Mungkin kita semua pernah terfikir untuk menikmati cara yang paling mudah untuk mengambil wudhu. Bukan nak kata cara pengambilan wudhu selama ini salah, tetapi alangkah baiknya jika ada satu alat mengambil wudhu automatik, selesa dan menjimatkan. Kini segalanya mudah. Alat Berwudhu Automatik mungkin peralatan yang di cari-cari selama ini . Ianya bukan sahaja memudahkan, malah ia adalah satu lagi kejayaan anak tempatan yang harus dibanggakan.
Alat berwudhu automatik atau secara ringkasnya alat wudhu automatik. Dalam Bahasa Inggerisnya di sebut Auto Wudu Washer. Alat berwudhu ini telah di keluarkan oleh AACE Technologies Sdn. Bhd. yang beroperasi di Petaling Jaya MALAYSIA.
Alat Berwudhu Automatik ini berupaya untuk menjimatkan air sehingga 90% semasa mengambil wudhu. Ia juga berupaya menjimatkan 40 juta liter air sehari di Arab Saudi khususnya di waktu musim Haji. Peralatan ini juga telah di bina dengan menggunakan komponen yang berkualiti tinggi. Ianya mampu untuk bertahan sehingga 15 tahun akan datang.
Pagi tadi terdengar satu berita yang agak mengejutkan. Sebenarnya wabak penyakit ini sudah lama bertapak di Malaysia. Tetapi wabak denggi seakan menular kembali di kalangan masyarakat kita. Dalam laporan daripada Kementrian Kesihatan Malaysia, terdapat 11 kes kematian di sebabkan wabak denggi bermula Januari 2010.
Ini adalah satu statistik yang tidak elok kita dengar. Kita selalu mendengar orang lain kena denggi. Selalu dengar kematian tentang denggi. Tetapi sedar atau tidak kita semua berisiko menerima wabak denggi. Aku selitkan sedikit informasi mengenai denggi. Ianya sebagai ingatan kepada kita semua.
Sumber dari Wikipedia:
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Takziah aku ucapkan kepada seluruh kerabat Di Raja Johor. Memang sedih dengan pemergian Sultan yang aku kagimu sepanjang hidupku. Malam ini aku terkejut mendengar berita pada jam 8 malam tadi. Berita yang memaparkan bantahan orang-orang Johor tentang satu kenyataan yang menghina kemangkatan Sultan Johor. Al-Marhum Baginda Sultan Johor, Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail. Bila di cari balik memang dah tak ada entri berkenaan dari blog beliau. Semasa kemangkatan baginda Sultan, pemilik blog berkenaan mengeluar satu kenyataan yang menghina akan kemangkatan Al-Marhum Sultan Johor.
Kata-kata penghinaan itu membuatkan rasa marah kepada seluruh rakyat Johor. Entri berkenaan berada di blog Aduka Teruna. Aku tidak pasti mengapa penghinaan segitu di siarkan di blognya. Adakah Aduka Teruna ini memang nak cepat popular. Ataupun Aduka Teruna sememangnya bersikap biadap ataupun kurang ajar.
Ini menimbulkan kemarahan kepada semua rakyat Johor. Aku anak Jati Johor. Kata-kata yang di lemparkan di dalam entrinya itu sememangnya mengundang kemarahan. Itu Sultan aku. Aduka Teruna tidak layak menghina sebegitu rupa. Walau Kau (Aduka Teruna) bukan rakyat Johor ataupun bukan orang Barisan Nasional, janganlah membuat sesuatu penghinaan sebegitu rupa.
jung minggu lepas aku berkesempatan menonton cerita Adnan Sempit. Pada mulanya aku nak tengok cerita AVATAR. Tetapi isteri pulak nak tengok Adnan Sempit. Hmmm. Tak apa laa layankan aku. Ternyata memang berbaloi aku menonton cerita Adnan Sempit.
