Selamat Tahun Baru dari Shaffik.com. Aku pasti ramai yang cuti hari ini. 2010 membuka satu lembaran baru bagi semua. Bagaimana azam anda semua pada tahun lepas? Tercapai atau tidak? Biasa lah pasti ada yang terlaksana semua dan tidak kurang juga masih lagi belum tercapai. Pada yang dah tercapai bagus dan tahniah, pada azam-azam yang masih belum tercapai mungkin boleh di cuba pasa tahun ini.
Shaffik macam mana pula ya? Azam 2009 dah tercapai ke belum? Alhamdullilah azam aku pada 2009 terlaksana sudah. Pertama aku berazam pada Januari 2009 untuk memiliki sebuah rumah untuk kami sekeluarga. Alhamdullilah tercapai sudah. Baru semalam ambik kunci rumah. Belum masih lagi. Nak buat sedikit pengubahsuaian. Lega rasernya hati bile dah ada kunci di tangan. Keduanya ialah menukar handphone Sony Ericsson yang dah dekat 3 tahun aku pakai kepada Nokia E71. Minggu lepas aku telah pun membeli Nokia E71 sebagai satu hadiah kepada diri sendiri.
Azam yang ketiga adalah untuk menjana wang daripada blogging. Alhamdullilah aku berjaya menjana wang dari Internet. Semua daripada blog. Pendapatan blog banyak membantu dalam personal financial aku setiap bulan. Alhamdullilah. Jadi apa pula azam Shaffik 2010 ya?
Berikut adalah 7 Azam Shaffik pada 2010.
1) Mengurangkan kos pembayaran hutang kad kredit. Jika di izinkan Tuhan, aku ingin melangsaikan semua hutang kad kredit aku pada tahun 2011.
2) Menjalankan bengkel asas blogging bersama-sama Nuaeman.com. Malam nanti aku akan cerita dengan lebih lanjut.
3) Menambah blog-blog niche aku untuk sustain pendapatan dari blog RM750 sebulan. Ini main targer aku sebenarnya.
4) Membelikan isteri aku sebuah rantai emas. Agak sukar tapi aku aku usahakan.
5) Memperbaiki lagi mutu aku di tempat kerja. Tujuan utama untuk kenaikkan gaji sehingga 40%.
6) Mengurangkan atau terus berhenti menghisap rokok.
7) Membawa isteri dan anak aku bercuti. Tak kiralah di Pantai ker, Pulau ker atau ke mana sahaja.
Inilah azam aku pada 2010. Aku akan berusaha untuk mencapai kesemuanya. Bagi anada pula bagaimana? Aku pasti semua orang mempunyai Azam yang tersendiri kan.
Nice bro! Congratz whislist 2009 tercapai :). Mudah-mudahan tercapai jugak untuk 2010 ni…amin
Thanks. Mudah-mudahan tercapai azam 2010…bile ko balik?
Insyallah dalam awal bulan 2 fiq. Kerja sudah semakin kebanyakan. Huhuhu
Selamat tahun baru 2010
Tahniah krn azam 2009 sudah tercapai dan Gud Luck utk azam2 tahun 2010…
Thanks. Awak pun sama. Mudah- mudahan tercapai juga azam 2010.
Semoga tercapai apa yang awak impikan Shaffik. Niat untuk keluarga, InsyaAllah, dimakbulkan Allah. Bertuah isteri awak. 😉
Insyallah…Jgn beritahu dia ya..huhuhuhuh
Salam bro shaffik…
wah…semoga azam akan tercapai..
semoga di tahun baru ini juga bro akan mengecapi lebih banyak kejayaan…