Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….(Bahagian 2)

By | December 7, 2009

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah sambungan entri yang lepas. Jangan risau aku pasti akan masukkan sambungannya. Ikuti sambungan cerita daripada Bro Yem.

Ianya bukan sekadar salah satu hobi yang remeh sebaliknya ia satu hobi yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.Di mana cabaran yang getir harus di tempuh untuk merealisasi impian pemancing,kesabaran harus di didik,kecekalan hati dalam menghadapi kerenah sang ikan, individu serta trip-trip yang diatur yang menjanjikan seribu impian.

Pada asasnya ianya salah satu teknik menangkap ikan tetapi ianya di pelbagaikan tekniknya untuk menjadikan hobi ini lebih seronok mengikut kehendak individu. Di eropah dan jepun misalnya ia di panggil dengan panggilan pemancing rekreasi.Mereka ini perintis yang melahirkan satu golongan pemancing-pemancing profasional lalu mewujudkan satu industri pengeluaran peralatan mancing hingga ke tahap global.Dan golongan ini menjadi R & D mereka segala teknik,taktik dalam pembanggunan teknologi untuk industri ini berkembang maju dengan permintaan dari golongan pemancing-pemancing untuk segala peralatan bagi hobi ini.Evolusi industri ini berkembang dari tahun ke tahun dan mewujudkan satu yang di kenali sebagai Sport Fishing. Lahirlah pelbagai kaedah memancing seperti yang saya senaraikan di sini.

Beberapa teknik memancing yang di senaraikan seperti di bawah ini.

1.Teknik Bottom-ini adalah teknik persembahan umpan mengikut diet spesis tertentu,umpan semulajadi di gunakan untuk menjerat ikan.

2.Teknik Jigging-penggunaan kepingan besi yang mempunyai kilauan pada badan dan mempunyai berat tertentu yang popular di jepun dan kini di minati seluruh dunia.Gayanya meniru seolah-olah anak-anak ikan yang sedang berenang.

3.Teknik Poping-kaedah untuk menjerat spesis ikan tertentu terutama spesis ikan yang bermain di permukaan air.Ia adalah umpan tipu yang di reka seolah-olah ikan terbang yang bermain di permukaan.

4.teknik casting-ini pula kaedah penggunaan gewang atau umpan tipu yang menyerupai ikan pemangsa dengan pelbagai bentuk dan warna.Kelihatan seperti ikan pemangsa yang sedang berenang bebas untuk memjerat spesis snapper yang menunggu mangsa di celah-celah reba,batu-batu tepi laut atau di jeram.Teknik ini amat popular dan di gilai di seluruh dunia.

5.teknik trolling-teknik penundaan gewang ,skirt yang pelbagai bentuk dan saiz serta warna yang meniru ikan-ikan pemangsa yang sebenar untuk menipu ikan yang menjaga wilayah perairannya.

6.teknik fly fishing-satu kaedah penangkapan ikan yang lebih berseni dari lain-lainnya,dari segi persembahan umpan dan teknik penggunaan set pancing yang memerlukan pemancing melayangkan umpan dengan gaya serangga jatuh di permukaan atau renangan umpan layang yang seolah-olah ikan hidup dan kebanyakannya di buat sendiri megikut kreatifviti individu.

Itu belum termasuk bab ikatan,simpulan yang pelbagai untuk ikatan mata kail,perambut serta pengunaan umpan yang sesuai bagi menjerat spesis ikan tertentu.Kesesuaian set memancing dari peralatan,tool,penjagaan dan lokasi pancingan yang memerlukan kaedah tertentu sahaja wajar di gunakan.Bagi penyokong hobi ini ia adalah satu cabang ilmu yang memerlukan individu itu mentelaah,mengkaji,membuat rujukan di samping menjalin hubungan sesama mereka bagi bertukar-tukar pandangan demi merealisasi impian masing-masing.

Hobi ini juga dapat menjalinkan hubungan muhibah tampa mengira usia,pangkat,bangsa dan agama.Ia menyatukan kaum dengan penubuhan kelab-kelab mancing yang di anggotai oleh pelbagai bangsa.Ditambah lagi dengan kemudahan teknologi kini dengan melayari pelbagai laman-laman web pancing yang memeriahkan aktivi ini.Bagi sesetengah tekong yang celik IT mereka dapat mempromosikan perniagaannya sekaligus dapat menjana ekonomi nelayan-nelayan tempatan seluruh negara.Saya melihat nelayan sekarang lebih suka membawa kaki-kaki mancing dari pergi memancing kerana kadar sewaan bot yang agak menguntungkan serta pendapatan yang sudah pasti, dari pergi sendiri memancing yang belum pasti menjanjikan tangkapan yang lumayan.

Namun setiap pekara itu ada faktor pro dan contranya yang kita semua sedia maklum,jadi pandai-pandailah kita sebagai individu yang sihat dan waras akal fikiran menilai sendiri dari kedua-dua sudut ini dan mewujudkan satu”zon selesa” di mana ia akan menguntungkan semua pihak

3 thoughts on “Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….(Bahagian 2)

  1. Shaffik

    hehehe..aku pun tak minat pancing. Tetapi entri kali menyedarkan aku, bahawa hobi memancing bukan satu hobi yang biasa. Memerlukan kekentalan dan kesabaran yang tinggi.

    Reply
    1. aktechpage.com

      Betul tu, mmg kesabaran dan kekentalan yg tinggi (wahhh mentang dah jd blogger yg kental)

      Tp aku jenis x boleh duduk diam dan tgk je, kalo blogging ni jari jemari aku akan bergerak dan berfikir…

      Kalo pegang joran dan tunggu…aiiii….x boleh duduklaaa…heheheh….cepat bosan…tp utk ketenangan n relax bole….lps tu gak tido je la sambil pegang joran.. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.