Dari mula cerita ini menerjah ker skrin pawagam, aku dan penonton lain memang tak terlepas dari gelak. Sepanjang masa memang tergelak dan pecah perut. Tak sangka Ahmad Idham boleh mengarah Filem hebat sebegini. Gelak dari awal hingga penghujungnya.
Sedikit sinopsis filem Adnan Sempit.
Adnan (Shaheizy Sam) adalah seorang Mat Rempit yang tinggal di Kuala Lumpur. Rakan-rakan menggelarkannya Nan Sempit kerana hidup sering sahaja di selubungi kesempitan. Bekerja sebagai mat despatch di syarikat Nadia (Intan Ladyana). Kawan baiknya Bobby (Along Raja Lawak). Adnan memang suka dengan Nadia.
Terdapat satu insiden yang menyebabkan Nadia mengaku Adnan sebagai boyfriendnya. Di sinilah bermula segalanya. Kisah suka-duka percintaan, kehidupan mat rempit, wanita korprat dan penuh dengan gelak ketawa. Yang paling best bermula dengan Kelakar dan di hujung pun kelakar tak ingat. Siapa yang belum pergi menonton Adnan Sempit, pergi ke pawagam yang terdekat dengan anda. Memang berbaloi…
Aku berikan Adnan Sempit 4 bintang untuk filem Melayu.
Sejak berkecipung di dalam dunia blogging, banyak benda yang telah aku pelajari dalam mengharungi dunia blogging. Sumber-sumber ilmu mengenai dunia blogging aku dapatkan daripada otai-otai blogger, rakan-rakan seperjuangan dan juga di Internet.
Setelah satu tahun lebih aku menceburkan diri dalam dunia blogging, aku telah mempraktikkan beberapa cara yang mudah untuk menulis blog. Mungkin di luar sana tertanya-tanya, bagaimana blogger-blogger boleh menulis blog setiap masa. Ada sahaja cerita yang ingin di sampaikan kepada para pengunjungnya.
Di sini aku berkongsi 10 cara termudah untuk menulis blog. Bukan sahaja entri yang menarik, tetapi mendapat perhatian daripada pengunjung yang datang ke blog kita.
1) Jangan simpan segala pendapat anda. Luahkan segala pendapat yang melekat di dalam fikiran anda. Beritahu segala pendapat anda kepada orang lain. Mungkin anda malu untuk bercakap di depan khalayak ramai. Jadi luahkan dalam bentuk penulisan blog. Ingat ramai orang yang suka mendengar dan meminta pendapat orang lain. Mungkin anda adalah salah seorang daripadanya.
2) Ulas berita terkini. Anda pasti menonton buletin utama setiap hari kan. Jika anda mendengar satu berita yang menarik pada hari berkenaan, buat ulasan di dalam blog anda. Nyatakan pendapat anda mengenai hal berita yang di sampaikan. Lebih awal anda menyebarkan berita itu, lebih cepat entri anda di indexkan ke dalam Google.
3) Segera tulis apa-apa kejadian yang berlaku di sekitar anda. Walaupun ianya tidak penting pada orang lain, tetapi ianya amat unik. Usah berlengah, terus tulis di dalam entri anda. Jika tiada talian Internet, tulislah terlebih dahulu di dalam fail notepad supaya anda tidak terlupa nanti.
4) Lebihkah informasi di dalam entri anda. Usah taip panjang berjela tetapi informasi hanya satu perenggan sahaja. Uik. Penat pengunjung baca hingga ke akhirnya. Tetapi informasinya tak sampai sepenuhnya kepada pengunjung blog.
Jumaat yang lalu aku ada menulis sebuah entri “Bagaimana Menyelesaikan Masalah“. Di akhir entir berkenaan aku menyatakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah adalah selalu berfikiran positif. Berfikiran positif ini bukan sahaja baik untuk perjalanan kehidupan seharian, malah ianya boleh membantu memotivasikan diri kita untuk menjadi lebih baik. Jadi hari ini aku berkongsi sedikit informasi bagaimanakah cara untuk kita mendidik minda dan pemikiran kita untuk lebih positif. Dengan kata lain untuk mengurangkan dan menghindarkan pemikiran negatif dalam diri kita.
1) Latih diri kita untuk melihat dan berfikir lebih kepada positif.
Mungkin diri kita sudah biasa dengan pemikiran-pemikiran yang negatif. Negatif mungkin dah sebati di dalam diri kita. Itulah yang menjadi kekangan yang utama kita sering berfikiran negatif. Sebagai contoh, harga barangan naik, kita semua marah dek sebab kenaikkan barangan. Itu normal dalam masyarakat kita. Tetapi jika kita berfikiran positif, mungkin ada sebab mengapa kerajaan menaikkan harga barangan dan ada sesuatu di sebaliknya.
Mungkin kita kena kerja lebih kuat lagi untuk mendapatkan wang yang lebih bagi menampung pendapatan keluarga. Jika sekarang kita hanya bekerja ala kadar sahaja, ubah cara kerja untuk lebih produktif. Ianya bukan sahaja menambahkan wang poket malah menambahkan lagi skill serta ilmu pengetahuan pada diri kita. Lihat inilah kesannya jika kita melihat sesuatu itu lebih positif.
Satu perkataan keramat yang biasa digunakan ” KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, KENAPA AKU TIDAK?”
Penulis blog pun ada pengorbanan ke? Tak percaya lah. Mungkin itu perkataan yang terpancul dari mulut orang-orang yang tidak menulis blog. Mungkin mereka menganggap penulis blog ni adalah kerja picisan yang mungkin tiada masa hadapan. Nak berkorban apanya? Bukak komputer, masuk internet dan taip jer la apa yang hendak di tulis. Berkorban apa lah sangat kan.
Itu mungkin pandangan dari orang biasa. Orang yang tidak pernah atau tidak mengetahui bagaimana kerja seorang penulis blog. Tambahan pula penulis blog macam aku yang menjadikan penulisan blog sebagai kerja sambilan atau part time. Jika penluis blog sepenuh masa atau full time blogger mungkin masanya lebih sedikit daripada penulis blog sambila atau part time blogger macam aku.
Jika seorang penulis sambilan seperti aku, masa agak terhad. Mungkin sebelah malam sahaja punyai masa untuk menulis. Ataupun di hujung minggu. Tambahan pula jika berkahwin dan ada anak. Wah lagi gawat kan. Bila masanya nak menulis?
Haa di sinilah wujudnya pengorbanan itu. Yang paling utamanya pengorbanan masa. Macam aku, aku memulakan segala kerja blogging pada jam 9.30 atau 10.00 malam. Aku mengupdate semua blog. Yang menjadi keutamaannya adalah blog-blog yang mendapat tarikan advertiser untuk melabur di dalam blog aku. Kadang kala, tak cukup tangan di buatnya. Hendak ke tak nak, memang kena buat. Semuanya untuk menjaga reputasi dan kredibiliti kita dalam berblogging.
Kadang kala berlanjutan sehingga jam 12.30 malam ataupun 1 pagi. Ini belum lagi termasuk membuat menulis entri yang panjang, link building, kemas kini paparan blog, membuat bidaan untuk mendapatkan job dan macam-macam lagi. Pengorbanan masa itulah yang paling utama yang selalu di lakukan oleh penulis-penulis blog sambilan macam aku.
Blogging bukan satu benda yang asing bagi kita semua. Blogging atau bahasa melayunya menulis blog semakin menjadi sebutan, rebutan dan kegilaan pada masa kini. Ramai yang berlumba-lumba untuk menulis blog. Ramai yang berlumba-lumba untuk menulis entri yang boleh di kongsikan bersama-sama pengunjung-pengunjung di luar sana.
