Masih terngiang-ngiang gelak ketawa arwah Mohammad Aidil. Hampit semua pekerja HID Global masih lagi merasakan akan kehilanggannya. Dari postmortem yang di buat oleh Doktor, dia mengesahkan Arwahnya ada Kolesterol yang tinggi di dalam darah.
Kolesterol yang tinggi di dalam darahnya telah menyebabkan arteri ke jantungnya tersumbat. Ini menyebabkan serangan jantung ke atas dirinya. Wah, rupanya-rupanya kandungan kolestrol di badan Arwah tinggi yang menyebabkan ini semua berlaku. Nampak sihat, badan kurus dan aktif bersukan tetapi kolestrol tinggi.
Apa itu kolestrol tinggi ya?
Kolestrol yang tinggi di dalam badan adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Setiap manusia mempunyai kolesterol di dalam badan. 80% kolesterol berada di dalam badan kita dan 20% lagi di hasilkan melalui pemakanan kita. Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh badan :
a) LDL ( Lipoprotein low-density ) -Jika tahap LDL di dalam badan berlebihan, ia boleh menyekat arteri daripada menyalurkan darah yang cukup kepada jantung anda. Tahap LDL yang baik adalah di bawah 100mg.
b) HDL ( Lipoproteins high-density ) -HDL pula ialah sejenis kolesterol ynag membantu membersikan lebihan LDL di dalam darah dan menyekat daripada menyekat saluran arteri ke jantung.
Anda tidak akan berasa sakit jika mempunyai kolesterol yang tinggi. Tetapi jika kolesterol sudah menyekat saluran arteri dan aliran darah ke jantung ataupun ke otak sudah pun tersimbat, ia boleh menyebabkan serangan jantung ataupun strok. Antara simptom-simptom seseorang itu mempunyai kolesteroal yang tinggi adalah badan cepat penat, sakit di ulu hati dan mengantuk. Antara sebab-sebab yang boleh menyundang lebihan kolesterol dapam badan adalah :
a) Faktor genetik ataupun latar belakang keluarga yang mempunyai kolesterol yang tinggi.
b) Tidak bersenam atau melakukan aktiviti yang sihat
c) Pemakanan – Lebihan lemak dan karbohidrat (nasi, snack, mie, roti )dalam badan boleh menyumbang kepada kolesterol yang tinggi dalam badan.
d) Faktor Umur – Setelah umur mencapai 20 tahun ke atas, secara semulajadinya tahap kolesterol di dalam badan akan naik. Ini berlaku secara semulajadi.
Banyakkan makan makanan yang mengandung Fitosterol kerana fitosterol akan menyingkirkan kolesterol mendap pada saluran arteri anda:
- Kacang, kacang tanah
- Lemak yang di sarankan: minyak jagung, minyak zaitun, i
- Buah-buahan: Apple, Pisang, Anggur, Tembikai
- Sayuran – sayuran
Aku mengingatkan diri aku dan rakan supaya terus menjaga kesihatan. Pergi buat pemeriksaan doktor jika perlu. Mintak nasihat doktor yang bertauliah. Di harap info ini boleh di jadikan panduan kepada kita semua. Insyallah.
Entri Yang Menjadi Pilihan
Tags: Kolesterol Tinggi





December 30th, 2009 at 5:26 pm
Kurangkan makanan berlemak and banyak bersenam adalah faktor utama untuk mencegah kolestrol tinggi. Aku ni perlu kurangkan makanan seperti nasi lemak dan nasi goreng, kalau tidak, aku kena kolesterol tinggie juga.
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
December 31st, 2009 at 11:28 pm
Kit..bersenam tu memang perlu kit. Paling kurang pun seminggu sekali..kolesterol tinggi ni tak nampak..itu yang susah tu..
[Balas Komen]
December 30th, 2009 at 6:30 pm
Bagus info ni. Mengingatkan aku untuk pi medic check. rasa memang sehat tapi, siapa yang tahu kat dalam pe cer kan fiq. Bahaya beb kalau ambik mudah hal2 ceni..
[Balas Komen]
shaffik Reply:
December 31st, 2009 at 9:04 pm
MmG kene pg medic chech up bro..sebab bnde 2 x nampak..
[Balas Komen]
December 31st, 2009 at 4:04 pm
Bahaye tinggi kolestrol. Kurus ke gemuk, semua ada risiko. Kurus tak bermakna kolestrol rendah. Kene rajin bersenam.
[Balas Komen]
shaffik Reply:
December 31st, 2009 at 9:05 pm
sebab 2 sy selalu ajak main futsal..mari senam ramai2
[Balas Komen]
January 1st, 2010 at 9:10 pm
aku pun dah lama x bersenam ni…huhuhuhu…
keje plak duk depan komputer je sambil2 mulut mengunyah…
[Balas Komen]
February 8th, 2010 at 1:57 pm
sy br je di sahkan tahap kolesterol tinggi dlm bdn..dah la bdn kurus, terkejut sgt time dimaklumkn..cepat2 sy cr info nak kurangkan tahap kolesterol dlm bdn..thanks for this info..kena ubah tabiat pemakanan sy..huhu
[Balas Komen]
Shaffik Reply:
April 19th, 2010 at 9:05 am
Haa jangan sangka badan yang kurus tak boleh dapat Kolestrol yang tinggi. Mungkin pemakanan yang tidak betul tu agaknya.
[Balas Komen]
April 18th, 2010 at 9:53 am
terkejut dpt result lab..
staff kt lab hosp.pon t’kejut..
kurus..tp kolestrol tinggi sgt..
ptutla cpt mngntuk..pas ni kne jge mkn..
bersenm slalu tp..mkn xjage pon xbole..
insaff..
[Balas Komen]
April 22nd, 2010 at 9:14 am
[...] seorang rakan aku tahun lepas. Ini semua kerana kolestrol. Kepada rakan-rakan yang tidak tahu apa itu tinggi kolestrol, boleh klik di link berkenaan untuk maklumat lanjut. Jaga-jaga kolestrol adalah “silent [...]