Jual Apam Balik Pun Mampu Pakai Honda Accord

By | November 23, 2009

Hujung minggu lepas aku sempat meluangkan masa menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu aku di kampung. Lepas solat zohor aku, ister dan anak terus pulang ke kampung untuk ke majlis perkahwinan tersebut. Sampai disana masih lagi ramai para tetamu yang hadir. Aku sempat berbual-bual dengan pakcik makcik aku yang sudah lama tak jumpa.

Apa yang paling menarik adalah bila aku berbual dengan sepupu aku iaitu abang kepada pengantin untuk majlis hari itu. Sepupu aku ni memang rapat dengan aku. Kami sebaya dan sama-sama pergi ke sekolah rendah waktu kecil dahulu. Namum nasib aku lebih baik sedikit melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama di Kota Tinggi Johor. Sepupu aku tidak dapat ke sana dan bersekolah menengah sahaja di kampung.

Bila dah naik sekolah menengah, percampuran sepupu aku agak liar sikit.  Mungkin pengaruh rakan-rakan yang menjurus kepada benda-benda tak elok. Sehinggakan dia di masukkan ke sekolah jahat di Bukit Senyum Johor Bahru.  Aku sedikit kecewa dengan berita ini. Kesnya membonceng motosikal yang di curi oleh rakannya. Kira kes shubahat laa ni.

3 bulan dia di sana. Dia tak tahan. Ahli keluarga menjamin dia keluar. Alhamdullilah dia insaf. Selepas SPM aku meneruskan belajar di Politeknik. Sepupu aku? Dia tidak sambung belajar dan meneruskan kehidupannya dengan bekerja kilang sebagai Operator.

2 tahun selepas itu aku tidak dapat lagi bertemu selalu dengannya. Tetapi kami masih lagi akrab walaupun sesekali berjumpa. Sehinggakan dia berkahwin dengan seorang gadis berketurunan kemboja sekitar umurnya 22 tahun. Aku terperanjat. Bagaimana dia boleh berjumpa dengan Isterinya bukan sahaja berketurunan Kemboja malah kebanyakkan ahli keluarga mertuanya berniaga. Biasalah berniaga kain baju, pasar malam dan macam-macam lagi.

Selepas majlis persandigannya aku sempat berbual dengannya. Aku bertanyakan kahabr terbaru darinya,  “kau kerja apa sekarang?”. Dia menjawab “aku berniaga apam balik fik,  ikut bakal bapa mertua aku”. Dalam hati aku, alhamdullilah, ada juga dia kerja sekarang. Jadi juga orang yang berguna.

Mungkin rezeki sepupu aku di situ agaknya. Daripada sekadar menolong Bapa mertuanya, sampailah satu masa dia menjalankan business apam balik sendiri. Kini dia sudah pun mempunyai 3 atau empat gerai apam balik yang di jalankan sendiri. Yang mana semua gerainya itu beroperasi setiap masa di sekitar pasar malam di Johor Bahru.

Lebih mengejutkan aku pada hujung minggu lepas, dia bawa balik kereta Honda Accord. Wow. Sangat teruja. Aku agak mesti dia ada business sampingan yang lain. Teatapi apabila berbual dengannya, sangkaan aku silap. Dia masih lagi berniaga gerai apam balik. Tiada apa business lain yang di jalankan selain business apam balik.Kiranya masanya banyak di habiskan dengan berniaga apam balik.

Tambah ceritanya lagi, jika ada kesempatan dia akan menyertai expo-expo yang di jalankan di sekitar Johor Bahru. Itu sahaja. Tapi hari Sabtu dan Ahad memang tak cuti.  Cuti boleh tapi tak ada laa duit masyuk.  Balik rumah mesti tengah malam.  Ya laa sebab berniaga di Pasar malam. Penat memang penat, tapi hasilnya memang berbaloi-baloi. Siapa kata penjual apam balik tak boleh pakai kereta besar. Inilah buktinya.