Aku tiba-tiba terfikir, sampai bilakah aku akan terus menulis blog? Sambil menjaga dan melihat keletah anak aku bermain, entah kenapa tiba-tiba kepala otak aku ni bertanyakan persoalan ini? Satu persoalan yang bermain-main di fikiran aku sepanjang hujung minggu ini. Aku bermuhasabah diri untuk mencari jawapan persoalan dalam diri aku. Yang menjadi persoalan utama, mampukah aku meneruskan penulisan blog ini.
Setelah mengkaji dan bermuhasabah diri, aku menemui satu jawapan yang mungkin aku boleh jadikan panduan . Aku akan terus berblogging selagi Internet di Malaysia ini berfungsi dengan baik dan selagi aku bernyawa. Maksudnya selagi ada Internet aku akan terus untuk berblogging dan berkongsi maklumat dengan pengunung juga rakan-rakan lain di luar sana.
Mengapa aku begitu bersemangat untuk meneruskan penulisan blog (blogging) ini ya?
Hidup kita ini memang tidak akan lari daripada masalah. Setiap pagi bangun dari tidur kita tidak akan terlepas daripada masalah. Ini yang akan membuatkan kita bosan dengan kehidupan seharian kita. Kadang-kala masalah yang kita hadapi itu menjadi terlalu membebankan kita. Mungkin bukan setakat kita sahaja, malah ia memberikan kesan yang buruk kepada Isteri, anak, ahli keluarga dan mungkin kepada rakan-rakan sekerja. Sehinggakan kepala otak atau minda kita asyik memikirkan masalah. Ianya boleh menjadi rutin yang menyebabkan kita bosan melakukan perkara yang sama dan memikirkan masalah yang sama setiap hari.
Bagaimana untuk mengatasi dan mengawal diri kita daripada di selubungi dengan segala masalah ya? Aku bukanlah seorang pakar motivasi atau terro dalam mengatur mengurus masalah. Tetapi pendapat aku ini hanyalah untuk di kongsikan bersama.
Kita selalu berfikir untuk tidak ada masalah dalam hidup. Tetapi kita tidak mahu sedaya upaya menyelesaikan masalah yang membebani kepala otak kita semua. Mengapa ini semua terjadi? Satu sebab utama sebab kita tidak fokus. Tidak fokus untuk menyelesaikan masalah sebaik mungkin. Cuba ambil masa yang sesuai untuk memikirkan mengapa masalah itu berlaku?
Apakah punca utamanya? Ambil pendekatan untuk merendah diri. Muhasabah diri dan mungkin anda akan menemui penyelesaian yang sebaik-baiknya. Mungkin segala masalah yang timbul adalah daripada anda sendiri.
Setelah lebih satu tahun lebih berblogging, semakin hari semakin seronok untuk menulis. Menulis bukan sahaja kisah-kisah peribadi aku, tetapi menulis untuk menambah pengetahuan kepada rakan-rakan pengunjung yang lain. Kalau di lihat dari tajuk di atas, aku tak pasti adakah pengunjung 100% bersama-sama setuju dengan pendapat yang aku utarakan.
Pernah ada seorang rakan mengatakan, dalam menulis blog mestilah ada kejujuran. Aku pun tak ambil kisah atau tak ambil port pun hal-hal sebegini. Tetapi setelah betul-betul duduk dalam dunia blogging baru aku merasakan bahawa kejujuran itu penting dan setiap entri yang kita tulis. Kejujuran kita bercerita dan menulis itulah sebagai pemangkin untuk menarik perhatian pengunjung untuk terus datang ke blog kita lagi pada masa akan datang.
