Tuhan itu Maha Adil

By Shaffik on Friday, December 11, 2009
Filled Under: Agama

Alhamdullilah. Bermulanya bulan Disember 2009, setiap hari aku tersenyum sendiri. Tersenyum dengan rezeki yang tuhan berikan kepada aku. Diam tak diam hasil blogging aku semakin membuahkan hasil. Setakat ini saja paypal aku sudah pun di isikan dengan Dolar Amerika.

Pada bulan lepas, segalanya agak suram bagi aku. Baik dari Blogging job mahupun dunia realiti. Segala bagai tak kena. Wedding job tak ada yang masuk. Blogging job pun kurang. Namun aku redha dengan ketentuan Illahi. Dia lebih mengetahui. Apa yang aku buat hanyalah bersabar dengan dugaan Tuhan.

Di dalam kesempitan wang, Air cond kereta pulak bermasaalah. Keluar lagi duit. Nak buat macam mana, itu sememangnya keperluan. Namun segala perbelanjaan untuk anak dan Isteri di lunaskan sebaik mungkin. Alhamdullilah Tuhan masih memberikan sedikit rezeki untuk aku dan keluarga. Tidaklah sampai anak bini tak makan.

Bermula Disember 2009, segalanya bagaikan mimpi. Banyak blogging Job yang masuk. Aku berjaya menyakinkan adversiter untuk beriklan di niche-niche blog aku. Alhamdullialh banyak sikit rezeki bulan ini. Bermula dari job-job kecil sehinggalah seorang advertiser sanggup membayar sehingga $72 untuk iklah link websitenya.

Di sinilah kebesaran Tuhan kepada Umatnya. Bersyukur kepada Tuhan. Pagi tadi tidak semana-mena seorang rakan photographer memberikan satu job. Dia mintak aku cover satu majlis perkahwinan pelanggannya di Kota Tinggi Johor. Kebetulan aku pun tida Wedding Job minggu ini. Jadi aku dapat meluangkan masa aku untuk cover untuk majlis perkahwinan tersebut.  Malam ni aku akan mulakan tugas sehingga hari esok.

Satu lagi perkara yang membuatkan aku tersenyum pagi tadi. Linkworth telah membayar payment untuk aku. Aku pun tak perasan bahawa aku ada meletakkan plugin Linkworth di niche blog aku. Memang rezeki aku pagi ini.Bila di fikir-fikir balik, Tuhan itu memang Adil dan Maha Mengetahui. Syukur bulan Disember 2009 ini adalah satu permulaan yang baik untuk aku. Harap aku dapat lebih banyak job lagi. Insyallah.  Kalau ada rezeki lebih mungkin aku akan menunaikan hasrat untuk membeli Nokia E71 hujung bulan ini. Tengok laa keadaan macam mana. Apa pun TUHAN ITU MAHA ADIL…

Entri Secara Rawak

Tags: ,

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

12 Responses to “Tuhan itu Maha Adil”

  1. Fatin Pauzi Says:

    Alhamdulillah.
    “Waman yatawakkal ‘alallah hifahuwa hasbuh”
    Maksudnya : Sesiapa yang berserah kepada Allah maka ia berada di dalam jaminanNya.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Alhamdulillah..KepadaNYA kita berserah.

    [Balas Komen]

  2. Jejaktrend Says:

    Taniah taniah !

    [Balas Komen]

  3. PakarBisnes Says:

    Alhamdulillah. tahniah, bro! =D

    [Balas Komen]

  4. aktechpage.com Says:

    Tahniah bro….

    Setiap manusia, tuhan sudah tentukan rezki masing2…
    Cuma kita ni kena lebih berusaha sedikit utk mendapat lebih rezki..

    Bersyukurlah dgn apa yg di Kurniakan olehNya :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Tiada perkataan yang mampu di ucapkan. Hanyalah bersyukur kepadaNya. Segalanya datang daripada Tuhan yang MAHA ADIL.

    [Balas Komen]

  5. msarbin Says:

    Tahniah bro. Aku akan terus menanam benih dalam dunia blogging. Hasilnya belum kelihatan lagi. :) Namun Allah Maha Adil. Itu keyakinan yang tiada belah bagi.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Terima Kasih. Ini semua tidak akan hadir berkat kesabaran dan usaha yang berterusan.

    [Balas Komen]

  6. anuarkarimz Says:

    kita kena bersabar dan sentiasa selalu berdoa, insyallah rezeki itu akan datang kemudian…syabas syafik, makin byk job dpt dr berblogging…bole la belajar dr saudara syafik :)

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Alhamdullilah..Boleh belaja..saya pun masih baru..

    [Balas Komen]

  7. zawzal Says:

    syukur. Allah itu maha adil. AKu cukup yakin dengan itu. Mungkin bulan lepas bukan rezeki kita. Siapa tahu bulan yg akan datang, kan?

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Yup. Yang penting kita terus berusaha dan sabar atas dugaannya.. Insyallah.

    [Balas Komen]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :