Muhasabah Diri Untuk Menjadi Lebih Baik.

By Shaffik on Wednesday, December 9, 2009
Filled Under: Agama, Informasi

Rasanya semua dah tahu maksud muhasabah diri. Muhasabah adalah satu sesi ita menilai kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Semalam aku ada berbual dengan seorang manager di Kilang aku. Aku memang rapat dengan dia dan dialah salah seorang manager yang aku respek baik dari segi kerja-kerja di office mahupun dalam soal kehidupan kita sebagai manusia.

Dalam perbualan kami aku sempat bertanyakan satu soalan yang mungkin ramai yang ingin tahu mengenai dia. Dia berumur 39 tahun. Tetapi sudah pun berpengalaman menjadi manager kira-kira 8 tahun lalu. Maksudnya dia telah mula menjadi manager sejak umur 31 tahun.

31 tahun sudah pun menjadi manager. Satu umur yang agak muda untuk menyandang jawatan sebagai seorang manager. Lebih-lebih lagi seorang Melayu. Itu yang membuatkan aku tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh menyandanag jawatan sebagai seorang manager dalam usia yang  yang agak muda.

Dia membongkar semua rahsia yang di amalkan selalu sehingga orang mempercayai dia dan melantik dia menjadi seorang manager. Apa yang selalu yang dilakukan adalah muhasabah diri. Dia selalu bermuhasabah diri unuk menilai di manakah kekuatan dirinya. Dia menggunakan kekuatan yang ada pada dirinya untuk meyakinkan orang lain percaya akan kebolehan diia untuk menyandang jawatan sebagai manager.  Dan juga memperbaiki kelemahan yang dia ada.

Tambahnya lagi, untuk menjadi seorang yang berjaya, muhasabah diri itu adalah penting. Ambil sedikit masa sebelum tidur. Fikirkan apakah kelebihan yang ada dalam diri. Mungkin selama ini tidak terfikir di benak otak kita. Mengapa? Sebab kita sendiri tidak menilai kelebihan diri kita sendiri. Jika orang lain boleh menilai kelebihan kita, mengapa kita sendiri tidak dapat menilainya?

Wow..satu pernyataan yang aku sendiri tidak pernah terfikir dalam kepala otak aku. Begitu juga menilai kelemahan diri. Jika kita dapat menilai kelemahan diri dan cuba memperbaikinya, pasti segala kerja dan kehidupan kita akan berjalan dengan lebih lancar lagi.

Dengan bermuhasabah diri, ianya bukan sahaja dapat menilai keupayaan diri sendiri, malah ia juga membantu menjadikan kita lebih baik daripada sebelum ini. Mungkin kita tidak sedar mengapa selama ini kita masih berada di takuk yang lama. Kerja pagi petang siang malam, tetapi hasilnya masih sama. Mengapa? Sebabnya kita jarang bermuhasabah diri. Tidak menilai kekuatan dan kelemahan diri. Dan cuba mengukuhkan kekuatan diri dan memperbaiki kelemahan diri sendiri. Satu jawapan yang mudah bukan. Tetapi mungkin selama ini kita tidak sedar akan hal ini. Tambahnya lagi, dia menyuruh aku melihat SWOT analysis. Baca dan fahami bagaimana untuk memperbaiki diri.  Aku sedang mengamati SWOT analisis.

Inilah yang sering membelenggu orang-orang kita. Tidak cuba memperbaiki kelemahan dan mungkin mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Tetapi tidak menilai sebaik-baiknya kelebihan dan kekurangan pada diri sendiri. Jadi marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri. Mungkin kita akan mendapat jawapan mengapa kita masih di tahap yang sama. Terima Kasih aku ucapkan kepada Manager yang di cerita dalam entri ini, kerana memberikan panduan dan berkogsi pengalamannya dengan aku untuk menjadi yang lebih baik di masa hadapan. Insyallah.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Jangan Selalu Mengeluh.
  • Duit oh Duit…
  • SideBar Moving Down..Tidak!!!!!!
  • Puas Rasanya Dalam Hati
  • Dara Yang Bernilai
  • Riang Ria di Hari Raya
  • Percaya Dengan Apa Yang Kita Lakukan.
  • Marah Anak Biarlah Sopan
  • Leah Lynn Gabriela Fortune
  • Keluhan Hati Dari Seorang Lelaki.

Tags:

Dapatkan Catatan Terkini Dari Shaffik.com.

Isikan Email Anda Di Ruangan Yang Disediakan Di bawah.

Terbaik Dari Shaffik.com

6 Responses to “Muhasabah Diri Untuk Menjadi Lebih Baik.”

  1. alone Says:

    aku teruja dengan kisah ni. muhasabah memang banyak membantu. yela, kita manusia biasa banyak kesalahan dan muhasabah menyedarkan kita. kena banyak muhasabah la pasni. trimas bro!

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    memang betul alone. Benda-benda macam ni la yang jarang kita buat. Sebab itu kadang-kala kita tak tahu dimana kita berada sekarang.

    [Balas Komen]

  2. Fatin Pauzi Says:

    SWOT Analisis?
    Betul apa yang manager awak caka, Shaffik.
    Muhasabah diri sebelum tidur, memang cara yang berkesan untuk memotivasikan diri kita. Bukan kita je, cara ni boleh jugak guna untuk suami, isteri ataupun anak-anak.

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Betuk tu Fatin. Suami Isteri dan anak juga patut mengamalkan Muhasabah ni. Sebab ia memang penting untuk menjadikan kita lebih baik.

    [Balas Komen]

  3. Blog Shaffik » Blog Archive » Susahnya Dapat Kerja. Says:

    [...] dahulu. Mungkin kau kena meminta restu dari Mak dan Ayah kau untuk memudahkan kau mencari kerja. Muhasabah diri dan halusi sedalam-dalamya. Pernah tak kau menyakiti hati mak dan ayah kau? Sehinggakan dia [...]

  4. Blog Shaffik » Blog Archive » PR Jatuh Ke? Jangan Bersedih. Says:

    [...] boleh. Ramai blogger yang sudah membuktikan yang PR boleh naik balik. Apa yang penting sekarang, muhasabah diri dan kenal pasti mengapa PR boleh [...]

Tinggal Komen Atau Pandangan Anda :