Bengkel Asas Blogging

By | January 2, 2010

Semalam aku menulis tentang azam 2010. Azam yang kedua adalah mengadakan bengkel asas blogging. Bengkel asas blogging ini di jalan bersama-sama dengan rakan baik dan juga rakan blogger aku Nuaeman. Apa itu Bengkel Asas Blogging tu yer?

Bengkel Asas Blogging ini di wujudkan khas untuk sesiapa sahaja di luar sana. Bengkel terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempunyai satu blog .com sendiri. Bengkel ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudah pun mempunyai blog blogspot tetapi tidak tahu bagaimanakah cara untuk upgrade kepada blog .com.

Dunia Internet semakin berkembang pesat ketika ini. Semua orang berlumba-lumba untuki memiliki satu blog .com sendiri. Satu blog .com yang lebih menarik dan mempunyai nilai yang tersendiri. Alangkah ruginya jika ANDA tidak lagi mempunyai blog sendiri. Bayangkan jika 1 atau 2 tahun akan datang. rakan-rakan anda yang lain sudahpun mempunyai blog .com sendiri, tetapi anda masih lagi tercari-cari sumber untuk membina sebuah blog. Rugi kan. Aku pasti ramai yang di luar sana tertanya-tanya, bagaimanakah caranya untuk memiliki satu blog .com sendiri? Bagaimana membina blog .com dengan hasil tangana kerja anda sendiri? Bagaimana menyelenggara blog .com anda sendiri? Bengkel Asas Blogging adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Mungkin ramai di luar sana tahu menggunakan myspace atau facebook untuk menyalurkan informasi kepada rakan-rakan atau para pelanggan. Tetapi tahukah anda bahawa dengan ada satu blog anda sendiri, segala informasi dapat di salurkan dengan lebih baik dan lebih teratur.

Blog laman sosial adalah lebih tertumpu kepada aktiviti harian anda dan rakan-rakan anda yang lain. Tetapi dengan blog anda boleh mencatat aktiviti anda sendiri dan mendapat perhatian daripada rakan-rakan yang lain. Di sinilah nilai penulisan anda di hargai oleh orang lain. Ketika inilah anda merasa bahawa anda bukan keseorangan. Anda berpotensi mempunyai ramai silent reader dan rakan-rakan yang sukakan penulisan anda. Apakah perasaan anda jika setiap penulisan anda mendapat perhatian?Menarik Bukan?

Ini semua akan di ajarkan secara praktikal di Bengkel Asas Blogging. Anda akan di tunjukkan satu persatu dari mula anda membeli domain dan hosting, setup blog .com, konfigurasi wordpress, menggunakan wordpress, memasan plugin di dalam wordpress, mempromosikan semua penulisan anda kepada orang ramai dan juga mendengar pengalaman rakan-rakan blogger yang lain.

Bagaimana domain dan hosting pula ya? Jangan risau. Bengkel Asas Blogging ini memberikan anda satu domain dan hosting secara PERCUMA. Bengekel Asas Blogging ini di jalankan selama 2 hari 6 hingga 7 Februari 2010 bertempat di UTM Skudai. Semua makan dan minum juga diberikan selama 2 hari tersebut. Jadi tak perlu mencari makanan di luar UTM. Semuanya disediakan untuk Anda. Jadi rebutlah pelung keemasan ini. Jangan bertangguh lagi untuk memiliki satu blog .com sendiri. 28 tempat masih kosong lagi. Untuk maklumat lanjut layari http://bengkelblogging.com.

SELAMAT Berblogging….

12 thoughts on “Bengkel Asas Blogging

    1. Shaffik Post author

      Phillip,
      You di mana. Kami boleh suggestkan hotel-hotel yang murah dan berdekatan dengan tempat lokasi..

      Reply
  1. boy_bersahaje

    Tahniah shaffik.com!!! Ini lah yang aku tunggu2. Alhamdulillah semakin berkemajuan. Semoga kalain berdua dapat memberikan yang terbaik untuk peserta kelak. Yang Terbaik Dari Ladang!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.