Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Ditulis Oleh: Shaffik

Kategori: General

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung Shaffik.com.  Aku pasti kepada yang masih bekerja, confirm mood dah tak ada. Mesti dalam kepala otak dah teringat nak pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sedikit simpati kepada penduduk sebelah pantai timur dan juga sebelah utara. Mungkin kali Hari Raya Aidil Adha kali ini berbeza. Mungkin terpaksa mengharungi banjir. Hebat sungguh dugaan Tuhan kepada mereka. Harap segala kembali seperti biasa di pagi Hari Raya.

Tahun ini aku Berhari Raya di kampung aku. Sepatutnya Hari Raya Haji tahun ini aku beraya di rumah mertua.  Tetapi mengenangkan kedua mertua aku menunaikan haji, aku pulang ke rumah ibu dan bapa aku di kampung. Aku sentiasa berdoa kepada kedua mertua aku supaya di permudahkan urusan haji. Satu pengorbanan yang amat besar bagi mereka. Terpaksa meninggalkan ahli keluarga selama 40 hari untuk menunaikan tuntutan Rukun Islam yang ke-5. Semoga mereka pulang dengan selamat bulan Disember ini.

Kepada rakan-rakan yang bercadang untuk pulang ke kampung petang atau malam ini. Pandulah dengan cermat. Jangan tergopoh gapah. Biar lambat asal selamat. Semoga Hari Raya Aidil Adha kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. Insyallah..

P/S : tak sabar nak balik kampung malam ni.

Related Posts with Thumbnails

Entri Yang Menjadi Pilihan

  • Dulu Adsense, Kini Nuffnang Pula.
  • Bagaimana Untuk Hidup Hingga 100 Tahun.
  • Tak Puas Menonton Final Raja Lawak 5
  • Perginya Pengasas Apple – Steve Job.
  • Blogging Terbuka Untuk Semua.
  • Hentikan Cerita Yasmin Ahmad.
  • Muntadhar Al-Zeidi Di Bebaskan
  • Seminar + Bengkel Buat Duit Dari Blog – Rohaizad.com
  • Kunci Utama Menyelesaikan Masalah
  • Bergelak Ketawa Dengan Raja Lawak 5

Dapatkan Berita Yang Terkini Terus Ke Kotak Email Anda, Masukkan Email Address Anda:

2 Comments Comments For This Post I'd Love to Hear Yours!

  1. alone says:

    selamat hari raya aidiladha buat bro shaffik! =p

    [Balas Komen]

    Shaffik Reply:

    Selamat Hari Raya Untuk kamu jugak bro.

    [Balas Komen]

Leave a Comment Here's Your Chance to Be Heard!

CommentLuv badge