Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….

By | December 4, 2009

Sebenarnya aku sudah sekian lama berhajat untuk mengeluarkan cerita pasal memancing. Aku bukanlah peminat pancing atau kaki pancing, tapi aku tertanya-tanya mengapa ramai orang minat memancing. Ramai rakan-rakan di tempat kerja aku yang suka pergi mancing. Bukan setakat kolam malah mereka meredah sanggup meredah lautan untuk memancing.

Aku mencari satu cerita yang menarik mengenai kaki pancing. Mengapa mereka suka memancing? Adakah hobi semata-mata? Adakah melepaskan tension dengan bebelan ibu atau isteri di rumah? Aku mendapat cerita dengan lebih mendalam mengenai Pancing. Seorang rakan tempat kerja aku memang kaki pancing. Aku menawar kepada dia untuk menulis satu artikel mengenai pancing.  Alhamdullilah dia rela menulis. Bukan sekadar menulis artikel biasa  tetapi ada maksud yang tersendiri di dalamnya. Terima Kasih yang tak terhingga kepada Bro Yem kerana sudi menulis satu cerita yang menarik yang membuktikan “memancing bukan hobi yang remeh”. Ikuti cerita daripada Bro Yem di bawah..

Kita seringkali melihat aktiviti memancing adalah satu perkara yang  amat membosankan, menjemukan, membuang masa, tidak popular dan pelbagai tanggapan yang negetif di lemparkan. Bila kita tanya tentang memancing bagi sesetengahnya beranggapan ia boleh membawa kepada sesuatu kegilaan yang melampau,hingga lupa anak bini di rumah, sanggup berhabis duit semata-mata untuk aktiviti yang tidak menjamin masa depan lalu ingin soalan yang sama di tanya pula kepada mereka tentang apakah aktiviti – aktivi yang berfeadah yang tidak membazir masa, wang dan tenaga? Mungkin bunyinya sedikit optimis tetapi ianya lebih berterus terang dan bersifat terbuka. Mari kita berkongsi pandangan dalam mengetengahkan topik ini untuk di bincangkan bersama.

Sudah menjadi fitrah manusia apabila terlalu obses dengan sesuatu ia melihat hanya dari satu sudut sama ada pro atau contranya bergantung dengan individu yang mempunyai kegilaan dengan sesuatu,maka dari situ kita yang memerhati ,dapat menilainya sendiri dengan adanya perbincangan tadi.Jadi di sini saya sebagai salah seorang yang terlibat dan menjadi penyokong kuat dengan aktiviti atau hobi ini memberi sedikit pandagan dari sudut kebaikkannya.

Pada pandangan saya sebagai peminat hobi ini,memancing adalah satu alternatif untuk satu lagi bidang riadah yang boleh di minati, malah menjadi salah satu sukan di negara-negara maju seperti eropah dan jepun serta ia mendatangkan pulangan jika kita dapat menterjemahkan hobi ini dengan pandangan yang luas bukan dari satu sudut pemikiran yang sempit.Hobi ini menjadi aktivi riadah bila mana saya melihat sendiri pemancing membawa keluarga memancing bersama di tasik, tebing sungai, kolam bayar, tepi pantai, jambatan atau jeti di pangkalan dan ketika adanya pertandingan memancing.Mereka membawa bekalan yang di masak di rumah,memasang kemah,memberi sokongan moral kepada yang memancing dan saya melihat mereka gembira bersama-sama ahli keluarga,rakan-rakan pemancing serta keluarga masing-masing saling berkenalan dan menjalin muhibah ,yang amat di tuntut dalam kehidupan ini.

Sebagai contoh ketika di adakan pertandingan memancing anjuran dari pihak tertentu,kawasan di mana pertandingan ini di adakan penuh sesak bukan saja dengan pemancing-pemancing tetapi ahli –ahli keluarga. Mereka sama-sama hadir memeriahkan lagi acara dan kadangkala penganjur mengadakan aktiviti sampingan seperti peraduan mewarna untuk kanak-kanak,pertandingan memasak untuk kaum ibu,pameran produk-produk memancing hingga ke barang keperluan harian,konsert dari artis-artis,pertandingan karaoke dan pelbagai lagi aktiviti boleh di jalankan disitu.Ini bukan sekadar beriadah tetapi sekaligus menjana ekonomi bagi ahli keluarga pemancing,mereka-mereka yang terlibat dan penduduk setempat.

Ia boleh membangunkan sosial ekonomi di kawasan pertandingan-pertandingan ini di adakan seperti di Kuantan Malaysian Billfish International Challange,di seluruh negeri GP joran, di Langkawi Koh Andang Internatoinal Challange ,di Sabah Labuan Internatoinal Challange dan pelbagai lagi pertandingan memancing yang bertaraf antarabangsa dengan melebelkan spesis buruan sebagai “Game Fish” dan pengawalan spesis tertentu dari kepupusan dengan slogan “Tangkap Lepas atau C & R” dalam setiap acara.Bahkan ia telah menjadikan negara kita dikenali dunia dan menarik ramai kaki-kaki pancing dari luar untuk datang bertandang merasai sendiri pengalaman yang mengujakan,rentapan yang membuatkan tak lena tidur dari ikan-ikan tempatan kita seperti Toman,Sebarau,Kelah,Ikan Layaran,Tenggiri dan pelbagai spesis dari air tawar hingga ke air masin.Ia menjadikan salah satu tarikan kepada perlancong-pelancong yang terdiri dari kaki-kaki pancing datang dan pulang menceritakan keseronokan memancing di negara ini kepada rakan-rakan mereka.

Ditambah dengan Era IT di negara kita,dimana terdapat halaman-halaman sosial yang membolehkan kita memaparkan gambar-gambar koleksi memancing untuk berkongsi bersama rakan pancing dari seluruh dunia,wujudnya forum-forum memancing untuk perbincanggan pelbagai persoalan tentang memancing,segala teknik dan taktik sehingga pernubuhhan kelab-kelab memancing gabungan dari pelbagai lapisan masyarakat tampa mengenal bangsa dan agama.Dengan ini sekaligus menjulang gagasan negara seperti yang sering di laung-laungkan iaitu “satu malaysia”.

Alamaknya best kan baca cerita Bro Yem ni.. Rileks dulu….Nantikan sambungnya nanti…. :).

11 thoughts on “Memancing Bukan Sekadar Hobi Remeh, Tapi….

  1. alone

    pergh. terbaiklah ikan brader ni. lama x memancing nih. entah2 dah mabuk laut kalau naik sampan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.