Kejujuran ini meliputi penulisan yang taipkan di atas keyboard kita. Kejujuran ini mestilah lahir dari hati kita sendiri. Fokus, berfikir dan menulis dari hati itulah yang di katakan kejujuran dalam berblogging. Barulah setiap cerita atau entri yang kita tulis itu mempunyai nilai atau value yang tersendiri. Mungkin anda tidak perasan ada 1 2 cerita atau entri anda menjadi tatapan berulan kali daripada silent reader anda. Mereka ini tidak meletakkan komen, tetapi mereka suka membaca entri-entri anda yang baru atau yang lepas-lepas. Mereka tertarik untuk datang dan berkunjung lagi ke blog anda. Dari sinilah letakkan harga atau nilai blog anda.
Dahulu aku memang buta tentang blog. Malah aku memang tak minat menulis atau pun mempunyai blog. Sebab aku merasakan blog hanya semata-mata catatan harian biasa. mengapa pula aku nak berkongsi cerita-cerita aku dengan pengguna lain kan? Membuang masa aku sahaja. Lebih baik aku buat kerja yang berfaedah.
Itulah tanggapan aku suatu ketika dahulu kepada penulisan blog. Boleh aku kata penulisan blog tiada masa hadapan. Tak dapat apa-apa jika kita menulis blog. Tetapi itu dahulu. Kini segalanya berubah. Setelah berkecipung dalam dunia blogging, baru aku tau mengapa dahulu ramai yang menulis blog.
Tetapi entah kenapa aku buat juga satu blog percuma dari platform blogspot. Pada mulanya nak tulis pasal komputer tetapi aku ubah 100% tentang pengalaman dalam kehidupan seharian aku. Kenapa agaknya ya? Bila aku menulis pasal personal life aku, pengalaman-pengalaman lampau, kisah kanak-kanak, isu semasa dan berbagai-bagai lagi. Aku menjadi suka pulak. Aku menjadi semakin tertarik untuk menulis cerita-cerita yang lebih bagus untuk tatapan pengunjung aku.
Dahulu blog aku memang tak ramai pengunjung. Tetapi bila penulisan aku semain mendapat perhatian, pengunjung ke blog aku semakin bertambah. Semakin hari semakin ramai yang datang untuk mendapat cerita-cerita yang baru. Setiap penulisan insyallah pasti ada komen yang bernas. Itulah yang aku tunggu-tunggu apabila selesai menulis. Sehinggakan ada rakan-rakan yang menghantar sms jika aku terlewat meng”update” blog. Pernah sekali shaffik.com down selama seminggu. Wah, ada rakan-rakan yang menelefon dan sms bertanyakan perihal blog aku. Aku merasakan sungguh terharu sekali.
Semalam aku menulis tentang azam 2010. Azam yang kedua adalah mengadakan bengkel asas blogging. Bengkel asas blogging ini di jalan bersama-sama dengan rakan baik dan juga rakan blogger aku Nuaeman. Apa itu Bengkel Asas Blogging tu yer?
Bengkel Asas Blogging ini di wujudkan khas untuk sesiapa sahaja di luar sana. Bengkel terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mempunyai satu blog .com sendiri. Bengkel ini juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudah pun mempunyai blog blogspot tetapi tidak tahu bagaimanakah cara untuk upgrade kepada blog .com.
Dunia Internet semakin berkembang pesat ketika ini. Semua orang berlumba-lumba untuki memiliki satu blog .com sendiri. Satu blog .com yang lebih menarik dan mempunyai nilai yang tersendiri. Alangkah ruginya jika ANDA tidak lagi mempunyai blog sendiri. Bayangkan jika 1 atau 2 tahun akan datang. rakan-rakan anda yang lain sudahpun mempunyai blog .com sendiri, tetapi anda masih lagi tercari-cari sumber untuk membina sebuah blog. Rugi kan. Aku pasti ramai yang di luar sana tertanya-tanya, bagaimanakah caranya untuk memiliki satu blog .com sendiri? Bagaimana membina blog .com dengan hasil tangana kerja anda sendiri? Bagaimana menyelenggara blog .com anda sendiri? Bengkel Asas Blogging adalah tempat yang sesuai untuk anda.