Semalam Baik..Harap Ianya Akan Terus Baik.

By | December 18, 2009

Sungguh gembira rasanya pada hari semalam. Terdapat beberapa perkara yang amat menggembirakan hati aku sejak semalam. Entah kenapa, aku rasa amat tenang sekali. Bermula pagi semalam, satu email dari Sponsor Review masuk ke dalam kotak email aku. Wah ini kali ke-3 aku mendapat job dari Sponsor Review. Mungkin advertiser agak berminat dengan niche-niche blog yang aku submitkan di Sponsor Review. Lalu semalam satu blog english aku di lamar. Alhamdullilah $22 akan masuk masuk kedalam akaun paypal aku minggu depan. Insyalah.

Keduanya sebelah petang semalam aku bergegas pulang ke rumah untuk menyaksikan perlawanan akhir Sukan SEA antara Malaysia dan Vietnam. Kepulangan awal aku ke rumah memang berbaloi. Malaysia memang 1-0 mengalahkan Vietnam yang begitu angkuh memperkecilkan kebolehan pasukan Malaysia.

Satu perkara yang menarik tentang pasukan muda ini adalah semangat juang yang tinggi. Inilah yang di katakan perjuangan. Bermain habis-habisan untuk menang dan merangkul Emas untuk Malaysia. Setelah 20 tahun semua rakyat Malaysia menunggu, semalam segalanya berakhir. Tahniah untuk pasukan Malaysia atas persembahan yang baik dan menakjubkan.

Inilah pasukan yang diimpikan oleh semua rakyat Malaysia. Berjuang, berani dan tidak putus asa untuk mencari gol kemenangan. Aku pasti semua rakyat Malaysia mahukan lebih kejayaan kepada pasukan bolasepak Malaysia. Mengapa? Kerana kami semua percaya Malaysia juga boleh bertarung di pentas dunia.

Perkara yang ke-3 yang menggembirakan aku semalam adalah penghawa dingin (Air Cond) kereta aku. Hampir 2 minggu lalu air cond kereta aku tidak berfungsi dengan baik. Hanya angin sahaja yang keluar tapi tak sejuk. Padahal aku baru sahaja tukar compressor yang baru. Namun ianya bertahan selama 1 minggu sahaja.

Setelah membuat temujanji dengan seorang rakan (Zakri) yang juga foremen (pomen) di Perodua, aku menghantar kereta aku kepada dia. Sambil untuk servis apa-apa yang patut, aku meminta dia membuat pemeriksaan atas sistem penghawa dingin kereta aku sekali. Pada mulanya dia pun pelik, kipas air cond berpusing seperti biasa, button Air Cond berfungsi dengan baik tetapi tak sejuk.

Setelah hampir 2 jam di hadapan rumahnya, dia hampir putus asa. Aku cakap, “bro kalau tak boleh tak apa, nanti aku pergi balik ke kedai yang memasang compressor aku tu”. Tetapi dia menghalang aku untuk terus pulang ke rumah. Katanya dia tidak berpuas hati kerana dia merasakan mesti ada sesuatu yang berlaku di sekitar compressor aku. 15 minit selepas itu, dia menyentuh satu soket yang membawa elektrik ke compressor aku. Dan compressor aku berjalan seperti biasa. Laa rupa-rupanya soket itu tidak di sambung dengan sempurna.

Haa lega hati aku. Bukan setakat lega malah gembira bila sistem penghawa dingin aku berfungsi dan sejuk seperti biasa. Bukan apa, kesian bila bawa isteri dan anak dalam kereta yang tiada penghawa dingin. Kepanasan mereka. Tambahan pula bila hari hujan.

Zakri memang hebat. Hebat pada penyelenggaran enjin. Dengan semangat untuk menyelesaikan satu masalah yang tertangguh hampir 3 minggu lalu itu yang membuatkan aku mengatakan Zakri seorang yang hebat. Banyangkan jika aku terus ke kedai penghawa dingin. Entah-entah kena tukar compressor baru lagi agaknya. Zakri yang banyak membantu aku servis kereta aku. Dari mula aku beli kereta sehingga hari ini. Kira bahagian enjin kereta aku semua dari tangannya. Aku lebih selesa membayar upah kepadanya daripada membayar upah kepada orang lain. Bukan kerana dia kawan baik aku, tapi sebab kejujuran atas kerja yang di lakukan membuatkan aku lebih selesa dengannya.

Kini kereta aku sudah pun berhawa dingin. Isteri dan anak aku tidak akan kepanasan lagi. Wah hari Khamis yang indah. Segala baik dan gembira. Aku berharap hari ini, esok, lusa dan seterusnya akan menjadi lebih baik lagi. Insyallah.

2 thoughts on “Semalam Baik..Harap Ianya Akan Terus Baik.

  1. rohaizad

    Kadang-kadang Tuhan menguji kita dengan pelbagai masalah serentak dan kadang-kadang Tuhan juga memberikan nikmat dan kurnianya serentak juga.

    Hidup ini memang tidak adail, tetapi memang tiada satu pun kehidupan yang adil pun di dunia ini. Kita tidak boleh membuat dan memiliki kesempurnaan tetapi betul, kita boleh membuat yang TERBAIK!

    Dan tajuk entri ini memang aku setuju 100%!

    Reply
  2. zenbonzakuro

    Salam en shaffik..
    saya sebetulnye tgh buka website masuk blog or forum2 berkenaan dengan masalah aircond kereta ni..
    saya ada terbaca ttg masalah aircond kereta en shaffik ni..berkemungkinan masalah sama yg saya hadapi sekarang ni terhadap kereta saya..aircond saya baru je sebulan diservis..kesemuanya OK..sejuk..angin pun ok, gas cukup, cooling condessor compressor semuanya ok..tapi tetiba aircond saya hanya mengeluarkan angin sahaja dan tak sejuk setelah saya install anti theft car alarm..dan saya rasa berpunca mgkin dari wayar atau suis di bawah dashboard kereta yg tidak disambung secara baik..dah panggil juruteknik tu datang untuk check tapi saya perhatikan dorang tu bodoh sombong je..tak tahu apa2 tapi buat2 tahu..boleh tak membantu saya untuk mengenal pasti wayar atau soket aircond kereta ni?mana tahu takut saya sentuh2 terjumpa ke..cuit2 sikit aircond pun ok..untuk pengetahuan saya menggunakan kereta iswara sedan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.