Terima Kasih Shaffik. Good Job.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: Fotografi, General

Hari Sabtu yang lepas aku di tugaskan untuk cover satu majlis perkahwinan di Kota Tinggi Johor.  Lagi bestnye rumah pengantin itu berada dekat dengan kampung aku. Jadi aku tidak melepas peluang untuk membawa anak-anak pulang ke kampung.

Memang aku tak pernah berjumpa dengan kedua pasangan pengantin ni. Tapi aku cuba melakukan kerja-kerja shooting aku dengan baik. Dari mula aku memulakan kerja pada hari Jumaat yang lepas, Alhamdullilah segalanya berjalan lancar sehingga ke akhirnya.

Ramai yang ingat bekerja sebagai wedding photographer mudah. Tidak banyak sangat cabaran. Ada juga yang memperkecilkan kerjaya seorang jurugambar ataupun wedding photographer. Setelah aku berkecipung dalam bidang ini, banyak benda yang aku belajar. Belajar dari teknik-teknik ambil gambar, shooting, angle, pencahayaan, kemahiran menguasai DSLR camera, cara berkomunikasi dan macam-macam lagi. Elemen-elemen ini semua penting untuk menambahkan lagi kualiti gambar yang di hasilkan.

Apa yang aku boleh katakan, kerjaya sebagai seorang Jurugambar Perkahwinan bukanlah satu kerja yang mudah. Ianya adalah perkara yang banyak berhubung dengan ramai orang. Perkhidmatan yang dicurahkan bukan satu kerja remeh. Banyak perkara yang perlu di halusi. Banyak hati yang perlu di jaga.  Baik dari pengantin perempuan, pengantin lelaki, ibu bapa pengantin, ahli keluarga pengantin, kanak-kanak dan ramai lagi. Ini semua memerlukan satu kemahiran komunikasi atau PR yang baik. Bagaimana caranya untuk berhadapan dengan mereka semua ini ? Hanya seorang Jurugambar atau wedding photographer sahaja dapat menjawab persoalan ini.

PR ini amatlah penting untuk menambahkan lagi keceriaan. Bukan sahaja di majlis persandingan malah ianya boleh di terjemahkan ke dalam gambar yang dihasilkan. Bayangkan bagaimana jika PR jurugambar dengan pengantin dan ahli keluarga tidak baik. Pasti sesi pergambaran akan menjadi lebih sukar dan gambar pun tak cantik kan.

Apa yang sangat di impikan sebagai seorang Jurugambar Perkahwinan? Hanya satu jawapan, kepuasan pelanggannya. Inilah satu perkara yang paling penting dalam kerjaya seorang jurugambar. Lebih-lebih lagi jurigambar perkahwinan.  Tiada apa yang lebih memuaskan hati pelanggan apabila menerima layanan yang baik dan Friendly daripada juugambar yang di tugaskan pada hari majlis.

Itulah yang aku dapat setelah selesai majlis pada petang sabtu kelmarin. Apabila aku selesai pergambaran Outdoor, aku pun mengucapkan terima kasih kepada kedua mempelai. Kerjasama yang dia orang berikan amat membantu dan memudahkan kerja-kerja aku. Mereka juga mengucapkan “Terima Kasih Shaffik, Good  Job. Awak memang bagus ambil gambar. Kami sungguh selesa dengan cara awak.”

Inilah perkataan yang aku tunggu dari pelanggan. Bukan sebab nak bangga diri, tetapi mereka menghargai penat lelah, berpeluh-peluh di tengah panas semata-mata untuk meyingkap kenangan yang berbahagia bagi mereka berdua.  Perkataan sebeginilah yang menaikkan lagi semangat aku untuk terus berjuang dalam Industri Photographer.  Namun apa yang paling penting adalah kepuasan dan keselesaan pelanggan. Itu matlamat utama aku bila selesai sahaja kerja-kerja shooting majlis perkahwinan.

Related Posts with Thumbnails

Entri - Entri Yang Menarik Sebelum Ini :

  • 8 Perkara Yang Tidak Diketahui Tentang Wedding Photographer.

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

11 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. rohaizad says:

    Good job, Shaffik!
    “Awak memang bagus berblogging”

    p/s: takde apa-apa ke untuk aku? teh tarik ke? pizza ker? ahahahah

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Ada bro..nanti ada masa aku ajak ko skali…huhuhuhuhu

    [Balas Komen]

  2. zuwairiaiman says:

    wah menarik.. pasangan bahagia

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Semoga kekal ke akhir hayat…Insyallah..Awak desinger yer?

    [Balas Komen]

    zuwairiaiman Reply:

    a’aah webmaster gak skali..
    saya wat website untuk company ni

    http://www.corporate-videos.my

    http://www.public-relations.my

    xde la cantik sgt tp tu la portfolio saya

    [Balas Komen]

  3. zawzal says:

    good job. Rezeki ada dimana-mana. Yang penting, kita usaha sungguh-sungguh baik blogging ke atau photographer..

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yup. Kena usaha yang lebih untuk dapat yang lebih kan. Apa pun Rezeki Tuhan yang bagi.

    [Balas Komen]

  4. Huhuhu, buatkan aku x sabar untuk hired ko time aku kawen nanti Fiq. kihkhihkhih. Aneway, Nikon D90 on the way. dah dapat, aku datang menuntut ngan ko eh. Huhuhu

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Wei…ni yang panas hati ni..dah ambik d90 eh…
    bagus2…datang jer takder hal…bro gambar kat atas tu d60 jer tau…kalau d90 lagi laa cun…huhuhuhuhu

    [Balas Komen]

  5. nia zulaikha says:

    aslmkum,,gmb yg kat ats ada xshoot2 lain utk dilihat? terim kasih

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Salam Zulaikha,
    Awak boleh tgk galeri saya and group di :

    1) http://www.photo.shaffik.com
    2) http://mysnapseal.com

    Atau boleh cari kami di Facebook : SNAPSeal.

    Thanks.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge