Jom Membeli-belah Di Southern Lion

Tahun ini sekali lahi Southern Lion mengadakan jualan gudangnya. Setiap tahun pasti ada satu jualan gudang yang diadakan di Southern Lion. Aku adalah orang yang setiap tahun tidak akan melepaskan peluang ini. Seperti tahun lepas aku memperuntukkan lebih kurang RM 150 untuk berbelanja di Southern Lion.

Mungkin ada di kalangan anda tidak mengenali Southern Lion. Southern Lion adalah pembekal utama barangan mandian, sabun basuh dan barang-barang yang senangkatannya dengannya. Mereka ada pembekal utama ke seluruh pasaraya, hypermarket, mini market, kedai runcit dan juga para peniaga-peniaga di seluruh Malaysia.

Jualan gudang inilah yang aku tunggu-tunggu setiap tahun. Setiap tahun aku akan bertanyakan pasal Jualan Murah di Southern Lion. Ada juga beberapa rakan yang bekerja di sana. Aku sering bertanyakan hal ini kepada mereka apabila berjumpa. Mengapa aku tertunggu-tunggu jualan gudang ini? Sebabnya stok-stok sabun aku kebanyakkan dah habis. :)

Seperti tahun lepas, dengan RM150 aku boleh membeli pelbagai jenis sabun temasuk sabun mandi, sabun basuh baju, ubat gigi, sabun basuh tangan, sabun basuh pinggan dan macam-macam lagi.  Bayangkan dengan Rm150 aku boleh menyimpan stok barangan mandi selama setahun. Maksudnya selama setahunlah aku tidak akan membeli sebarang barangan mandian dan barangan yang seangkatan dengannya. Boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan aku. Best kan.

Antara barangan mandian yang berjenama  di tawarkan adalah :

  • Top
  • Bio Zip
  • Shokubutsu
  • FreshWhite
  • Kodomo
  • Zact
  • Systema
  • Dobi
  • Senang Hebat

Kepada warga-warga JB, jangan lepaskan peluang ini. Jualan gudang ini berlangsung selama 2 hari bermula 21-22 November 2009. Bermula jam 9.00pagi hingga 4.00 petang. Jom kita membeli-belah di Southern Lion. Jangan lupa bawak kotak ya. Aku pasti anda pasti teruja dan rambang mata.

Share it now!

Tagged: , ,

1 comment

  1. [...] reading here: Blog Shaffik » Blog Archive » Jom Membeli-belah Di Southern Lion No Comments Read [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge