharap dapat menjadikan blogging sbg satu hobi di samping dapat kenalan baru. Bahkan Dapat duit pun adalah satu bonus walaupun masih lg belum menjana duit drpd blogging spt saudara Shaffik. Ini kerana berblogging dapat meningkatkan kreativiti seseorang dan mengisi masa lapang dgn lebih berfaedah. Malah menurut Dr. HM Tuah(Pakar Motivasi), menulis sesuatu boleh meningkatkan daya kreativiti dan merangsang sel2 otak menjadi lebih aktif dan cerdas.

    Blogging juga berpeluang memenangi hadiah menarik dalam sesuatu pertandingan yang dianjurkan di internet.

    Pendek kata, blogging itu cool. hehehehe

    ps: harap2 dapat mengekalkan konsistensasi dlm blogging

    Reply
    1. Shaffik

      Wah satu benda baru yang aku belajar hari ini. Blogging meningkatkan daya kreativiti dan merangsang sel otak. Wow. Thanks ak.

      Yang penting blogging cool.

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Itu laa pasal. Dengan berblog ni boley buat orang addict..tapi jika di gunakan masa yang ada sepenuhnya kepada berblogging, mungkin kita akan jumpa pelbagai lagi kisah-kisah menarik di Internet. Macam-macam hal.

      Reply

Leave a Reply to aman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.