Kehilangan Seorang Rakan.

By | December 24, 2009

Pagi ini aku mendapat satu berita sedih. Bukan setakat sedih malah terkejut. Seorang member baik aku (Mohammad Aidil) dan rakan sekerja di kilang meninggal dunia. Berkali-kali aku bertanyakan orang yang menyampaikan berita sedih ini. Adakah betul Aidil yang meninggal? Terkejut dengan berita sedih ini.

Aku dan beberapa orang rakan terus bergegas ke rumahnya di Taman Universiti. Adiknya perempuan bercerita kepada kami selepas solat subuh, dia menyejutkan abangnya dari tidur. Tapi tiada response dan ternyata dia sudah meninggal dunia ketika tidur. Arwahnya meninggal ketika tidur. Ya Allah. Terkejut aku mendengar ceritanya. Arwahnya tidak pernah mengadu ada sakit-sakit ataupun apa-apa. Inlah yang dikatakan, Dah memang Ajal dan ketentuan Tuhan.

Aku kehilanggan seorang rakan yang baik sekali. Ringan tangan untuk menolong aku. Very friendly. Masih terngiang-ngiang gelak ketawa nya semasa kami makan tengahari bersama dua hari lalu. Malah semalam sempat kami berbual mengenai hal kerja. Tiada apa-apa perkara yang berlaku kepadanya. Dia memang seorang yang aktif bersukan. Main Futsal sama-sama. Main Bowling sama-sama. Tiada masalah berkawan dengannya. Semua rakan-rakan lain amat selesa berkawan dengannya.

Isterinya baru sahaja melahir anak kedua mereka. Sekarang berada di kampung. Mungkin dalam perjalananan ke sini agaknya. Arwahnya tinggal bersama anak sulungnya di rumah. Kebetulan adik perempuan tumpang tidur di rumahnya malam tadi.  Sedih melihat anak sulungnya. Dia tidak faham lagi yang ayahnya sudah meninggal dunia. Ada rakan-rakan yang menjaga dan melayan kerenah si kecil ini. Sedih hingga menitiskan air mata bila melihat teletah anak kecil ini.

Bagaimanakah perasaan isterinya dan bagaimana perasaan anaknya bila dapat tahu Baba sudahpun tiada. Tidak dapat aku membayangkan bagaimana akan berlaku pada isteri dan anaknya nanti. Aku hanya mampu berdoa semoga Arwah Aidil Mohammad dicucuri rahmat ke atasnya. Aku berdoa agar Isterinya di kuatkan semangat untuk menempuh dugaan Tuhan kepadanya. Takziah kepada seluruh keluarganya. Al-Fatihah..

11 thoughts on “Kehilangan Seorang Rakan.

  1. aktechpage.com

    Al-Fatihah…

    Ajal bila2 aje tiba…sentiasalah bersiap-sedia menghadapinya.

    Betul ke xde apa2 penyakit si arwah??
    Doktor x bgtau apakah punca kematiannya??

    Reply
  2. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Jantung Terhenti Tiba-tiba…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.