Selamat Datang 2010

By | January 1, 2010

Selamat Tahun Baru dari Shaffik.com. Aku pasti ramai yang cuti hari ini. 2010 membuka satu lembaran baru bagi semua. Bagaimana azam anda semua pada tahun lepas? Tercapai atau tidak? Biasa lah pasti ada yang terlaksana semua dan tidak kurang juga masih lagi belum tercapai. Pada yang dah tercapai bagus dan tahniah, pada azam-azam yang masih belum tercapai mungkin boleh di cuba pasa tahun ini.

Shaffik macam mana pula ya? Azam 2009 dah tercapai ke belum? Alhamdullilah azam aku pada 2009 terlaksana sudah. Pertama aku berazam pada Januari 2009 untuk memiliki sebuah rumah untuk kami sekeluarga. Alhamdullilah tercapai sudah. Baru semalam ambik kunci rumah.  Belum masih lagi. Nak buat sedikit pengubahsuaian. Lega rasernya hati bile dah ada kunci di tangan. Keduanya ialah menukar handphone Sony Ericsson yang dah dekat 3 tahun aku pakai kepada Nokia E71. Minggu lepas aku telah pun membeli Nokia E71 sebagai satu hadiah kepada diri sendiri.

Azam yang ketiga adalah untuk menjana wang daripada blogging. Alhamdullilah aku berjaya menjana wang dari Internet. Semua daripada blog. Pendapatan blog banyak membantu dalam personal financial aku setiap bulan. Alhamdullilah. Jadi apa pula azam Shaffik 2010 ya?

Berikut adalah 7 Azam Shaffik pada 2010.

1) Mengurangkan kos pembayaran hutang kad kredit. Jika di izinkan Tuhan, aku ingin melangsaikan semua hutang kad kredit aku pada tahun 2011.

2) Menjalankan bengkel asas blogging bersama-sama Nuaeman.com. Malam nanti aku akan cerita dengan lebih lanjut.

3) Menambah blog-blog niche aku untuk sustain pendapatan dari blog RM750 sebulan. Ini main targer aku sebenarnya.

4) Membelikan isteri aku sebuah rantai emas. Agak sukar tapi aku aku usahakan.

5) Memperbaiki lagi mutu aku di tempat kerja. Tujuan utama untuk kenaikkan gaji sehingga 40%.

6) Mengurangkan atau terus berhenti menghisap rokok.

7) Membawa isteri dan anak aku bercuti. Tak kiralah di Pantai ker, Pulau ker atau ke mana sahaja.

Inilah azam aku pada 2010. Aku akan berusaha untuk mencapai kesemuanya. Bagi anada pula bagaimana? Aku pasti semua orang mempunyai Azam yang tersendiri kan.


8 thoughts on “Selamat Datang 2010

  1. Fatin Pauzi

    Semoga tercapai apa yang awak impikan Shaffik. Niat untuk keluarga, InsyaAllah, dimakbulkan Allah. Bertuah isteri awak. 😉

    Reply
  2. Thoha

    Salam bro shaffik…
    wah…semoga azam akan tercapai..
    semoga di tahun baru ini juga bro akan mengecapi lebih banyak kejayaan…

    Reply

Leave a Reply to aktechpage.com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.