Satu perkataan yang diugkapkan pada aku, “Shaffik, sebenarnya nasib aku baik berjumpa denagn Isteri aku, kalau tak tak tahulah apa nak jadi aku sekarang. Jadi bila peluang dah ada di depan mata, aku tak akan sia-siakan. Aku tak akan musnahkan harapan yang di berikan oleh bapa mertua aku 3 tahun dahulu.” Aku memang respek kat dia. Respek sebab dia tersedar daripada kesilapan lampau. Bangun dan tidak melepaskan peluang yang ada.

Daripada perjalanan hidupnya dahulu, tak sangka apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang. Inilah nikmat, kebesaran, Keberkatan dan Kuasa Tuhan kan. Siapa sangka , dari sekolah jahat  ke  pasar malam menjual apam balik, kini mampu memiliki Honda Accord Baru dan menjadi hero di kalangan ahli keluarganya. Alhamdullilah. Semuanya ketentuan Tuhan.

17 thoughts on “Jual Apam Balik Pun Mampu Pakai Honda Accord

    1. Shaffik Post author

      Boy..Jutawan senyap tu..memang tak sangka. Nampak macam cikai jer kan jual kat pasar malam. Tapi inilah realitinya.

      Reply
  1. fazly

    aku pon nak berhenti keje kilang la, nak jual apam balik gak. mana tau boleh pakai honda CRV…..

    Reply
  2. abrablog

    yup. Jual karipap dan nasi lemak pun boleh beli kereta. Hehe..apatah lagi apam balik. Jual air tebu pun boleh angkat exora. Ramai dah sekarang pandai buat duit baik offline atau online.. 🙂

    Reply
    1. Shaffik Post author

      Betul tu..sekarang ni macam-macam business yang kita tak sangka akan pulangannya. Nampak cam simple tapi pulangannya berbaloi-baloi..

      Reply
    1. Shaffik Post author

      Ya betul. Usaha yang tidak putus asa di tambah dengan selalu berdoa pada Tuhan Insyallah pasti berjaya.

      Reply
  3. aktechpage.com

    Kalo kt kelantan ni peniaga yg pakai kereta besar kebanyakan adalah penjual nasi kerabu atau nasi berlauk di waktu pagi yg berjaya. Ade 1 family tu semua ahli2 familynya pengusaha jual nasi kerabu & nasi berlauk yang terkenal di Kelantan dimana kedai2 ada di setiap daerah.. semua pakai kete mewah2 jee…

    Itu lah kata orang, rezki org ni susah nak tentukan… setiap manusia ada rezki masing2..

    Reply
    1. Shaffik

      Betul tu ak. Aku pun setuju. Biasanya orang2 kelantan ni berniaga. Tu tgk pakai kereta besar. Rezeki masing-masing kan.

      Reply
  4. reezluv

    ada gak masa aku sekolah dulu sorang tu samseng gile kat sekolah..tapi ada sekali tu aku terserempak ngn dia..jadi bilal masjid rupanya..fuh..

    ada plak lagi sorang, siap kena buang sekolah lagi..sekali aku jumpa dia skang, pakai BMW beb.pergh..jangan keje jual dadah dah ar..haha

    Reply
    1. Shaffik

      hehehehe..Nakal di sekolah tak semestinya tak berjaya kan. Asalkan dia insaf. Macam ko cakap, yang penting jangan jual dadah. 🙂

      Reply
  5. Pingback: Jutawan Iklan Percuma – HyProBulkSms -Lihat Bukti Pendapatan » Blog Archive » Blog Shaffik » Blog Archive » Jual Apam Balik Pun Mampu Pakai …

  6. Pingback: Blog Shaffik » Blog Archive » Jual Apam Balik Pun Mampu Pakai … « Jutawan HyproBulkSMS | Buat Duit Dengan Hypro Bulk SMS | Jana RM500 Sehari Cara Mudah!!

  7. budin

    walopun entry ni dah lama, aku nak tambah gak skit mmg berniaga ni lumayan pendapatan cthnya bini aku, walaupon sekolah darjah nam ja tp berniaga nasi lemak ja income dah dkt2 2x ganda gaji aku dah, bayangkan la gaji aku cuma RM1300 ja tiap2 bln, Alhamdulillah. sekian tima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.